Bendera Israel diatas Dome of the Rock

Adakah Revolusi Dunia Arab kini satu usaha bagi mengalihkan perhatian umat Islam daripada misi sebenar Israel yakni meruntuhkan Masjid al-Aqsa dan pembinaan semula Haikal Sulaiman di atas tapak runtuhan al-Aqsa?

Yayasan Al-Aqsa yang bertanggungjawap ke atas tempat-tempat suci di Palestin yang diduduki - mengutuk keras penyebaran gambar yang dilakukan Zionis Israel terhadap Dome of Rock dengan bendera Israel di atasnya yang disiarkan di internet.

Dalam sebuah pernyataan yang diterbitkan bagi mengutuk tindakan Zionis tersebut, Yayasan Al-Aqsa menunjukkan bahawa penyebaran gambar dengan bendera Israel di atas Dome of Rock menjelaskan posisi Israel, di mana mereka secara fanatik mahu menguasai Masjid Al-Aqsa dan membangun Haikal Sulaiman di atas tapak runtuhan Al-Aqsha.

Yayasan Al-Aqsa mendesak dunia Arab dan umat Islam tidak hanya berdiam diri melihat tindak-tanduk Israel terhadap Masjid Al-Aqsa tanpa mengambil tindakan tegas untuk mencegah tindakan  binatang tersebut terulang kembali, sembari menggambarkan Masjid Al-Aqsa sebagai kompas yang menggambarkan masa depan dan nasib umat Islam.
"Setidaknya yang dapat dikatakan tentang tindakan seperti itu adalah bahawa mereka sangat provokatif, dan mencerminkan tahap kegilaan lembaga pendudukan Israel terhadap kompleks Al-Aqsa," kata yayasan, menambahkan bahawa tujuan sebenarnya dari projek Zionis adalah untuk membangun kuil di atas tapak runtuhan Masjid Al-Aqsa.
Yayasan Al-Aqsa menegaskan kembali keyakinan yang kuat yang bahawa Masjid Al-Aqsa merupakan hak umat Islam dan mimpi Israel untuk membangun Haikal Sulaiman adalah mimpi hitam yang akan hancur. Pihak yayasan turut menegaskan bahawa semua usaha Israel dalam hal ini akan gagal. 
Israel Zionis semakin agresif dalam usaha mereka untuk membina Haikal Sulaiman/Solomon Temple sebagai tempai persemadian al-masih Yahudi (Dajjal) yang dinantikan oleh mereka selama ribuan tahun. Yahudi walaubagaimanapun tidak tahu (bertegas bahawa) Nabi Isa as bukan al-Masih yang sebenarnya. Paderi-paderi Kristian terdahulu mengingatkan tentang satu masa akan tiba apabila Yahudi tersalah anggap Dajjal sebagai al Masih mereka.

Share this article :
 

+ ulasan + 1 ulasan

Anonymous
21 February 2011 at 22:46

Salam...ziarah.

Hari ini tengok berita. Gambar besar Hosni Mubarak dilucutkan dari tempatnya yg tinggi. Tulisan khat "ALLAH" dinaikkan mengganti gambar tsbt. Apabila nama "ALLAH" ditinggikan, bukanlah revolusi Mesir menjatuhkan Thaguut kukubesi itu suatu konspirasi.

Selagi palestin mengibarkan bendera warna warni ketaksuban kpd pemimpin, kuasa dan nasionalisme, selagi itulah mereka bukan golongan yang dimenangkan. Begitulah juga PAS tidak pernah berkuasa selama lebih 50 tahun pilihanraya. Ikhlas...kerana ALLAH, bukan kerana lain disampingNya. Sembahyang pun Ikhlas kerana ALLAH, bukan kerana pahala dan syurga.

Bukanlah ALLAH ITU zalim...SUBHANALLAH!, tetapi manusialah yg menzalimi diri mereka sendiri.

wa salamun taslima.

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger