Dalam berjihad di jalan Allah SWT, kejadian pelik dan aneh seringkali
berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam
al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar {1} dan semasa di
Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu
Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini
disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka
terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.
Tiada yang mampu dikatakan selain
daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir.
Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di
beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan
Chenchya.
Inilah keistimewaan yang Allah swt
berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di
tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk
Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi
kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.
Ikutilah penceritaan daripada seorang
Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt
melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga
yang telah dijanjikan.
Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan
Kami berperang dalam satu batalion
bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny
menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang
menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga. Pada waktu itu
kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di
atas tanah yang dipenuhi salji.
Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat
di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut
pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat
jelas. Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan
kami tiada tempat untuk berlindung.
Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.
Komander Khattab
Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. Komandan Khattab berkata,
“Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.
Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas. Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam.
Laungan Takbir
Dengan rasa ingin tahu kami pun
mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian
sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Ternyata kami
menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah
terpenggal.
Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.
Satu lagi kejadian aneh di mana senjata
api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak
sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain
pun masih lagi elok.
Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada
sekitar ratusan orang. Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari
bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong
kami. {2}
Allahuakbar. Dengan kisah ini diharapkan agar kita semua dapat menerima pengajaran bahawa Allah sentiasa disisi kita dan pastinya akan memberikan bantuan tatkala kita memerlukan. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan kepada saudara kita yakni para pejuang Hamas dan orang-orang awam di Gaza sana.
[via]
_______________________________________
1. Sila lihat semula artikel Malaikat Jibril Dan Kudanya Dalam Perang Badar
2. Dipetik daripada buku “Karamah Mujahidin dari Masa ke Masa” oleh Abu Muhammad
+ ulasan + 8 ulasan
CHECHNYA... Sejarah asal Chechnya adalah sebuah negara Islam, tetapi dibawah takluk jajahan Soviet Russia. Dari segi geografinya Chechnya hanyalah sebuah negara kerdil, yg tersepit ditengah2, bersempadan dgn Georgia dan Azerbaijan. Warga Islam Chechnya berjuang menuntut kemerdekaan, namun ditentang oleh Soviet Russia. Ada dikhabarkan kebanyakan pejuang2 Islam Chechen itu adalah pengamal2 jalan Ilmu Kebatinan secara bertareqat. Mampukah mereka yg kerdil dgn jumlah pejuang nan sedikit itu bisa mengalahkan penjajah yg besar lagi ramei bala tenteranya serta lengkap senjata perangnya..??
Namun apa yg difahamkan semangat juang pejuang2 Islam Chechen memang cukup kental. Ada terbaca jika jumlah mereka ada 2 juta orang, nescaya mereka mampu mengalahkan satu Soviet Russia. Dimana ada perjuangan disitu ada kemenangan dan kejayaan. Dimana ada keikhlasan berjihad karna Agama Allah dan membebaskan tanah tumpah darah dari dijajah, Insya'Allah disitu ada pertolongan Allah. Maka tidak mustahil kalo bantuan Allah itu didatangkan berupa tentera ghaib dari Para Malaikat. Seperti juga dlm Peristiwa 13 Mei, Allah utuskan bantuan ghaib berupa kedatangan para Wali Jin dan Khalifah2 Perang, dgn senjata perang yg misteri berbentuk Parang Terbang... Allahu'alam....
allahu akbar.. ya allah jngn jdi kami sperti orang2 trdahulu yg tetap tidak briman
Alhamdulillah ya alloh, lindungilah saudara2 kami ya alloh amiiin
Pedang 13may masih wujud bila perlu
Jika orang Islam zalim, pedang tidak berfungsi
Beriman lah dengan -KUN FAYA KUN-. saya tidak setuju dengan kenyataan bahawa manusia yang menyebabkan kemenangan, sebab tanpa izin dan rahmat Allah swt tidak akan menang keatas musuh. Contohnya orang mengaitkan peristiwa 13 may menang sebab parang terbang dan lain lain (dari makhluk). Sedangkan ia semua dengan izin Allah. Bukan sebab parang terbang sg manik dan lain lain..
sokong kenyataan hanafiah, semua atas izin Allah swt