1. Kecoh jugak sekarang pasal pemotongan kat Segenting Kra untuk membina laluan air seperti Terusan Panama dan Terusan Suez.. Ada yang kata ‘matilah ekonomi kita…”. Tapi sebenarnya banyak juga faedah kepada kita kalau kita bersedia.
2. Seingat saya perkara cadangan yang bersungguh-sungguh ni dah timbul di zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad (Tun M) pada pertengahan 80an lagi, time tu saya masih belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
3. Saya pernah berkesempatan membaca sinopsis projek ini yang diberi oleh teman saya, seorang pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dalam merangka benda ni dan kalau tak salahnya time tu, kos dalam lingkungan USD 30 bilion dengan jangkamasa projek lebih sepuluh tahun.
4. Serentak dengan itu, PM masa tu (Tun M) mula membuat persiapan dan mengarahkan satu projek menaik-taraf jalan keretapi dari Johor Bahru ke Padang Besar juga mesti dibuat.
5. Korek-korek jumpa baliklah sedikit dokumen yang identikal tapi dah masuk dalam perbahasan kat forum – yang mana saya percaya ia adalah dokumen telah saya tengok [klik
di sini]
6. Tu lah.. Bila saya ceritakan tentang hal-hal macam ni dulu, banyak yang melenting kata berangan-angan besar sangat, mimpi basahlah dan macam-macam lagi. Bila sentuh bab ghaib, kurapat lah.. Syirik lah.. Maaf cakap, kalau sayalah ilmu saya belum sampai ke situ, lebih baik saya diam, takut nanti saya jadi ‘bodo’ sendiri..
7. Sebenarnya jalan keretapi berkembar tu adalah satu projek mega merentasi Asia Tenggarake China dan dari China disambungkan ke Eropah melalui Russia. Sekarang ini, China dan Russia sudah pun memulakan projek ni yang khabarnya bernilai lebih USD 240 bilion. Dua puluh tahun lagi kita boleh menjelajah Eropah dari Setesen KL Sentral..Tu kalau sempat dipanjangkan usialah.. So..Yang ni mimpi lagi ke..?
8. Landasan KTM berkembar tu adalah untuk pengangkutan kontena dan barangan dari selatan Semenanjung ke Padang Besar lalu dipunggah-naik ke kapal di pelabuhan di pintu Terusan Siam sama ada pintu barat atau timur, tertakluk kepada destinasinya dengan masa perjalanan separuh hari sahaja dari Johor Bahru.
9. Malangnya, pentadbiran selepas Tun M banyak kerenah. Pak Lah dan tak ketinggalan PM sekarang ini (Najib) bukanlah seorang visionaris, mereka tidak nampak kepentingan perkara-perkara ini. Mereka cuma nampak, keretapi kelajuan tinggi macam TGV atau Shinkansen – tetapi keuntungan daripada pengenalan teknologi ini dalam sudut yang lebih jauh, mereka tidak lihat.
10. Cuba bayangkan kargo perishable yang memerlukan masa perkapalan yang singkat sudah tentu boleh diangkut dengan mudah, cepat dan pada kos yang lebih murah ke destinasinya sama ada Timur Tengah / Eropah atau Timur Jauh.
11.Bagi kapal-kapal minyak mentah dari Timur Tengah ke Timur Jauh (China, Jepun, Korea Selatan) pulak terutama ULCC dan VLCC, mereka dengan mudah boleh memuat-turun muatannya di pelabuhan di pintu barat Terusan Siam dan disalurkan melalui paip ke tangki / bunker transit di pintu timur Terusan Siam untuk dimuat-naik ke kapal satu lagi.
12.Penjimatannya amat signifikan sebab tak perlu nak pusing sampai belakang Sumatera.VLCC ni adalah ‘Very Large Crude Carrier’ dan ULCC ni pula ringkasan kepada ‘Ultra Large Crude Carrier’.
13.Nak tau pasal saiz-saiz kapal, bacalah kat sini, bak kata arwah pakcik astro dulu – macam-macam ada… Al Fatihah untuk beliau yang sering minum cendol tapai kat Kg Baru dengan saya – sebab rumahnya dekat rumah sewa saya dulu. Ni linknya... [klik
di sini]
14.Kita tahu Selat Melaka hanya membenarkan kapal bersaiz sederhana kerana kedalaman minimun perairan adalah 25 meter dan dikenali sebagai ‘Malaccamax’ dan had kedalaman operasi ditetapkan pada 18 meter sahaja. Jadi, ULCC dan VLCC memang tak boleh lalu kat sini. Sape cakap boleh..? Boleh kerat jari la brader…(Nota Tambahan – ULCC dan VLCC sekarang ini mengikut laluan di luar Selat Melaka, iaitu melalui Selat Sunda)
SEBAB-SEBAB TAMBAK JOHOR PERLU DIGANTI
15.Dengan perancangan terperinci tu, makanya Tambak Johor juga perlulah diganti kepada satu jambatan yang boleh menyediakan sambungan air terus antara Pelabuhan Pasir Gudang di timur ke Pelabuhan Tanjungg Pelepas di barat.
16.Bab Singapura tu toksah pikir. Tu negara orang, kita pikir negara kita tapi malangnya ada Perdana Menteri yang lebih dengar rintihan negara orang, jadilah kita macam ni..
17.Berbalik kepada bab haulage. Sebarang kargo yang dipindah-naik dari kapal kontena mega yang menurunkan barang di Tg Pelepas terus boleh dimuat-naik ke kapal kecil yang boleh juga berlabuh di Pasir Gudang melalui Selat Tebrau tanpa perlu tawaf tiga-suku pusingan pulau Singapura – perairan orang.
PEMBUKAAN SELAT TEBRAU AKAN MENGHALANG KERJA TAMBAKAN SINGAPURA
18.Bila dah ada laluan kapal di Selat Tebrau, makanya penambakan laut oleh jiran kita di selatan menuju ke arah Johor akan berkurangan kerana pasir-pasir tambakan tadi akan terkobar diputar oleh kipas-kipas kapal yang lalu-lalang. Jadi, kurang produktiflah kerja penambakan mereka.
19. Okey.. Secara umumnya, sempadan perairan di antara dua buah negara diambil di titik terdalam (jika di air) atau titik tertinggi (jika di pergunungan). Ini kerana adanya perbatasan semulajadi yang nyata dan berbentuk fisikal.
20. Tak percaya, lihatlah Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit Fraser. Semuanya berada di Pahang kerana cerun yang menghadap ke barat (Cameron Highland – Perak, Genting Highland dan Bukit Fraser – Selangor) curam tetapi cerun yang menghadap ke timur (arah Pahang) agak melandai dan boleh buat penempatan.
21. Makanya atas dasar inilah juga Pahang bertuah mendapat kasino tunggal di Malaysia yang mana salah satu pemegang saham utamanya adalah milik yayasan atok seorang pemimpin negara kita..! Yayasan ni jugalah yang berkongsi syer syarikat bas yang terjun gaung pada bulan Ogos 2013 dulu. Bertuah kita.. Tuah untuk mudah kita mendapat bala.
22. Berbalik kepada Selat Tebrau. Bila dah tak ada laluan kapal, maka arus air kat dasar akan lebih tenang dan pasir-pasir penambakan mudah mendap dan senanglah kerja penambakan di buat.
23. Bila ditambak dan ditambak, pasir-pasir ni akan bergerak ke arah titik terdalam dan lama-kelamaan titik terdalam ni akan cetek dan akan terganjak ke arah sebelah yang tak di tambak – dalam kes ni ke arah Johorlah.
24. Tunggu sajalah beberapa dekad akan datang, time anak cucu kita pasti akan berlaku pengukuran semula titik sempadan di dasar laut kawasan ini untuk mengemas-kini pancang sempadan (maya, di atas peta), mesti banyak terganjak.
25. Cuba bayangkan kalau keseluruhan 50km pesisir terganjak 0.5km, senang-senang jiran kita dapat 2,500 hektar @ 25 km persegi kawasan baru (bersamaan separuh keluasan Putrajaya @ keluasan Putrajaya 49 km persegi).
26. Kita sebenarnya tak cukup cerdik dan malas belajar dari sejarah. Cuba tengok balik macamana
kerajaan Thai dapat kawasan penerokaan minyak di JDA (Joint-Development Area) di Teluk Siam.
27. Bagi yang tak biasa dengan persempadanan perairan antara dua negara yang dipisahkan oleh sungai (Sungai Golok). Sempadan kat tengah laut didefinasikan secara garis lurus tepat kepada garis-lurus dua titik tebing kuala (tebing kuala Sungai Golok sebelah Thai dan Tumpat) di titik sempadan terdalam muara. Macam tangen la..
28. Awal-awal kita merdeka, kita seronok sangat berpolitik hingga lupa bahawa jiran kita kat sebelah Takbai (Thailand) telah menambak dan menonjolkan tebingnya ke arah laut atas alasan nak buat padang.
29. Dengan anjakan ni, bila dibuat persempadanan semula laut (pasal jumpa telaga minyak kat luar pantai), titik tebingnya dah teralih.
30. Masalahnya masa dia orang buat, kita tak bantah, macamana nak bantah sebab kita tengah hangat berpolitik macam cerita pak kaduk bergumbira sampai lupa telaga minyak kita tergadai.
31. Jadinya bila dibuat ukuran sempadan… Nah..! Tu dia.. Telaga minyak tu dah terbelah dua.. Serong setakat dua-tiga minit, bukan darjah pun di pangkal (muara) mungkin kita kata kecik, tapi kat tengah laut dah berpuluh-puluh km makan ke dalam kawasan kita.. Last-last kita beralah.. Kongsilah.
32. Sebab tu juga sahabat kita kat Kelantan tak dapat royalti. Alasannya tu kawasan JDA, bukan Petronas sepenuhnya. Tapi ada alasan lain, kalau Petronas bagi kat Kelantan, saudara kita kat negeri Yala-Pattani-Nara akan mintak juga dgn alasan Kelantan dapat… At the end – perang… Ni bila potong kat Segenting Kra, tak taulah macamanan sebab Selatan Thai dan terpisah dari Utara.. Mau perang besar lagi kot..
33. So, kesudahan dua-dua (Patani dan Kelantan) pihak gigit jari.. Dan di Kelantan pulak, bermulalah gerakan menuntut hak negeri yang dirompak “R” – royalti… Tapi sebenarnya terlupa nak mengaku dah silap dari awal lagi – alpa dengan membiarkan persempadanan ni berganjak.. Rezeki terpihak untuk orang Thai kot…
34. Namun kita belajarlah jugak.. Akhirnya JPS buatlah satu rumah hantu (galeri) kat pantai kuala Sungai Golok kat sebelah kita tu semata-mata nak bagi tau kehadiran kita.. Nasi dah hangit… Kalau setakat jadi bubur masih boleh dimakan.. Jelasnya, banyak yang tersirat berbanding tersurat.. Dan terbaik buat masa ni, redha lah saja, tak perlu diungkit-ungkit cerita lama.
35.Tak percaya, gogellah lokasi rumah JPS ni.. Saya tak payah gogel, dah naik pun rumah tu dengan linangan air-mata.. Ingatkan sedara Kelantan ni cerdik sangat, ada guru politik ternama tapi tak kasyaf bab-bab kepentingan rakyat.
[via]
p/s: Berita ini mungkin mencetuskan kerisauan dikalangan negara yang bergantung kepada Selat Melaka termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Kerana kewujudan terusan ini pasti akan memberi kesan kepada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura. Perlu diingat bahawa salah satu sebab Benua Afrika mundur adalah kerana kewujudan Terusan Suez yang menyebabkan kurang kapal dagang melalui perairan benua tersebut.