Saya percaya bahawa maklumat ini pasti akan menggetarkan jiwa setiap pembaca kerana setiap apa yang berlaku kini adalah sebuah hakikat yang sudah disebutkan oleh Nabi SAW. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah :
"Narrated Abu Huraira: I have memorized two kinds of knowledge from Allah's Apostle . I have propagated one of them to you and if I propagated the second, then my pharynx (throat) would be cut (i.e. killed)."Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.
Terjemahan: Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}
Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :
"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.
Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."
"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.
Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."
"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.
Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}
Huraiannya adalah seperti berikut :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.
Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}
Wallah ua'lam...
______________________________________________
1.Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
2.Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat juga Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50
3. Lihat Amin Muhammad Jamaludin, Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51
3. Lihat Amin Muhammad Jamaludin, Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51
+ ulasan + 9 ulasan
Saya mohon untuk di-share di blog saya.. http://muttaqum.blogspot.com, sama-sama lah kita memperoleh keberkatanya, Insya'Allah.. =)
Assalamualaikum,
Macjay, banyak artikel yg awak post, artikel nie yg paling "curious".
Macam direka2 je. Jirman=Jerman, Rahsi rusy /russ = Russia???
Wallahualam..
(ak x berani nak share kat org, takut nie rekaan dan fitnah. (Barang siapa xtahu kebenarannya, janganlah ia disebarkan. ) Sama2 kita renung2kan. Macjay Teruskan Usaha Anda...
Anon 5 Jun ;
Seperti yg kamu lihat dan boleh baca diatas, artikel ini dipetik dari sumber2 berikut..
Dan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dan sudah tentunya dari JAKIM (kerana ia melibatkan buku berkaitan agama)
Saya yakin dan bertanggungjawap atas semua artikel yg disebarkan dlm blog ini.
Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian maklumat ini. Hakikatnya kita berada di peringkat yang ke 4, mudah2han hidayah dari ALLAH sentiasa membantu diri kita selamanya. Amin.
Mohon share di Facebook dan Blog saya http://hawatenang.blogspot.com/. Teruskan perjuangan. Wassalam.
Assalamualaikum.
macjay, ana mmg suke semua post yang di tulis macjay. bagi riwayat yg abu hurairah berikan ni, bole x macjay send scan atau pdf daripada muka surat kitab al-ilm tu? ana nk buat reference ntuk sahabat2 ana.. ni email ana: demigod.calypso[at]gmail[dot]com
jazakAllahukhaira..
Bismillah,salam semua...
Ana nak tanye la admin blh bg tak hadisnya dlama bahasa arab?
Bismillahirrahmanrrahim
Assalamualaikum wbt. Mungkin saya terlewat untuk menemui laman ini namun saya tertarik dengan pengkajian demi kajian saudara.Terima kasih atas ilmu yang x ternilai sebegini..Hanya Allah yang mampu membalas segalanya..
AKHIR ZAMAN... Apakah Akhir Zaman dikaitkan dgn masa permulaan akan disudahi dgn masa akhir penutupan. Maka ada berbagei2 pemahaman apa ertinya itu Akhir Zaman. Maka ramei mengatakan usia bumi kita ini sudah terlalu tua. Begitu juga tamaddun peradaban Manusia sudah berkali2 berubah, silih berganti bersesuaian dgn sesuatu zaman. Hingga kita sekarang berada diambang Akhir Zaman. Apabila disebut Akhir Zaman, ramei beranggapan bumi kita ini termasuk isi2nya sekali akan kiamat mengalami kehancuran kebinasaan...
END-TIME MAYAN PROPHECY... Sebageimana dunia telah digemparkan dgn Mayan Calender tanggal 21/12/2012 End-Time (Akhir Zaman). Namun kiamat seperti ramalan sesetengah pihak telah jauh meleset. Sedangkan dlm Mayan Prophecy End-Time itu bermaksod berakhirnya tamaddun peradaban silam, bakal memasuki zaman baru. Dunia sedang mengakhiri "The Ending Age Of Pisces", sedang menuju memasuki "The Dawning Age Of Aquarius". Apakah usia bumi dan segala isi2nya akan dipanjangkan lagi..?? Selagi ada Manusia yg berdarjat Insan Kamil, nescaya Allah akan lanjutkan kehidupan dibumi Alam Maya ini...
IMAM MAHDI & AKHIR ZAMAN... Namun kalo berkaitan dgn masa, antaranya Allah ada berfirman beri peringatan : "Demi masa sesungguhnya Manusia itu dlm kerugian. Melaenkan mereka itu yg beriman, beramal soleh, berwasiat berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran..." (Surah Al-Ashr [Masa] - Ayat 1-3)... Dalam satu Hadis pula mengatakan : "Jika usia bumi ini tinggal sehari lagi (akan kiamat), nescaya Allah akan bangkitkan seorang keturunan-ku yg akan memenuhi semula bumi ini dgn keadilan dan kemakmuran, sebageimana bumi sebelumnya telah dipenuhi dgn kesesatan, kekufuran, kezaliman..." Yg dimaksodkan dialah Imam Mahdi AS yg Dunia Islam sedang nanti2kan oleh Dunia Islam diambang Akhir Zaman ini...
THE NEW ISLAMIC WORLD RELIGION... Tidak akan berlakunya kiamat selagi belum bangkitnya itu Imam Mahdi AS. Bumi dan isi2nya akan lebeh dulu akan mengalami transformasi, perubahan besar2an. Setiap perubahan secara paksaan akan berlaku penentangan, maka belaku kerosakan, kebinasaan, kematian dsbnya, tidak dapat dielakkan. Maka bersiap sedialah kita dari sekarang, dgn rela hati bersedia terima perubahan dan pembaharuan. Berubah dari dunia penuh kegelapan "oppressive" kepada Alam Cahaya Kebeneran. Bumi tidak akan kiamat selagi Dunia Islam belum lagi menikmati zaman gemilang Kekhalifahan Imam Mahdi AS.. Allahu'alam...
Kita di penghujung akhir zaman