Will Islam conquer Europe? |
Anak yang baru dilahirkan
Berdasarkan data yang dipaparkan, pengeluar filem tersebut cuba membuktikan bahawa budaya Barat akan terancam dan malah akan musnah pada jangka masa yang singkat. Contohnya, untuk mempertahankan jumlah orang dari kelompok budaya mana pun, semua jumlah kelahiran per keluarga harus berjumlah 2,11 peratus.
Menurut Pengeluar filem tersebut, pada tahun 2007 semua angka bancian kelahiran di negara-negara Negara-negara Kesatuan Eropa 1,38 peratus. Di Sepanyol sudah mencecah 1,1 peratus. Dalam keluarga Islam, semua angka kelahiran jauh lebih tinggi: 8,1 peratus. Di Jerman, sekarang separuh dari anak-anak yang baru lahir adalah beragama Islam dan pada 2027 separuh penduduknya adalah Penganut Agama Islam.
Filem tersebut menunjukkan gambar pemimpin Libya Muammar Ghadafi dengan kata-kata yang pernah diucapkannya. “Kami tidak perlu teroris atau pengganas, kami tidak perlu pengebom berani mati. Lima puluh juta orang Islam di Eropah akan mengubah benua ini menjadi benua Islam dalam beberapa waktu sahaja. Orang yang terdahulu tidak merasa takut akan pengembangan Islam di Eropah, sekarang mereka bakal takut kepada perkembangan Islam.”
Tetapi benarkah angka-angka tersebut? Jan Latten dari Biro Pusat Statistik (CBS) berpendapat lain. “Begini, pengiraannya salah, tetapi trend perubahannya adalah benar. Jumlah kelahiran anak muslim memang akan lebih banyak peningkatan tiga puluh tahun lalu. Tapi secara kuantiti tersebut bertambah. Saat ini dapat dikatakan sekitar dua puluh peratus anak-anak, ibunya bukan orang Barat. Tetapi kita tahu juga bahawa ibu yang bukan Barat ini tidak semuanya Islam. Hampir separuh memang mengaku Islam. Dari dua puluh peratus anak-anak yang ibunya bukan dari kalangan orang Barat itu, cuma separuh sahaja , sekarang sudah menjadi sepuluh peratus, adalah anak beragama Islam. ” kata Jan Latten
Konflik sosial
Minggu ini surat khabar Inggris Daily Telegraph juga melaporkan data bancian muslim di negara-negara Kesatuan Eropah. Jumlahnya pada tiga puluh tahun kebelakangan ini, bertambah dua kali dan akan mengalami pertambahan berlipat kali ganda lagi pada tahun 2015. Oleh kerana itu surat khabar tersebut memperingatkan, Jika tidak ada proses integrasi yang baik, akan menjadi konflik sosial secara besar-besaran pada masa akan datang.
Apakah hal ini menimbulkan kebimbangan ? Buat Amar Khalid, seorang mubaligh Mesir dan aktivis Islam, hal ini tidaklah membimbangkan. Dalam sebuah filem di Youtube juga, mubaligh ini terlihat menyatakan kegembiraannya yang murni atas bertambah pesatnya umat Islam di Eropah. Dalam sebuah ceramah dia mengatakan: “Perlu dimaklumkan bahawa jumlah muslim di Eropah sekarang mencecah antara 25 sampai 30 juta orang. Sambil tertawa ia menambahkan: “Muslim melahirkan anak yang bukan Eropah.”
Amar Khalid berpendapat, hanya dalam masa dua puluh tahun lagi, Penganut Islam bakal menjadi majoriti di Eropah dan berkemampuan untuk mempengaruhi kedudukannya dalam Kesatuan Eropah.
Hingga hari ini, masih banyak nubuwwat Rasulullah yang belum terjadi. Di antaranya sepenggal penyampaian Rasul dalam hadits ini,
عن أبي قبيل قال : كنا عند عبدالله بن عمرو بن العاص وسئل : أي المدينتين تفتح أولا القسطنطينية أو رومية ؟ فدعا عبدالله بصندوق له حلق قال : فأخرج منه كتابا قال : فقال عبدالله : بينما نحن حول رسول الله صلى الله عليه و سلم نكتب إذ سئل رسول الله صلى الله عليه و سلم : أي المدينتين تفتح أولا : أقسطنطينية أو رومية ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : مدينة هرقل تفتح أولا . يعني : قسطنطينية
Dari Abu Qubail berkata: Ketika kita sedang bersama Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia ditanya: Kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu; Konstantinopel atau Rumiyah? Abdullah meminta kotak dengan lingkaran-lingkaran miliknya. Kemudian dia mengeluarkan kitab. Abdullah berkata: Ketika kita sedang menulis di sekitar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, beliau ditanya: Dua kota ini manakah yang dibuka lebih dulu: Konstantinopel atau Rumiyah? Rasul menjawab, “Kota Heraklius dibuka lebih dahulu.” Yaitu: Konstantinopel.
(HR. Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Hadits ini dishahihkan oleh al-Hakim. Adz-Dzahabi sepakat dengan al-Hakim. Sementara Abdul Ghani al-Maqdisi berkata: Hadits ini hasan sanadnya. Al-Albani sependapat dengan al-Hakim dan adz-Dzahabi bahwa hadits ini shahih. (Lihat al-Silsilah al-Shahihah 1/3, MS)

Sumber daripada PeribadiRasulullah