Kajian Hadith Rasulullah S.A.W - A Days of Dajjal

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda: 

"Dajjal akan muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Jadi apa maksud di sebalik hadis Rasullulah S.A.W itu?. Kita sebagai umat Islam dan akhir zaman haruslah rajin mengkaji apa yang dimaksudkan oleh rasullulah. Maksud disebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein.
Ada satu hari terasa bagaikan setahun
Dajjal memerintah dunia satu hari bagaikan setahun, dia memerintah
dunia melalui Great Britain.
 Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan
Dajjal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat
Ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu
Dajjal akan memerintah dunia melalui Holy Land, Jerusalem (Israel)
Alhamdulillah, saya telah jelaskan sedikit perkara untuk memudahkan anda semua memahami apa yang di maksud untuk semua perkara ini. Semasa Dajal memerintah dunia melalui Great Britain, Great Britain adalah kuasa paling kuat dan pound sterling menjadi matawang utama dunia.

Manakala zaman dajal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat, Amerika Syarikat adalah kuasa yang paling kuat dan US Dollar menjadi matawang utama dunia.
Dan apabila Dajal memerintah dunia melalui Israel, Israel akan menjadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang, Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ini akan turut jatuh. Sekarang kita dah nampak petanda - petanda ini. Langkah bijak yang diambil oleh Dr. Mahathir adalah dengan menyeru agar kita semua membeli dinar emas, ini kerana harga emas tidak akan jatuh nilainya.

Sekarang kita masukan sedikit bab pengiraan. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia dan kita dapat tahu Dajal memerintah melalui great britain selama 1000 tahun. Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M.1000+900=1900. Tamatnya pemerintahan Dajal di Great Britain dan beralih kepada satu hari seperti sebulan= Amerika Syarikat.
Pada tahun 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri di dalam perang dunia dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun...1917+83=2000.

Tamatnya pemerintahan Dajjal melalui Amerika adalah pada tahun 2000. Apa yang telah terjadi pada tahun 2000? George W. Bush mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ketika inilah, Amerika  Syarikat dilihat oleh dunia sebagai 'budak suruhan' pada Israel.
Dajal memerintah dunia melalui Israel pada tahun 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu. Mengikut formula kiraan yang sama, "sehari seperti seminggu" patut menjadi 83 tahun bahagi 4, yang hampir bersamaan dengan 21 tahun. Ini akan membawa kita di antara tahun 2020-2023 (jika mengikut tahun masihi atau hijrah). Pada tahun ini, kumpulan Illuminati sepatutnya sudah bertindak dan memastikan kuasa pemerintahan dunia terletak pada negara Israel.

"Selamat datang ke tahap-tahap akhir rancangan Dajjal"!

Kenyataan oleh Presiden George Bush (bapa George W. Bush) pada 11th September 1990 :
"..Apa yang lebih penting ialah lebih dari satu negara kecil. Ia merupakan sebuah idea besar. Pemerintahan Dunia Baru (New World Order)."
Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam masa yang singkat. Dan bermulalah zaman yang penuh dengan kekejaman dan penzaliman ke atas umat Islam seluruh dunia.

2001
World Trade Center (9/11)
Ini adalah konspirasi pihak Illuminati sendiri untuk dijadikan modal menyerang
umat Islam. Osama bin Laden talibarut pada 'tentera Dajjal' ini

2002
Tentera Bersekutu Menyerang Afghanistan
Osama tahu bahawa seluruh dunia tahu dia berada di Afghanistan, tetapi dengan
sengaja dia 'mengaku' bertanggungjawap terhadap serangan WTC.

2003
Pencerobohan ke atas Iraq
Serangan dilakukan atas alasan mencari senjata pemusnah milik Iraq.
Walhal yang berlaku di Iraq ; tembakan rambang, pencabulan, penyeksaan tahanan dll

2006
Serangan Israel ke atas Lubnan
Perang meletus di antara Israel-Hezbollah (Syiah), namun serangan banyak
disasarkan pada orang awam. Buktinya, 'bom berangkai' digunakan oleh Israel dalam serangan ini. Pemerhati mendapati, ketika serangan, ramai tentera Hezbollah telah mendapatkan perlindungan di kawasan sekitar bukit sedangkan orang awam dibom.

2009
 Serangan hebat ke atas Gaza, Palestin
Seperti biasa, banyak negara Islam membentangkan usul di parlimen untuk
mengutuk Israel, termasuk Malaysia. Iran (Syiah) pula hanya lantang bersuara.

Selepas 9/11, Amerika Syarikat telah menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat dan ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order! 

Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan untuk Israel. Ini bertujuan bagi mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermulalah fasa terakhir, kemudian hari-hari berikutnya sama seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Kemenangan adalah bagi sesiapa yang mengikut penyelamat yang benar, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Tapi sedihnya kebanyakan kita nanti akan memilih The False Messiah (dajjal). 
Share this article :
 

+ ulasan + 7 ulasan

Anonymous
18 April 2011 at 10:40

mmg umat Islam sekarang berpegang dengan ugama lain dr Islam... agama Demokrasi menjadi anutan umat Islam seantero dunia pd masa kini... malah mrk jahil dgn ajaran Islam yg sebenar-benarnya...

18 April 2011 at 21:43

Tiada apa yang perlu dirujuk pada akhir zaman ini melainkan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW

Anonymous
28 April 2011 at 10:38

inilah maklumat yg sebenar2 nya...semua umat islam harus sedar dan ambil tahu hal ini..

Anonymous
3 July 2011 at 22:43

Assalamualaikum... huhuh ader geng gak.. aku fan sheikh imran hosein gak.. email kat aku kalu ader info2 baru... mohd.suffian@gmail.com .... aku pun nak cari jalan camne nak survive kat dunia yang bepaksikan duit, harta, pangkat, kedudukan dan bukannya amal soleh atau tahap ketaqwaan kita... harap kita semua akan mati dalam keadaan beriman.. ameen

Anonymous
28 October 2011 at 23:57

Asslamialaikum kepada semua, sekadar untuk berkongsi mengenai kesedaran kita di akhir zaman. Sememang nya kita hidup di akhir zaman ini secara langsung mengikut jejak langkah dajjal, atau hidup dlm sistem dajjal, kenapa? Sebab rutin harian kita semakin hari semakin membutuhkan sistem dajjal ini seperti dlm siri The Arrivals iaitu sistem kewangan yg berpandukan riba, meminati artis dan lagu2 barat seperti American Idol ( penyembahan berhala ala zaman sekarang), ni belum lagi bab message yang disampaikan melalui lagu tersebut yang berunsur penyembahan setan seperti mengagungkan iblis, adakah anda sedar akan lagu yang anda dengar setiap hari? Wayang yang anda lihat apakah ianya tidak ada unsur2 menyesatkan. Berita yang kita dengar dari media masa samada ianya betul atau propaganda media barat. Semua benda ni berbentuk brainwashing baik kita atau generasi muda. Lain lagi benda yang kita makan, minum, pakai dan hisap rokok? Ni belum lagi bab pemimpin negara. Betul tak secara tak langsung didalam sistem dajjal. Mana kita nak sorok kan diri kita pda akhir zaman ni? Pendek kata apa yang kita lihat dengar pakai dan konsumsi sudah menjadikan kita mengikuti persisteman ini tak lain tak bukan supaya kita leka alpa dengan keduniaan, supaya kita lari dari sunnah dan syariat Nabi kita Muhammad SAW . Nauzubilah.. Mudah2an kita tidak terjerumus kedalam sistem ini amin.

Anonymous
29 October 2011 at 21:01

Asslamialaikum kepada semua, sekadar untuk berkongsi mengenai kesedaran kita di akhir zaman. Sememang nya kita hidup di akhir zaman ini secara langsung mengikut jejak langkah dajjal, atau hidup dlm sistem dajjal, kenapa? Sebab rutin harian kita semakin hari semakin terpengaruh kpda sistem dajjal ini seperti dlm siri The Arrivals iaitu sistem kewangan yg berpandukan riba, meminati artis dan lagu2 barat seperti American Idol ( penyembahan berhala ala zaman sekarang), ni belum lagi bab message yang disampaikan melalui lagu tersebut yang berunsur penyembahan setan seperti mengagungkan iblis, adakah anda sedar akan lagu yang anda dengar setiap hari? Wayang yang anda lihat apakah ianya tidak ada unsur2 menyesatkan. Berita yang kita dengar dari media masa samada ianya betul atau propaganda media barat. Semua benda ni berbentuk brainwashing baik kita atau generasi muda. Lain lagi benda yang kita makan, minum, pakai dan hisap rokok? Ni belum lagi bab pemimpin negara. Betul tak secara tak langsung didalam sistem dajjal. Mana kita nak sorok kan diri kita pda akhir zaman ni? Pendek kata apa yang kita lihat dengar pakai dan konsumsi sudah menjadikan kita mengikuti persisteman ini tak lain tak bukan supaya kita leka alpa dengan keduniaan, supaya kita lari dari sunnah dan syariat Nabi kita Muhammad SAW . Nauzubilah.. Mudah2an kita kembali ke jalan yg benar amin.

21 November 2015 at 22:56

Semoga kita tak tergolong dalam golongan bawahan dajal

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger