Kajian Al-Quran - Mesin Merentas Masa

KAJIAN AL-QURAN : MESIN MERENTAS MASA
based on Ibnuyaacob article "time travel" 
Writer : Ibnuyaacob Photo/Editor : MacJay.Net

Dunia perfileman barat amat beriya-iya mempromosikan filem yang bercorak “merentas masa”. Mereka cuba mengakademikkan angan-angan dengan mencipta pelbagai teori matematik dan fizik. Maka muncullah formula-formula palsu untuk mencipta mesin merentas masa. 

KONSEP EINSTEIN DAN RELATIVITI MASA 

Dunia kajian merentas masa dari pandangan barat dikatakan dipelopori oleh profesor Yahudi bernama Albert Einstein. Profesor ini dalam kajian-kajian awalnya mengatakan masa boleh direntas sekiranya kita dapat menjumpai ruang masa ini.

Menurut pakar fizik dan astronomi, John Wheeler, Wormhole adalah sejenis ruang perjalanan pintas ke arah tempat yang jauh dan masa. Melalui wormhole, manusia dapat pergi ke satu generasi ke generasi yang lain dalam jarak masa yang singkat.
Manusia juga dapat memilih tarikh, tahun dan tempoh yang dikehendaki untuk pergi ke sana dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan sekatan.

Antara filem yang paling mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia tentang time travel ialah Back to the Future. Kebijaksanaan seorang profesor yang berimej rambut ala Einstein telah berjaya membantu seorang remaja kembali ke masa lampau.
Albert Einstein                              John Wheeler

Namun begitu, John Wheeler yang sudah membangunkan teori Wormhole sejak 1957 sendiri tidak mampu memberikan bukti-bukti kukuh untuk menyakinkan masyarakat tentang kemampuan merentas masa. Wheeler sendiri kelihatan banyak menciplak idea-idea Hermann Wehl dari Jerman yang sudah pun berteori tentang wormhole sejak 1921.

KEGHAIRAHAN DUNIA AKEDEMIK DALAM TEORI MERENTAS MASA 

Merentas masa adalah satu angan-angan yang cuba direalisasikan oleh dunia akademik barat. Ringkas kata, Dajjal memang tahu ianya tidak akan berlaku tetapi ia mahu masyarakat dunia berusaha ke arah angan-angan kosong yang tidak akan berlaku sehingga kiamat.

Jikapun Allah mengizinkan ada mesin yang mampu merentas masa, maka orang yang paling bermasalah ialah Dajjal itu sendiri. Apakah mungkin syeikh-syeikh Arab sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus billion dollar untuk melancong dengan mesin tersebut?

Jika ada orang Islam yang mempunyai mesin masa, sudah pastilah Dajjal akan menghadapi masalah paling besar kerana 10 tahun dari sekarang kemungkinan besar teori bahawa Samiri yang disebut dalam surah Toha adalah Dajjal mungkin sudah banyak terima pakai.

Apabila teori Samiri adalah Dajjal diterima pakai, maka lebih baiklah orang Islam pergi berjumpa dengan Samiri yang mengikut rombongan Bani Israel merentas Laut Merah dan membunuhnya terus. Mungkin itulah yang paling banyak akan berlaku.

Masalahnya, masyarakat Islam tidak mahu menerima hakikat dan masih seronok berteori dengan Teori Relativiti ciptaan Albert Einstein itu. Amat menghairankan… 

BUKTI MESIN MERENTAS MASA TIDAK AKAN WUJUD 

1) Bukti Pertama : Peringatan Rasulullah SAW 

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan manusia tidak dibenarkan atau diizinkan merentas masa lampau (past) dan pergi ke masa hadapan (future).

Persoalan perkara yang lepas (past), sememangnya wajibak diimani bahawa kita tidak boleh lagi kembali ke masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW;
“Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”
Jika masa itu boleh berpatah balik maka tak perlulah Rasulullah SAW bersabda seperti di atas. Adalah lebih baik baginda mengatakan “…kembalilah kamu ke masa lampau untuk memperbetul kesilapan.” 

Baginda Rasulullah SAW yang maksum dan penghulu segala nabi sendiri tidak diberikan kelebihan merentasi masa, inikan pula kita manusia biasa yang penuh dengan noda. Hadith di atas jelas menunjukkan ketegasan Rasulullah mengenai masa.

Ia bermakna, seseorang hamba Allah tidak akan dapat mengembalikan waktu-waktu yang telah lepas. Setiap waktu dan saat yang dianugerahkan Allah untuk dilaluinya adalah amat berharga.

2) Bukti Kedua : Peringatan Allah SWT Dalam Al-Quran

Di dalam ayat Al-Quran, Allah SWT menegaskan dengan jelas berkenaan masa;
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Al-Asr, 1-2)
Nah, keseluruhan surah ini sudah tepat untuk membalas semua hujah ahli-ahli fizik seluruh dunia yang cuba memperkenalkan teori merentas masa. Tidak perlulah lagi bagi kami menghurai panjang akan ia.

3) Bukti Ketiga : Merentas Masa Menyalahi Konsep Taubat 

Bukti ke 3 yang menunjukkan mesin merentas masa tidak akan tercipta ialah kerana ia membelakangi konsep taubat. Islam menyuruh umatnya sentiasa bertaubat bukan sahaja kerana dosa tetapi kerana masa tidak boleh berpatah balik.

Konsep taubat ini wujud kerana semua umat Islam harus meyakini bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lalu untuk membetulkan semula kesilapan lampau.

Setiap umat Islam disarankan memperbanyakkan taubat tanpa menunggu dosa itu wujud. Ini berdasarkan firman Allah SWT;
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan orang-orang yang banyak mensucikan diri.”
(al-Baqarah, 222)
Firman Allah lagi;
“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.”
(an-Nur, 31)

Allah SWT telah memberi amaran kepada usaha sia-sia manusia ini dengan mendedahkan bahawa semua urusan peribadi manusia dan takdir masa depannya sudah pun tertulis di dalam Lauh Mahfudz. Allah sudah pun menetapkan bagaimanakah nasib setiap hamba ciptaan-Nya.

ISU MERENTAS MASA DIKALANGAN PARA WALI

Dikalangan para ulama hatta nabi sekali pun tidak berlaku ke atas mereka kemampuan “merentas masa”, inikan pula kita manusia yang penuh hina dan noda. Apatah lagi golongan kafir seperti Albert Einstein yang bercita-cita tinggi itu.

Good news, if you're getting a new ACER computer with Windows 8. Up to RM60000 worth of prizes to be

Hatta Dajjal sekali pun tahu masa tidak boleh diubah, yang berlalu tetap berlalu dan yang akan datang belum pasti lagi.

Setakat ini, belum lagi kita melihat ada dikalangan wali dapat pergi ke masa lampau atau masa hadapan. Terdapat isu seseorang yang istimewa atau mempunyai kelebihan psikik anugerah Allah.

Golongan ini dapat melihat masa lampau hanya dengan cara menyentuh barang-barang kegunaan orang lain atau memegang sesuatu objek atau melalui sesuatu kawasan. Ia perkara yang benar dan realiti. 

PSIKIK TIDAK MERENTAS MASA

Psikik terkenal bernama Dorothy Allison (gambar) yang tinggal di daerah Nutley, New Jersey pernah membantu polis negeri dan FBI menyelesaikan kes jenayah misteri iaitu kes JonBenet Ramsey (JBR). Kejayaan Allison membuatkan dia dipanggil sebagai tetamu undangan khas rancangan Larry King Live.
Tetapi Allison tetap berada di tempat kejadian untuk mengesan kesan-kesan yang ditinggalkan penjenayah. Allison tidak hilang dari kedudukannya untuk pergi ke zaman silam. Ini secara langsung membuktikan individu psikik tidak boleh merentas masa. 

PANDANGAN PARA WALI MELIHAT SEJARAH HIDUP SESEORANG

Melihat sejarah hidup seseorang dengan cara merenung wajahnya bukanlah tergolong dalam konsep merentas masa. Walaupun si pelihat itu (mungkin wali atau nabi) mampu melihat secara jelas, tetapi ia tidak mampu masuk ke dalam “masa lampau” yang dilihat. Ia hanya mampu menjadi penonton.

Suatu perkara yang mampu diusahakan manusia berkaitan masa ialah mempercepatkan perjalanan. Misalnya, pukul 2.00 petang berada di London, kemudian pukul 2.15 berada di Tokyo. Hanya itulah peluang yang ada untuk diusahakan oleh manusia.

Melajukan pergerakan objek tidak akan terkeluar dari batas masa. Jika objek itu boleh bergerak 100 kali lebih laju dari kelajuan cahaya pada tarikh 23 Januari 2009, maka objek itu tetap akan berada pada tarikh dan hari yang sama juga iaitu 23 Januari 2009.

Maka peluang itu nampaknya jelas kelihatan diambil sepenuhnya oleh Nicola Tesla dalam projek Eksperimen Philadephia [klik di sini] 

KEFANATIKAN GOLONGAN FIZIK

Amat menyedihkan apabila pakar-pakar fizik umat Islam boleh terpengaruh dengan dakyah sesat teori Einstein, Wheeler dan Hermann.  Mereka amat kagum dengan susunan fungsi fizik yang penuh nilai estetik.

Mereka berbincang berbicara suatu perkara yang telah ditetapkan dalam lauh mahfudz. Padahal, itu hanyalah pekerjaan yang sia-sia sahaja. Catatan dalam lauh mahfudz adalah kekuasaan Allah. Ianya tidak boleh diubah lagi, ianya tetap tertulis di situ.
Firman Allah SWT;
“(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.”
(al-Buruj, 19)
“(lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfudz.”
(al-Buruj, 22)


Kefanatikan golongan fizik lebih kelihatan fanatik apabila suatu pendekatan fungsi fizik diperkenalkan iaitu Wormhole Metric. Secara pokoknya, masyarakat cuba diberitahu bahawa merentas masa itu boleh dilakukan jika pengirannya betul dan formulanya tepat.
Maka disebabkan itu, seringkali kita dihidangkan dengan filem-filem merentas masa yang akan mempamerkan seseorang saintis membuat pengiraan matematik fizik di buku notanya.

ISU RUANG MASA DALAM BUKU MUHAMMAD ISA DAWUD

Berasaskan ulasan buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia yang pernah kami nyatakan sebelum ini, Muhammad Isa Dawud banyak membangkitkan soal masa dan celahan-celahannya. Namun begitu, ulasannya dilihat berhati-hati dan tidak mempersoalkan merentas ke masa lampau.

Antara kes-kes celahan masa yang dimuatkan Muhammad Isa Dawud ialah berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bernama Karen yang terjatuh di suatu tempat asing. Dikhabarkan bahawa Karen telah dibawa oleh sekumpulan makhluk seakan-akan manusia meninjau ke kawasan mereka.

Karen merasakan ia berada dikalangan makhluk-makhluk itu dalam tempoh sehari semalam sahaja tetapi, ibu bapanya hanya menjumpai beliau selepas 8 hari pencarian. Kes ini ditafsirkan oleh Muhammad Isa Dawud sebagai terjatuh di celah masa. Muhammad Isa Dawud juga berandaikan anda kehidupan lain yang jauh di dalam bumi.

TINGGAL YANG SIA-SIA, KEJAR YANG TERSEDIA

Apakah peranan umat Islam dalam isu time travel ini? Tidak lain tidak bukan ialah jangan membuang masa untuk mencipta mesin merentas masa kerana mesin itu memang mudah dicipta tetapi ia tidak mampu pun bergerak.

Satu perkara yang perlu pakar-pakar fizik Muslim menyibukkan diri adalah berkaitan dengan mencari pendekatan fizik untuk melajukan pergerakan objek dalam period masa yang sama. Pakar-pakar fizik Muslim perlu mencontohi usaha Prof Dr. Yahaya Said al-Mahjari.

Walaupun sekadar teori, usahanya bukanlah untuk mencari bagaimana untuk merentas masa, tetapi ia mencari bagaimana menggerakkan suatu objek ke tempat yang jauh tanpa sebarang pengangkutan seperti yang dilakukan Asif bin Barqiya. Usaha sebegitu tidak terkeluar dan terlanggar persoalan keimanan kepada qada’ dan qadar Allah. 

Wallahu’alam…

Share this article :
 

+ ulasan + 10 ulasan

17 September 2011 at 23:12

Nice post. Bagi yang kurang yakin dengan hadis atau ayat Al-Quran, saya sertakan bukti saintifik kenapa penjelajahan masa adalah mustahil.

Pertama sekali, hukum fizik menyatakan bahawa tiada objek yang bergerak lebih laju daripada cahaya. Apabila sesuatu objek memecut/bergerak pantas, jisimnya akan bertambah dan menjadi bertambah berat. Pergerakannya akan menjadi perlahan sehingga satu tahap akan kelihatan seakan-akan berhenti. Ia satu mekanisme untuk mengelakkan sesuatu objek daripada melampaui had laju cahaya.

Yang kedua, jika penjelajahan masa adalah possible, maka akan terjadi time paradox. Apa akan jadi jika saya kembali ke masa lampau dan selamatkan Nabi Isa daripada dibunuh? Apa akan jadi kalau saya tolong Hitler semasa perang dunia kedua? Penjelajahan masa hanya mengundang perbincangan yang sia-sia dan tidak berkesudahan.

So ada baiknya jika usaha menghasilkan mesin masa ini ditamatkan sahaja.

Anonymous
26 September 2011 at 10:53

BAGI SAYA MASA ADALAH KUASA TUHAN YANG TIDAK PERLU DISENTUH DAN TIDAK MUNGKIN DIBERIKAN KEPADA MANUSIA UNTUK MENGETAHUI SELANJUTNYA TETANG RAHSIA MASA....KAJIAN BARAT ADALAH KESILAPAN DAN SALAH BESAR KERANA MENYENTUH KUASA TUHAN...

PADA SAYA MASA ADALAH RAHSIA TUHAN..KITA DI DUNIA TERIKAT DENGAN MASA DI DUNIA...MASA DUNIA ADALAH BERBEZA DENGAN MASA DI ALAM LAIN..ALAM MAKHLUK LAIN DAN MASA SEMASA DI HARI AKHIRAT MAHUPUN MASA BAGI ALAM MANUSIA YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA JUGA BERBEZA..TETAPI KITA SEBAGAI MANUSIA TIDAK BOLEH MERUBAH MASA...

LEBIH BAIK FIKIR MASA DEPAN APA NAK BUAT..DARI MEMIKIR KAJIAN YANG TIDAK RASIONAL

Anonymous
24 January 2012 at 15:06

aku rasa mesin masa mungkin ada dan sedang dibangunkan sekarang.. aku ade gak kaji tentang mesin masa ni.. ade institusi barat telah membangunkan dan mencipta wormhole yang berskala besar sekarang.. memang kita fikir ade time paradox tetapi kalau perasan mcam satu timeline kalau kita letak satu titik pada line 2 pada tahun 1989 sedangkan kita berada pada tahun 2012 tetapi disebabkan titik 2 ada pada tahun 1989 maka kita sebenarnya dah melaluinya dan kita tidak perasan.. mungkin benda ni mcam mengarut tapi kalau kita kaji zaman mesir purba mereka mempunyai tamadun yang dikagumi.. mereka juga sebenarnya pernah melihat helikopter dan kapal terbang yang sememangnya kita fikir ia tidak wujud pada zaman itu.. untuk pengatahuan ada beberapa teknologi yang dirahsiakan telah dicipta hasil daripada penceritaan time traveller sendiri.. dan jika pernah dengar tentang seorang pengembara masa yang sy telah lupa nmanya..beliau menceritakan segalanya dan semua yang diceritakan semamngnya menjadi kenyataan.. aneh kan.. jika berbicara tentang hukum fizik... banyak sebenarnya yang telah melanggar hukum itu sendiri.. semuanya telah dikaji dan sekarang negara barat cuba mengkaji fizik quantum.ada penemuan purba canggih yang dirahsiakan kerana bimbang ianya akan tersebar. dan hampir berjaya sekarang.. tentang hadis 2 aku x berani nak ckap ape2.. yang kejar lima perkara tu mungkin tidak berkaitan dengan mesin masa... sebab usia memang tidak boleh diundur dan semua yang 5 tu mmg x boleh dielakkan cuma masa sahaja tidak dinyatakan.aku pun xthu nak explain macam mne benda ni dengan jelas sory la klau kurang fham.. wallahualam hanya tuhan sahaja yang tahu..

pemikir
4 February 2012 at 06:39

time mechine adalah satu ciptaan yg mitos para sarjana barat pada umat islam,kerana para sarjana barat yg terdiri daripada pope john paul adalah bertujian untuk menyesatkan akidah umat islam,kerna ia bercanggah dgn ajaran islam itu sendiri.seprti dijelaskan oleh admin..berkenaan ciptaan pada masa lampau (zaman firaun) ia bukanlah melibatkan time mesin..kerana tamadun manusia memang bermula sejak berabad lama.ttp kaum2 dilaknak dan ditenggelami dan ditimbus ALLAH SWT oleh kerana kefasikan kaum itu sendiri.spt zaman nabi nuh.kaum2 yahudi menyediakan fitnah2 septi inilah untuk menarik para pemikir islam dari berfikar mengenai kemajuan agama islam dan supaya berfikir dan menbuang masa memikirkan perkara2 remeh dan xmasuk oleh akal seorg islam...dan TIME MESIN inilah adalah propaganda dan FITNAH dari dajjal laknatullah

Pacifist
24 April 2012 at 21:50

http://drmaza.com/home/?p=1715

kawan...disini ada diceritakan sedikit sebanyak mengenai pemahaman teori relativiti.saya bukanlah menyokong Albert Einstein 100%,namun ada betulnya sebahagian teori tersebut.mengenai artikel yang saya berikan ini tak perlulah saudara mencampurkan isu2 mengenai wahabi,syiah,sunni atau mazhab yang berlainan.Yang benar kita ambil,yang keruh kita buang.hentikanlah budaya takfir( kafir mengkafir sesama muslim ) semoga umat kita gemilang suatu hari nanti dan mampu memperbetulkan teori2 yang mereka tersilap dalam fizik

Wallahualam ^^

1 January 2014 at 12:26

Ini adalah satu penemuan bagus tentang perjalanan masa adakah ia benar atau tidak ia terbagi 3

1] ilmu
2] usaha manusia
3] keberhasilan

Pada pandangan saya Allah S.W.T memberikan manusia ilmu dan akal
setiap sesuatu itu terjadi adalah menurut hukum dan akal.

Allah maha mengetahui itu semua kalau ia diciptakan untuk kebaikan maka kebaikanlah jadinya kalau ia disalah gunakan maka ia akan menjadi seperti cerita filem tersebut (back to the future)

mengapakah semua cerita filem itu akhirnya menjadikan keburukan kerena Allah maha mengetahui Allah mengetahui setiap sesuatu sebelum atau sesudahnya.

Jadi tidak usah terus disebut tidak benar terus di-dalam Al-Quran itu setiap surah mempunyai berbagai pengertian

ada juga surah itu mengatakan "Jangan kamu mengatakan barang yang belum mengetahuinya lagi"

Jadi disini manusia itu disuruh pelajari ilmu itu sampai di negeri cina menurut hadis nabi juga.

Tentang benar atau salah kita disuruh beriman iaitu membernahkan kebenaran Al-quran itu.

23 February 2014 at 05:49

Mcm mna pendpat saudara jklau org itu mnglami keadaan masa hdapan?dia mndpt bygan atau mimpi yg akn brlaku,kmngkinn 10/15 thun lgi akn brlaku.bknnya itu pon masa?

28 August 2014 at 02:05

Hanya kekuatan roh @ teknologi roh yg mampu merentas ruang dan waktu. Kerana roh melebihi kelajuan cahaya tanpa batas ruang dan waktu. Teknologi ini juga yg diguna oleh para wali untuk melihat sejarah masa lalu dan masa hadapan. Merentas ruang dalam waktu yg singkat @ ilmu lipat bumi. Berada di beberapa tempat pada waktu yg sama @ ilmu pecahan diri.

11 November 2014 at 19:11

Tiada yang mustahil bagi Allah dan tak mustahil mungkin ada dikalangan manusia yang pernah melangkaui batasan masa, kan Rasulullah saw pernah mengembara melalui celahan masa sewaktu peristiwa israk wa mikraj, melihat sendiri berapa ramai umatnya disiksa didalam neraka, berjumpa dengan Allah dan macam2 lagi dalam satu malam sahaja, peristiwa itu wajib bagi kita untuk mempercayainya, binatang ajaib bernama buraq, rasanya kajian barat pun berasaskan al quran juga, tapi bila orang kafir cakap dia pernah merentas masa itu mustahil sebab sudah tentu Allah akan pilih orang yang Dia suka dahulu. Melangkah waktu ni salah satu ilmu rahsia yang tidak diketahui oleh manusia awam macam kita ni, ia adalah ilmu mukjizat ataupun ilmu para wali melalui makrifat. Hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat mengetahui rahsianya yang sebenarnya. Wallahua'lam.

15 December 2014 at 00:46

1 tahun disisi Tuhan berbeda dengan kita...NAH...disini udah ujud perbezaan masa. SIMPLY put..it is possible to go back and so on :) .. KIDD Nabi ISA tidak dibunuh....yg dibunuh tu pendusta besaq bak hang..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger