Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria | baca lagi

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
 Carkera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran: 
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. 
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

p/s : Segala fakta dan gambar di atas (kesan radioaktif di Mohenjo-Daro, bateri Baghdad,  cakera padat Dropa, loji nuklear di Oklo), hanyalah fakta sokongan kepada 'kemajuan teknologi umat zaman terdahulu' dan tidak merujuk kepada zaman Nabi Nuh as.
Share this article :
 

+ ulasan + 21 ulasan

26 February 2011 at 18:10

Berdasarkan penemuan teknologi yang mencecah angka jutaan tahun. Adakah kali ini ingin memberi gambaran bahawa nabi Adam A.S juga telah hidup jutaan tahun yang lalu?

Adakah artikel kali ini ingin menafikan bahawa penurunan Adam A.S bukan lah lebih kurang 10000 BC yang lalu?

Saya pun masih tertanya-tanya waktu sebenar permulaan kehidupan manusia generasi Adam A.S di dunia ini.

Ada jawapan?

Allahu a'lam

Anonymous
26 February 2011 at 20:21

to islamic neutron, rsnye anda sudah slh fhm, 10000 BC itu hanya rujukan supaya pembaca boleh MENDAPAT GAMBARAN TENTANG PEMBINAAN PIRAMID...(ia sbh TAJUK FILEM)ttg Nabi Adam as, harap link ini membantu > http://saifulislam.com/776

Aisyah
26 February 2011 at 20:27

xde spe pon yg tahu wktu/tarikh/saat/detik manusia ni wujud....tmsk ahl akeologi...mlh ulama sndri pon msh bcggh pndpt...so, neutron jgnlh tlalu briya2 nk tahu...

27 February 2011 at 03:38

huh..ni memang perkara yang misteri

28 February 2011 at 12:35

Anon 26/2, 20.11,

Terima kasih untuk link tuh.. Akan saya layarinya. Saya rasa anda yang salah faham. 10 000 BC itu ialah tarikh sebenar bukannya gambaran film tersebut. sebabnya, rata2 kita ini (orang awam mahupun ulama) mempercayai penurunan nabi Adam x lebih dari waktu tersebut. Jadi persoalannya, jika kita gunakan tarikh tersebut (10 000 BC) itu sebagai titik permulaan, bagaimana pula dengan penemuan rangka manusia moden di Malaysia yang berumur 35 000 tahun? Maka itu yang saya cuba fikirkan.

Sdri. Aisyah,

Kenapa pula x perlu beriya2 nak tahu? Tidak salah untuk mempunya keinginan hendak tahu sebab pengetahuan amat penting.
Tiada yang mustahil untuk kita ketahui sesuatu melainkan Allah dah beri peringatan macam urusan kejadian Roh, Kiamat, n so on. Tapi saya belum jumpa lagi mana2 peringatan Allah bahawa tarikh penurunan Nabi Adam ke muka bumi ini merupakan satu rahsia.

Saya doakan agar Allah membuka kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk mengetahui ilmu dan hal ini dan semoga juga ilmu tersebut tersebar luas.

Allahu a'lam

Anonymous
11 March 2011 at 18:31

banjir pd zaman nabi Nuh as hanya berlaku di sekitar sumeria saja. kajian telah mengesahkannya.

13 March 2011 at 13:08

Anonymous 11 March, fakta seperti bateri Baghdad, cakera DVD purba dan loji nuklear purba yg dinyatakan diatas hanya sekadar sokongan 'Kemajuan Teknologi Umat Terdahulu..."

p
15 March 2011 at 17:45

pada saya,ketika zaman nabi Adam a.s lg manusia tlh hidup maju dan bertamadun..Allah tlh mengajarkan kepada nabi Adam a.s ttg pelbagai ilmu..contohnya,nabi Adam a.s tlh pandai membina bangunan,ini kerana nabi Adam yg tlh membina Kaabah..nabi Ibrahim cuma membaik pulih sahaja..Wallahualam..

23 March 2011 at 08:29

saudara neutron,,

artikal ini,, bkn hndak mencanggah ttng klahirn nbi adam pada 10 ribu B.C, artikal ini hnya hndk mnunjkkn srba sdikit ttng krngke mse kmajuan mnusia.. lgipn,, tiade pngeshn yg sahih ttng bile trikh klahrn nabi adam yg sbenr,, msakan nabi adam lahr 10 ribu b.c dulu,, sdngkn jmlah nabi kte mncecah ratusan ribu lebih??

jika ada msih tdak prcaye,, cari jrak mse antare kelahiran nabi isa, dngn nabi musa...atupn, nbi daud mungkin?? krane nbi isa dktakan prmulaan kepada thun masihi... sye srnkn,, anda bnyk membce..

26 March 2011 at 19:35

Sdr. Amir Hamzah,

Kerana ittulah saya bertanya sebabnya ramai disekelilinng saya percaya bahawa kisah ketamadunan manusia ini pada sekitar 10 ribu BC..
Jadi saya ingin menanyakan pendapat anda yang lain..

Selain itu, memangnya saya dalam proses membaca. Tetapi adalah lebih baik jika saranan anda ini disertakan dengan mana2 sumber atau pautan yang boleh dikongsikan bersama.

Sekian..

Anonymous
20 June 2011 at 12:53

"Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit."

petunjuk arah ke Baitul Makmur ?
Ada rujukan terhadap perkara di atas ?
Terima kasih

Anonymous
12 August 2011 at 00:08

Assalamualaikum..utk jgka masa khidupan/umur manusia boleh buat prhitungan umur nabi Adam as hinggalah nabi Muhammad saw (25 para rasul). tmbah dgn 1432 tahun hijrah. Dari sana kita akan dapati rangka rujuk bilangan tahun umur umat manusia adam..wallahualam

Anonymous
5 October 2011 at 10:23

salam islamic neurtron..
saya tertarik dengan kata2 anda bahawa (orang awam mahupun ulama) mempercayai penurunan nabi Adam x lebih dari waktu 10000BC.

dari pembacaan dan kefahaman saya, belum ada ulama yang menulis atau menyatakan bahawa mereka mempercayai bahawa nabi Adam diturunkan pada 10000BC.

anda tertanya2 bukan mengenai rangka yang ditemui berusia 35000 tahun sedangkan saya andaikan anda percaya penurunan nabi Adam adalah 10000BC.

okay, untuk merungkaikan jawapan terlebih dahulu kita kena faham mengenai kalender masihi. dalam bahasa melayu ia dikenali sebagai SM. iaitu Sebelum Masihi. dalam bahasa inggeris ia dikenali sebagai Before Christ. singkatannya ialah BC. tahun2 SM/BC adalah adalah dikira tahun2 sebelum kelahiran nabi Isa manakala Sesudah Masihi/After Christ adalah tahun2 selepas kelahiran nabi Isa.

kalau mengikut kajian barat, dikatakan penurunan nabi Adam adalah 10000BC, bermaksud nabi Adam diturunkan 10000tahun sebelum kelahiran nabi Isa.

tahun ini pula dikira seperti yang kita gunakan sekarang, ini adalah kerana kalender masihi juga menggunakan pengiraan tahun kalender julian.

dan pandangan peribadi saya, dengan Quran dan hadis yang menyebut nabi dan rasul adalah lebih banyak dari yang wajib kita ketahui, tarikh penurunan itu adalah tidak tepat. mana mungkin zaman nabi Adam dengan zaman nabi Isa hanya berjarak 10000 tahun saja. tentu saja jangka masa itu sebenarnya tidak kita terjangka dan ketahui. lebih2 lagi dengan ilmu kita yang diibaratkan setitis air di lautan.

23 October 2011 at 16:35

Kagum!

Cr pown rase zmn dlu lg canggih sbb Allah cipta Nabi Adam dengan mempunyai ilmu pengetahuan.

Sj yg kte blaja betul ke? ada org kte zmn2 paleolitik, mesolitik, neolitik, logam sebenarnya tak wujud sbb kte kne tgk sj nabi2 kte terdahulu.

cr pown rse cm tak wujud je zmn2 tu sume. Haa~~ entahla.. Allah yg maha mengetahui. ^^

Ahmad
30 November 2011 at 13:00

Semasa Nabi Nuh A.S. membina bahtera besarnya itu untuk menyelamatkan manusia dan hidupan lain daripada banjir besar yang bakal melanda mereka pada masa itu.

Tetapi respons yang diterima oleh Nabi Nuh A.S. adalah CEMUHAN, KUTUKAN, PENGHINAAN sahaja.

Jika kita mengatakan zaman Nabi Nuh A.S itu zaman kuno yang tidak langsung terdedah kepada tekonologi yang canggih, sudah tentu masyarakan pada zaman itu KAGUM dengan KECANGGIHAN BAHTERA yang BESAR tersebut.

Ini menunjukkan, zaman tersebut sudah terdapat TEKNOLOGI yang lebih hebat berbanding BAHTERA NABI NUH A.S...Sebab itu mereka ingkar dan menghina usaha Nabi Nuh kerana mereka yakin teknologi mereka mampu menyelamatkan mereka..

Wallahualam..

Anonymous
23 January 2012 at 06:45

saya pernah baca sekilas ada peneliti luar negeri meneliti piramid mesir kurang lebih 20 tahun ternyata piramida terbuat dari tanah liat yang dibakar menjadi mirip dengan batu dg teknologi kimiawi dan pembakaran super canggih yang sampai sekarang belum dikethui caranya, yaitu firaun menyuruh insinyurnya Haman membakar tanah dan membentuk batu2 piramid,mungkin sesuai dg Qs. Al Qashash 38: Dan berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat[1124] kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta."
juga Qs. Al Mu'min 36:36. Dan berkatalah Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu,

19 May 2013 at 20:27

Menurut ulamak terdapat 144 ribu orang nabi telah diturunkan oleh Allah SWT. Manakan boleh nabi Adam turun pada 10,000 BC. Ada sesetangah nabi turun 5 hingga 6 orang pada waktu dan tempat yang sama.

Ada sesetangah Nabi berumur 3000 ribu tahun pada zaman dahulu. Ini menunjukkan sudah berjuta tahun nabi Adam diturunkan ke bumi.

2 February 2014 at 23:48

Salam,Saya sgt tertarik dgn artikel ini.Pada pendapat saya, tidak wajarlah jika umur umat manusia ini dikira dari adam ke muhammad s.a.w.Ini kerana, pada pendapat sesetengah ulama, terdapat hampir 124 ribu rasul dan nabi.Jadi kalo kita kira 1 nabi 1 tahun pon dah melebihi 10000 ribu tahun.Dan, fakta mengenai kecanggihan teknologi pada zaman nabi nuh tidak dapat dinafikan lagi, cuba fikir, pada zaman nabi nuh telah terdapat orang yg melakukan seks sesama jantina, lesbian dan gay.Dan Allah turunkan bencana besar ke atas kaum Nuh kerana kerosakan umat tersebut.Menunjukan gay dan lesbian serta apa perkara maksiat pada zaman tersebut telah tersebar meluas.Persoalanya, mcm mana ianya boleh tersebar meluas, sama mcm pada zaman sekarang? Jadi jawapanya mungkin adalah melalui media ,internet pada zaman tersebut seperti yg berlaku pada masa kini dimana seks sesama jantina tesebar meluas melalui internet dan media.

Akhir sekali, nabi adam tidak turun ke bumi tanpa ilmu, ini kerana salah satu sebab kenapa malaikat tunduk hormat pada nabi adam di syurga adalah kerana telah diajarkan nama-nama(ilmu) kepada nabi adam.Sekian

23 May 2014 at 02:43

Assalamualaikum
kita try buat kiraan kasar
point
1. Terdapat 124,000 nabi
2. Andaikan terdapat 5 org nabi pada satu satu masa
3. Andaikan jangkamasa setiap kumpulan 5 nabi itu men gambit masa seminimum 100 tahun utk sampai ke kumpulan 5 nabi yg berikutnya

so, kiraan nya
1) 124,000 ÷ 5 = 24,800
2) 24,800 X 100 = 2,480,000

Hence, jangkamasa dari Zaman Nabi Adam hingga sekarang tidak mustahil langsung me lebih 2,480,000 tahun...

Wallahualam.

23 May 2014 at 03:02

Technology canggih.
Kalau di fikiran perubahan kemajuan teknologi moden yg canggih berlaku pada dunia dalam tempoh 2,000 tahun ni amat menakjubkan.

Jadi agak mustahil dalam tempoh 2juta tahun tak ada kemajuan teknologi yg melebihi kemajuan teknologi yg ada sekarang..

Wallahualam

25 May 2014 at 11:16

Nabi memang 124 ribu..kena tau la nabi dapat ilmu untuk diri sendiri saja berbeza rasul untuk menyampaikan..apa nak pelik mungkin beribu nabi turun serentak betul tak..rasul cuma kalau tak silap sama macam pejuang badar 313 org je..tu pun mungkin ramai turun pada zaman yg sama..sedang rasul yg wajib diketahui 25 org pun ada yg serentak seperti musa+harun sezaman khidir walau bukan rasul yg wajib dikethui tapi terkenal juga nabi ismail+ishak hampir sezaman dan tak mustahil 10000bc..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger