Pada tahun 1967, setelah perangan antara tentera dan Negara-negara Arab tamat. Israel mula berkuasa di kota Al-Quds dan Masjidil Aqsa.
Mereka membongkar wilayah Magharibah dan menghancurkan 138 gedung, termasuk didalamnya sekolah dan Al-Jami Buraq serta Masjid Magharibah. Mereka juga mula meggali terowong di bawah masjidil aqsa melalui bahagian tersebut dengan alasan kononnya mencari kesan sejarah wujudnya rumah ibadat mereka, "the King Solomon Temple” di kawasan tersebut."
Pada 9 Ogos 1969, seorang rabbi (pendita) yang berfahaman Zionis, Shlomo Goren masuk ke Al-Haram Al-Quds memimpin Puak Pelampau Yahudi yang berjumlah sekitar lima puluh orang untuk menunaikan “doa” di dalamnya.
Pada 21 Ogos 1969, seorang Yahudi radikal berkerakyatan Australia bernama Michael Dennis Rohan membakar Masjid Al Aqsa, yang mengakibatkan kehancuran mimbar Salahuddin yang berusia lebih dari lapan ratus tahun serta langit-langit atapnya juga ikut terbakar. Ketika kejadian berlaku bekalan air dan talian telefon di putuskan di sekitar kota Al-Quds. Perkampungan Yahudi yang berdekatan tidak membenarkan orang Islam menggunakan bekalan air untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Pada 2 November 1969, Yigal Alon, wakil Perdana Menteri Israel dan para pembantunya memasuki Al-Haram Al-Quds.
Pada 11 Julai 1971, kelompok gerakan Betar yang terdiri dari 12 orang pemuda memasuki Masjid al-Aqsha dan melakukan ritual ibadah didalamnya.
Pada 22 Julai 1971, sekelompok gerakan Betar memanjatkan doa di Al-Haram Al-Quds.
Pada 14 Januari 1989, beberapa anggota Knesset melakukan tindakan provokatif dengan menggelar bacaan yang suka disebut “rahmat suci” di dalam Al-Aqsha dengan kawalan ketat pasukan keselamatan Israel.
Pada 18 Oktober 1990, pelampau Yahudi meletakkan batu pertama untuk pembinaan Haikal yang didakwa mereka berada di sekitar Al-Haram Al-Quds. Sementara itu ribuan rakyat Palestin bangkit menghalang usaha jahat tersebut. Akibatnya tentera Israel masuk campur dan menyebabkan 21 orang gugur syahid manakala 150 orang lagi cedera.
Pada 28 September 2000, mantan Perdana Menteri Israel yang ketika itu pemimpin Parti Likud, Ariel Sharon, menyerbu Masjid Al-Aqsha dan dikawal oleh 3,000 orang pasukan bersenjata Israel. Beliau dengan angkuhnya mengiklankan bahawa
“The King Solomon Temple mesti didirikan diatas tapak runtuhan masjidil aqsa”
Tindakan ini menyebabkan umat Islam di Palestin bersatu mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa dan menolak segala usaha Israel untuk merealisasikan hasrat mereka untuk mendirikan haikal tersebut.
Pada 23 Julai 2007, sekitar 300 orang Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual ibadah di dalamnya.
Pada 16 September 2008, pelampau Yahudi menyerbu masuk ke halaman Masjid al-Aqsa dari Gerbang Magharibah.
Pada 9 Oktober 2008, sekelompok besar pendatang haram Israel, para rabbi dan ahli politik Israel dibawah kawalan ketat polis serta pasukan keselamatan melakukan upacara pengYahudian Masjid al-Aqsa di perkarangan masjid tersebut.
Pada 9 Februari 2009, ratusan pelawat dan pelancong Yahudi memakai “pakaian seronok” memasuki Masjid Al-Aqsa.
Pada 11 Mac 2009, sekelompok Yahudi yang terdiri dari 30 pemimpin kanan mereka mengenakan pakaian keagamaan menyerbu halaman Masjid al-Aqsa untuk mengadakan upacara keagamaan.
Pada 24 September 2009, anggota unit “ahli bahan peledak” dengan kawalan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid al-Aqsa dan jalan-jalan di sekitarnya.
Pada 27 September 2009, tercetus ketegangan antara rakyat Palestin dengan pasukan keselamatan Israel dan kelompok Yahudi di dalam Haram al-Sharif dan di depan gerbangnya yang mengakibatkan 16 warga Palestin cedera dan puluhan yang lain ditangkap.
Ketegangan itu terjadi apabila pasukan keselamatan Israel menyerbu halaman masjid dari gerbang Magharibah dan melepaskan tembakan kearah orang Islam yang sedang solat berjemaah dengan gas pemedih mata bagi menyuraikan umat islam yang berkumpul dan membenarkan pelampau yahudi mencemari Masjid al-Aqsa.
Pada 16 Mac 2010, berlaku pergaduhan antara pemuda Palestin dan pasukan keselamatan Israel disebabkan tindakan pasukan keselamatan membenarkan pelampau Yahudi melakukan pencemaran di Masjidi al-Aqsa dan seterusnya perasmian sinagog haroob oleh pemerintah Zionis sebagai langkah awal merobohkan Masjid al-Aqsa. Upacara perasmian ini telah ditentang oleh penduduk Palestin hingga mengorbankan 100 orang lebih dan puluhan yang lain, ditangkap termasuk 7 orang wanita.
Terowong Untuk Meruntuhkan Masjid al-Aqsa Hampir Siap (2009)
+ ulasan + 1 ulasan
fotonya bukan Masjidil Aqsa tapi Dome of Rock