Review Buku Penghuni Bumi Sebelum Kita 2014


Baru-baru ini, Hijjaz Record Publishing telah menerbitkan semula sebuah buku yang sangat popular sekitar tahun 1997 dan 2010/2011 dahulu. Buku itu bertajuk Penghuni Bumi Sebelum Kita. Buku ini sebenarnya sudah pun berada di pasaran sejak 1996 di kedai-kedai buku di Indonesia, tetapi hanya pada tahun 1997, barulah ianya diterbitkan di Malaysia dalam edisi bahasa Malaysia. Seperti biasa Muhammad Isa Dawud akan tampil dengan karangan-karangannya yang unik dan penuh misteri khususnya dalam buku ini.
Namun, tidak semua orang suka akan gaya penulisannya yang penuh ilmiah itu. Ya, karangannya walaupun berkisar makhluk asing bukannya ditulis untuk tujuan hiburan tetapi ianya ditonjolkan dengan tujuan mengajar masyarakat berfikir dan berbahas. Membaca bukunya tidak seperti membaca akhbar-akhbar tabloid yang mengunjurkan cerita-cerita misteri. Yakni pembaca jangan pula samakan bukunya dengan majalah tabloid Mastika danVariasari.
Persoalan-Persoalan Utama
Buku ini membincang dan menghuraikan persoalan-persoalan berikut:-
  1. Mencari apakah adanya makhluk berakal lain yang hidup di bumi sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.
  2. Membincangkan peradaban yang dibina oleh makhluk-makhluk tersebut.
  3. Membuktikan terdapatnya keupayaan sains dan teknologi yang lebih maju yang telah pun wujud sebelum kedantangan manusia.
  4. Membuktikan bahawa makhluk-makhluk berakal ini hidup bermasyarakat dan berorganisasi seperti juga manusia sekarang ini.
  5. Membuktikan makhluk-makhluk ini mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan manusia cumanya berbeza dari segi beberapa anggota badan.
  6. Membuktikan bahawa kehidupan makhluk-makhluk ini telah musnah akibat dari pancaran atom yang teramat kuat yang disyaki kesan dari peperangan.
  7. Membincangkan kewujudan saki baki makhluk-makhluk ini yang masih hidup sekarang tetapi tinggal di persimpangan masa yang sukar ditemukan manusia kecuali beberapa orang yang bernasib baik.
  8. Membincangkan bagaimana datangnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke muka bumi.
  9. Membahaskan apakah Nabi Adam dan Siti Hawa datang ke bumi dari planet lain atau benar dari syurga berdasarkan al-Quran dan Hadith.
  10. Menghuraikan semua persoalan-persoalan berdasarkan bukti-bukti peninggalan artifak, manuskrip-manuskrip kunoal-Quran, hadith, Taurat, Injil dan beberapa kisah-kisah turun-temurun yang diambil dari beberapa orang individu di Skandinavia.
Ulasan Mengikut Topik

Kita, Sebelum Berbicara Tentang Mereka (ms 1)
Beliau memulakan bicaranya dengan menghuraikan kisah penguasa Parsi yang bernama Zemire dari karangan Anatoli Francis yang bertajuk “Opinions of Jerome Coignard“. Kisahnya berkisar seorang penguasa yang mahu mengetahui sejarah manusia dan beliau telah mengarahkan para pendetanya menuliskan hal itu.
Topik ini juga mengetengahkan penemuan-penemuan penting oleh Ashley Montagu mengenai tulisan-tulisan kuno berbentuk ukiran paku (cuneiform) diSungai Tigris dan tulisan hieroglif Mesir. MID (Muhammad Isa Dawud) menghuraikan penemuan tulisan-tulisan itu dengan menimbulkan suatu persoalan, apakah bentuk kehidupan 10,000 tahun silam?
Kemudian MID telah mengalihkan terus perbincangan dari penemuan manuskrip itu kepada persoalan asal iatu “Penghuni Bumi Sebelum Manusia” pada mukasurat 6. Perbahasan lebih detail diteruskan dalam mukasurat ini dengan menghujahkan bilangan-bilangan tahun sebelum datangnya Nabi Adam. Namun begitu, perbincangan ini tidak begitu panjang, ianya diganggu oleh perbincangan tentang umur Adam, Nuh dan nabi-nabi lain pada mukasurat 14.
Perbincangan dari mukasurat 15 hingga 36 mengisarkan perbahasan tentang tempoh sebenar kehidupan manusia bermula dari Nabi Adam, Idris, Ibrahim, Nuh hinggalah Isa. Perbahasan juga menghuraikan adakah Nuh pernah bertemu dengan Adam atau pernah melihat Adam? Tentang umur sebenar Nabi Nuh juga dihujahkan.
MID juga menggunakan hampir 30 % fakta Taurat dalam topik ini. Ini dapat dilihat apabila MID cuba menghujahkan fakta-fakta tentang salasilah Nabi Adam. Fakta diambil dari Bab 5 (Fasal Kejadian) dari teks Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.
Isi-Isi Penting Topik
  • Di sini dapat disimpulkan bahawa adanya kehidupan lain sebelum manusia berdasarkan fakta dari Taurat dan penemuan tulisan-tulisan kuno oleh para arkeologi.
  • Terdapat penyelewengan fakta tahun dan nama dalam salasilah Adam hingga Nuh daripada Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.
Pembahasan Mengarut Tentang Bahtera Nabi Nuh (ms 33)
Sub-topik ini membicarakan sepenuhnya pembohongan orang-orang Yahudi yang cuba menyatakan kebenaran Taurat palsu mereka mengenai tempat sebenar bahtera Nuh mendarat. MID mengupas fakta-fakta yang dikemukakan oleh John Leiby yang yakin bahawa bahtera Nuh terdampar di Gunung Ararat, Timur Turki.
MID juga menegaskan orang Yahudi sanggup melalukan ekspedisi untuk membuktikan bahawa kenyataan Taurat mereka adalah benar (walaupun mereka tahu ianya palsu belaka). MID memberikan contoh ekspedisi yang dilakukan oleh Frederick Barot dari Jerman yang melakukan pendakian di sebuah gunung di Armenia.
Selain itu, terdapat ekspedisi lain iaitu oleh Gordon Gaskeil, Christian Herald dan George Jefferson Green. Kesemua mereka cuba membenarkan perkara yang palsu.
Seperti biasa, perbahasan tentang Nuh di bawah topik ini terhenti pada mukasurat 46. MID menamatkan perbincangan bahtera Nuh dengan menghuraikan dengan panjang lebar tentang kepalsuan fakta-fakta Taurat. Kemudian perbincangan itu diselitkan secara tidak langsung tentang makhluk-makhluk aneh sebelum kedatangan Adam.
Isi-Isi Penting Topik Ini
  • Hampir kesemua fakta-fakta yang dikemukan oleh pengkaji Yahudi tidak boleh dipercayai terutamanya berkisarkan bahtera Nabi Nuh.
  • MID mendedahkan bahawa kita perlu berhat-hati dalam meneliti setiap ekspedisi yang dilakukan oleh pengkaji barat tentang peninggalan-peninggalan para nabi.
  • Penulis sendiri dengan yakin ingin mengatakan bahawa ekspedisi ini banyak difilemkan khususnya dalam rencana Discovery Channel danNational Geographic.
  • Kesimpulannya, fakta-fakta bahtera Nuh dari kedua-dua siaran (channel) ini tidak semuanya boleh dipercayai.
Kenyataan Di Bumi, Kebatilan-Kebatilan Dalam Taurat Dan Kontradisi Dalam Injil (ms 55)

Di dalam topik ini penulis amat tertarik dan masygul kenyataan berikut :
“…..Al-Quran Al-Karim adalah kitab pertama yang dikenal manusia, yang mengkaji tingkatan-tingkatan lapisan bumi, menyingkapkan ketersembunyiannya melalui penggalian-penggalian dan peninggalan-peninggalan di perut bumi. Itu adalah kajian yang sekarang disebut, Geochronologic Study. Kerana kita sebagai manusia tidak menyaksikanpenciptaan bumi dan penciptaan diri kita sendiri. Allah SWT membukakan untuk kita pintu kajian hakikat-hakikat ini tempat kita hidup dan melimpahinya. Dan kita merupakan bahagian daripadanya, agar kita melihat, belajar dan memahami…”
Isi-Isi Penting
  • Di dalam al-Quran telah ada kunci-kunci ilmu yang didedahkan oleh Allah SWT. Tinggal hanya untuk umat Islam mencar dan membahaskannya dengan lebih mendalam. Ilmu-ilmu tersebut ialah astronomi, geologi, geografi, biologi dan matereologi.
  • Penentuan jarak masa antara Adam dan Nabi Isa tidak kurang dari 10 juta tahun. Penentuan masa ini dibahas berdasarkan pendapat beberapa tokoh iatu Dr. Mustapha Mahmud dan Dr. Abd Alim bin Abd Rahman.
  • MID dalam membincangkan umur manusia tertua seperti biasa memasukkan unsur-unsur sains dalam perbincangannya. Dalam topik ini, MID menjelaskan bagaimana atom-atom proton, eon dan neutron digunakan bagi menentukan umur terhadap fosil-fosil yang dijumpai. Perbahasan kaedah saintifik ini agak panjang iaitu dari mukasurat 65 hingga 73.
  • MID juga menjelaskan kecelaruan fakta yang terdapat dalam Injil Lucasdan Injil Mathew dalam membincangkan soal umur manusia tertua.
  • Selain itu, kitab perjanjian lama (Taurat) juga mengalami kecelaruan fakta di mana hanya terdapat 19 nama sebelum kemunculan Nabi Ibrahim sedangkan dalam Injil Lucas, bilangan nama menjadi 20 pula. Ini membuktikan terdapat penambahan atau penyelewengan tulisan oleh pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian.
Lima Juta Tahun Sebelum Nabi Adam (ms 85)
  • Terdapat penemuan fosil-fosil yang membuktikan adanya kehidupan sebelum turunnya Adam. Fosil-fosil itu bukanlah dinasour tetapi makhluk seperti manusia cuma ianya mempunyai banyak tangan, sayap dan perbezaan pada beberapa anggota tubuh yang lain.
  • MID juga menyelitkan perbincangan mengenai kisah-kisah individu yang pernah terserempak dengan makhluk aneh dan juga menghadapi situasi dalam dimensi lain. Contohnya, kisah Leinigh HerbertBlatsber,William MorrowCharles ThomasAshley Montagu dan Alfred Kroeber.
  • Perbincangan terpenting adalah pada rahsia firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya danmenumpahkan darah…
  • MID menegaskan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
  • Akhir topik ini MID cuba membuka permasalahan Jin dengan menjelaskan kehidupan-kehidupan masyarakat jin yang engkar dalam melaksanakan syariat. Kemudian kisah keengganan Iblis sujud kepada Adam.
Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turunnya Nabi Adam (ms 109)
  • MID membuka persoalan tentang keadaan bumi yang sebenarnya sebelum Adam turun. Menurutnya ijtihadnya, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam.
  • Beberapa manuskrip dari Sweeden dijadikan bukti walaupun masih dalam perdebatan para cendekiawan. Perbincangan juga terarah kepada bentuk-bentuk muka bumi di negara-negara Skandinavia terutamanya negara Sweeden dan Norway.
  • Perbincangan terhenti seketika apabila MID mengetengahkan buku yang dikarang oleh Von Deikin berkenaan kenderaan dewa-dewa. MID menyatakan rasa tidak setujunya dengan buku Von Deikin yang dianggap bercampuran perkara-perkara mitos.
  • Kemudian perbincangan diteruskan dengan merungkai permasalahan jin. MID membahaskan tentang kemampuan fizikal jin menurut bukti-bukti dari al-Quran.
  • Perbincangan diakhiri dengan mengulas buku karangan Dr. Jamaluddin Muhammad Musa yang bertajuk “Perang Nuklear Yang Akan Datang“.
Adam Dan Hawa Di Atas Serpihan Benda Yang Terbang Dari Syurga (ms 131)
  • Perbincangan topik ini dimulakan dengan mengisahkan pengembaraan seorang arab bernama Harith bin Syadid yang ingin mencari datuknya diZimbabwe. Dalam pengembaraan itu cuba mengungkap kisah lagenda yang mengatakan adanya kehidupan misteri di sebuah kota lama.
  • MID juga mengulas dengan panjang buku karangan Van K.Razanhoveryang bertajuk “Sebelum Manusia Datang Ke Bumi”. Buku ini membahas tentang keyakinan penulis tersebut bahawa sejarah manusia bermula dari Belanda berdasarkan penemuan-penemuan batu-batu kuno.
  • Perbincangan paling menarik adalah pada mukasurat 149 yang mengutarakan pemikiran Ibnu Qayyim dalam kitabnya yang bertajuk “Hadiy al-Arwah Ila Bilad al-Afrah“. Ibnu Qayyim membahas secara kontroversi apakah syurga (seperti yang disebutkan dalam al-Quran) yang diduduki Adam dan Hawa sebelum turun ke bumi adalah syurga hakiki atau syurga planet lain?
  • Perbincangan ini amat menarik dimana diambil beberapa bukti dan tafsiran dari beberapa surah yang berkaitan seperti surah al-A’raf dan An-Nabaa’.
  • MID meneruskan perbincangannya berkenaan planet-planet dari luar bumi dengan mengulas kisah seorang lelaki misteri yang memberikan hasil kajiannya kepada seorang pembentang kertas kerja di bandar Bonn, Jerman.
Misteri Di Tasik Kematian, Api Yang Mengerikan Dan Misteri Terbesar Disebalik  Setiap Bebatuan Dan Peninggalan (ms 151)
  • Perbincangan dimulakan dengan menghuraikan misteri Gunung Berapi Saint Helen di Montana, Amerika Syarikat.
  • Huraian misteri gunung berapi ini kemudian diakhiri dengan ulasan tentang sejarah penemuan negara Amerika dan asal usul namanya sekali.
  • Kemudian, perbincangan yang panjang-lebar telah ditumpukan pada sejarah kuno negara Australia melalui lagenda-lagenda yang dituturkan oleh suku-suku orang asli di sana seperti Aborigin, Arunta, Warra Munga, Binbinga dan Kamiliol.
  • Perbahasan tentang negara Australia diketengahkan kerana Muhammad Isa Dawud cuba membuka persoalan berkemungkinan bahawa negara Australia yang seperti pulau besar itu adalah bongkahan dari jatuhan serpihan-serpihan planet lain.
  • Muhammad Isa Dawud kemudian membongkar pula bukti-bukti dari lagenda-lagenda di Peru, Amerika Selatan. Perbahasan mengenai Peru tertumpu kepada misteri bentuk-bentuk fizikal tempat-tempat ibadatnya. Bukti-bukti penemuan ahli paleantologi mengenai lembah-lembah di Peru juga dibahaskan dengan panjang.
  • MID menyimpulkan di akhir topik ini bahawa penemuan-penemuan dan misteri di Montana, Australia dan Peru itu masih belum ada jawapannya.
Api Ganjil Di Bumi Ganjil, Tidak Ada Kehidupan Di Bumi Kita Yang Datang Dari Planet Lain (ms 169)

  • MID memulakan topik ini dengan mengisahkan dengan panjang lebar berkenaan seseorang yang ‘aneh‘ yang datang ke kota London. Orang aneh tersebut telah bekerja di sebuah ladang yang besar. Sebuah peristiwa aneh telah berlaku di ladang itu dan penjaganya. Perisitiwa itu disaksikan sendiri oleh tuan punya ladang yang kemudiaanya telah dianggap gila orang masyarakat setempat kerana menuturkan tentang ‘daerah makhluk asing’.
  • Perbincangan diteruskan dengan menghuraikan kisah kedua iaitu berkenaan seorang kanak-kanak perempuan yang terjatuh ke alam lain di sungai berdekatan rumahnya.
  • Budak perempuan yang bernama Karen itu telah mengalami satu pengalaman mengembara ke alam lain (dimensi kelima) yang tidak disengajakannya.
  • Kanak-kanak itu mengisahkan kepada keluargaya bahawa dia telah melihat suatu peradaban yang lebih maju tetapi hampir musnah.
  • Malah Karen juga berbicara dan berjalan bersama-sama makhluk di alam misteri itu. Namun percakapannya tidak dipercayai kerana ia masih kanak-kanak. Sehinggalah dewasa, budak perempuan itu membukukan kisah misterinya.
Misteri Mada’in Saleh, Kekal Tanda Tanya (ms 191)
  • Topik ini membicarakan dua hujah dari dua orang penulis, yang pertamanya seorang dari Sweeden iaitu F.N. Mubirg dan seorang lagi penulis Muslim iatu Abd Hamid Murdad. Kedua-dua penulis itu membicarakan misteri bagi tempat dan kaum yang sama iaitu kaumTsamud, ‘Ad dan daerah Mada’in Salleh di Semenanjung Arabcumanya berbeza dari segi pendapat dan hipotesis.
  • Pertamanya Muhammad Isa Dawud membentangkan hasil tulisan F.N. Mubirg yang mengambil kisah dari seorang pengembara zaman Viking Kuno. Pengembara itu menceritakan pengalamannya melihat tempat-tempat di kawasan Timur Tengah yang menunjukkan adanya peradaban yang maju dengan bangunan-bangunan yang tinggi.
  • Pengembara itu juga melalui manuskripnya mengisahkan bagaimana nenek moyangnya yang berkerja sebagai perompak telah terdampar di suatu tempat yang agak aneh. Bangunannya dari logam dan mempunyai kapal-kapal yang dapat terbang ke udara tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
  • Bahagian kedua pula MID membentangkan sebahagian kisah yang dipetik dari buku bertajuk Madain Saleh, Tilka Al’A’jubah karangan Muhammad Abd Hamid Murdad. Penulis buku ini mengisahkan pengalamannya melawat lembah Mu’azam, Gunung Al-Hiwar dan Al-Hijr. Tempat-tempat ini adalah peninggalan peradaban kuno kaum Tsamud yang dilaknat Allah SWT.
  • Muhammad Abd Hami Murdad juga menceritakan legena-lagenda fiksyen yang menjadi pegangan kaum-kaum Badwi yang tinggal di kawasan-kawasan itu. Menurut beliau lagi terdapat pelbagai mitos yang direka-reka kaum Badwi terutamanya bagi kawasan Wadi Al-Anbiya, Wadi Ar-Rajiim, Gunung Bakrah, Gunung Al-Ibrah, Gunung Al-Muruuj dan Lembah Al-Mazham serta Madain Salleh.
  • Akhir sekali, Muhammad Isa Dawud menyimpulkan bahawa dia sendiri bersetuju dengan penulisan penulis barat dan muslim itu tentang peradaban-peradaban yang wujud di Madain Salleh. Menurutnya lagi, peradaban itu telah pun diberitakan dengan jelasnya dalam kitab yang paling dipercayai iaitu Al-Quran.
Mungkin Ada Penghuni Marikh Tetapi Inilah Kenyataannya (ms 217)
  • Topik akhir ini Muhammad Isa Dawud mulakan (seperti topik sebelumnya) dengan ulasan terhadap buku bertajuk Di Tepian Alam Semesta, karangan Carter F. Washington.
  • Buku Carter ini membincangkan penemuan terhadap kerangka-kerangka makhluk kuno yang membuktikan wujudnya kehidupan sebelum turunnya Adam. Dalam perbahasannya, Carter dengan tegas mengatakan huruf-huruf Latin dimulakan oleh makhluk-makhluk ini.
  • Beliau juga dengan yakin menegaskan peradaban di bumi adalah berpunca dari peradaban yang wujud dari planet-planet lain.
  • Seorang ahli astronomi bernama Liwel. Penyelidik ini telah membangunkan teleskop bintangnya sendiri untuk mengkaji keadaan-keadaan di planet Marikh.
  • MID mengakhiri perbahasannya dengan mengetengahkan suatu kesimpulan yang ringkas tetapi menarik dan kukuh (pada pandangan penulis). Kesimpulannya ialah ;
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”
Fakta-Fakta Menarik Yang Perlu Direnungkan dan Dibahaskan
  1. Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
  2. Kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion
  3. Persoalan yang dibangkitkan oleh Ibnu Qayyim iaitu adakah Adam, Hawa dan Iblis berada bukan di syurga sebenar tetapi syurga dari planet lain yang hampir sama indahnya dengan syurga sebenar.
  4. Malaikat mengetahui telah adanya peradaban yang moden sebelum Adam berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu:“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…
  5. Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengeja mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalammanuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka
Pembaca yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah mencarinya di bookstore seperti Popular, MPH, Hasani dll. Atau anda boleh dapatkannya secara online di www.hijjaz.my/store


Penulis asal adalah ibnuyaacob
Share this article :
 

+ ulasan + 3 ulasan

15 October 2014 at 23:33

PENDUDUK BUMI SEBELUM KITA... Manusia itu adalah sebaik2 kejadian, penciptaan penghabesan, karna pada manusia itu menghimpunkan kualiti2 apa yg dilangit dan apa yg dibumi, "As Above So Below".. Pada Manusia itu menghimpunkan kualiti Ketuhanan, unsur2 Malaikat, Jin dan Manusia... Siapa penduduk bumi sebelum kita..?? Dari dalil Surah AzZariaat ayat 56, rata2 Manusia bilang iaitu Jin... Penduduk bumi sebelum kita adalah kekitaan kita juga, tetapi dlm wajah dimensi dan unsur yg laen. Itulah kita yakni saudara kekitaan kita Bani Jan. Setelah mereka bikin huruhara porak peranda berperang, tumpah darah, lantas Tohan haposkan mereka, lalu digantikan dgn species baru itulah Manusia. Dari perkataan tumpah darah, adakah Bani Jan itu berdarah seperti kita. Kalo ada Api mana Dapurnya? Kalo Jin mati dimana kuburnya..?? Yg ada Masjid Jin. Dijangka Masjid Jin bakal bertambah, karna ramei Jin Kapir sudah tobat mmm... setelah dibelasah oleh "The Ghost Buster", lantas ramei mereka sudah masuk Islam... Cadangan Tohan mahu mengadakan Adam telah ada bantahan dari Malaikat dan Bani Jan yg terselamat. Mereka bilang sejarah silam bakal berulang, karna Manusia juga akan berperang tumpah darah, buat kerosakan dibumi. Namun Allah Rabbul Izzati Maha Pencipta lagi Maha Tahu setiap sesuatu. Setelah diciptakan Tok Adam dgn Opah Hawa, berkembang sudah bangsa2 rumpun2 anak cucu mereka Bani Adam...

SEJARAH SEBELUM ADAM SEDANG BERULANG... Kalo direnongkan keadaan dunia sejagat sekarang alam semesta sedang mengharongi detik2 Akhir Zaman. Islam dgn Islam sering bermusuhan terus berbunuhan, seperti apa yg sedang berlaku antara Syiah dgn Sunni ASWJ. Dunia Barat semakin rancak menindas terus membunuh ummat Islam sewenang2nya. Pakatan Dajjal Illuminati sentiada bermaharaja-lela bikin percaturan, mahu berkuasa takluki dunia selama2nya. "Mother Earth" sudah tidak sanggup lagi menanggong menampong tumpah darah Manusia dibumi, "Father Heaven" tidak rela lagi menaungi bumi, penuh dgn kekejaman kekufuran Manusia dibumi.. Apakah yg dibantah oleh Malaikat dan Jin tatakala Tohan mahu adakan Manusia menjadi kenyataan? Hakeqat disebaliknya, Allah Rabbul Jalal jua Yg Maha Serba Tahu. Jika dulu memang bener kehebatan Adam karna dikurniakan "Ilmu Segala" yg tidak dimiliki oleh Malaikat dan Jin. Soalnya sekarang Bani Adam yg berbillion jumlahnya, adakah mereka miliki kuasai "Ilmu Segala" itu? Apakah sebenernya "Ilmu Segala" itu..?? Yg banyak Bani Adam miliki amalkan Ilmu Setan, berkiblatkan Dajjal, nafsu seraqah, melakukan kezaliman, kesesatan, kekufuran. Manusia Bani Adam kini lebeh terok lagi dari makhlok2 silam sebelum Adam. Dosa2 Manusia kini sudah keperingkat paling kritikal. Apakah Tohan akan ranapkan ditutop dipateri terus sejarah Manusia..?? "THE ALIENS HAVE LANDED..." Wallahu'alem.....

26 December 2014 at 13:51

Salam saya berminat untuk daptkan buku ni. masih ada di jual di pasaran?atau ada dalam bentuk e-book?

Anonymous
27 December 2014 at 01:55

Narumi Leo:

Ya masih ada di pasaran.
Ebook percuma tak ada. Kalau yang official dari Hijjazrecords publishing boleh disemak di website Hijjaz http://www.hijjaz.my/store/

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger