Oleh : Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al Hafiz {1}
Seringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. {2} Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.
Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.
Firman Allah SWT :
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-Araf :27)
Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.
Kenyataan yang terlalu umum sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]).
Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.
Sekiranya kenyataan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.
Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.
Firman Allah SWT :
Kenyataan yang terlalu umum sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]).
Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.
Sekiranya kenyataan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.
Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.
Firman Allah SWT :
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?"(Al-An'am : 130)
Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.
Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba'ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma'rifat aAl-Sahabah).
Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba'ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma'rifat aAl-Sahabah).
Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.
Firman Allah SWT :
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ (٤٢)فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik." (Al-Rum : 41-42)
Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini terus berlaku.
_______________________________________
1.Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz ialah Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
_______________________________________
1.Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz ialah Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
2.Filem lakonan Fara Fauzana dan Mawi bertajuk Jin Notti terbukti menggunakan dialog "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" menerusi watak yang dibawakan oleh Fara Fauzana. Secara tidak langsung, kenyataan itu semakin kuat dipegang oleh kebanyakan penonton kini.
Salam, Tq utk info ini.. saya jumpa jwpn yg dh lama saya persoalkan.. kenyataan sebaik2 manusia sejahat2 jin pun sama.. makin pk makin tidak lojik..seolah2 jin islam yg kebanyakan buat jahat..
ReplyDeleteTeriam kasih kepada penjelasan. Kalau sejahat-jahat manusia sama dengan sebaik-baik djin maka tidak adalahlah djin akan masuk syurga. Tetapi kenyataannya tidak begitu..
ReplyDeletesaudara dengan lantang memarahi orang lain siap ingin kenakan tindakan saman bg mereka yg ambil artikel dari blog saudara . tp saudara sendiri yg tidak jujur ambil artikel dari forum lain dan web lain dan mengaku artikel ini seolah milik saudara kajian saudara sendiri hasil penulisan saudara sendiri. tetapi saudara cuba menegakkan sesuatu yang tak benar dengan menyatakan artikel ini semua milik penulisan saudara. tanpa memberikan link sources artikel saudara ambil. so berbalik pada tujuan asal dan nawaitu kita, untuk berdakwah merungkai kebenaran tp berikanlah sumber asal yang saudara ambil. jika saudara bukan dari latar lepasan pengajian agama yg tinggi , lepasan dari mana2 course. berikanlah sumber artikel saudara ambil. supaya jelas dan mudah para pembaca mendapat sumber sebenar artikel ini diambil.
ReplyDeletedibawah ni link artikel mengenai jin saudara ambil dari i luv islam tp saudara tidak beri sumber kdit link asal seolah2 hasil penulisan dan research saudara sendiri walhal saudara plagiat dan copy tnpa beri rujukan link sumber.
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1795-benarkah-sebaik-baik-jin-adalah-sejahat-jahat-manusia.html
Arwah moyang dulu diceritakan bersahabat dgn jin di masjid. So, memang x logik jin tu lg jahat drpd manusia.
ReplyDeleteAnonymous 11 July :
ReplyDeleteBukankah saya telah meletakkan nama penulis artikel ini ? Oleh Abdullah Bukhari.
Ingin saya maklumkan bhw artikel ini disalin dari blog lain yg turut sama menyebarkan artikel ini.
Malah Utusan Malaysia juga pernah menyiarkan artikel ini >> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
____________
Penulis-penulis buku yang menulis buku juga mengambil rujukan dari banyak sumber.
Jadi jika artikel spt Bahtera Nabi Nuh as dipetik dari pelbagai sumber, itu adalah perkara biasa dalam penulisan. (artikel itu ditulis oleh saya sendiri dgn rujukan dr plbgi sumber)
Sama juga seperti kita menyiapkan tugasan yang diberikan di IPT-ambil rujukan dari pelbagai sumber dan kumpulkan bsama pendapat sendiri untuk dijadikan artikel.
Oh ya satu lagi, artikel-artikel dlm blog ini sememangnya kebanyakan telah di COPY PASTE OLEH BANYAK BLOG-BLOG & WEBSITE lain.
Ada puluhan artikel yg ditulis kami telah disalin oleh pihak lain tanpa meletakkan sumber dari blog ini dan dua cth ; Konspirasi Dunia Transformers dan Piramid Melayu.
p/s : Kami tak kisah pon kerana ia adalah ilmu. Penulisa skrip filem Hollywood Yahudi juga tidak kisah menyebarkan "skrip" tulisan mereka utk ilmu msyrk dunia.
SIAPAKAH ANDA? Azazel?
Dosa menfitnah lebih besar dari dosa membunuh!
ReplyDelete*Beritahu saya bilakah masanya saya dgn lantang mengatakan akan MENYAMAN mana-mana pihak?
Fikir sebelum menulis!
salam..maaf saya menyelit..xsalah klu kita berkongsi ilmu..ilmu tuhan jgn kedekut..xkira la dari sumber mana di COPY PASTE pun janji semua org tahu pasal hal ni..klu xnak di COPY PASTE kasi bikin copyright la...
ReplyDeleteberbalik pada tajuk asal..bukankah itu adalah satu PERUMPAMAAN saja yang menunjukkan umat manusia ni lebih mulia dari mereka...? klu salah betulkan.... :D
MMg ramai yang sebut statement ni..kat Tv pun ada jg
ReplyDeleteWanita Mengandung Dilarang Melihat Gambar ini
hmm.. sekarang kita tengok pula siapa yg jahat.
ReplyDeleteDaripada Ali bin Abi Talib ra berkata: Telah bersabda Rasulullah saw:“sudah hampir sampai satu masa di mana tidak tinggal lagi daripada islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat jahat makhluk yang ada di bawah naugan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.(hadis riwayat baihaqi)
sejahat-jahat syaitan masih lagi meminta kebenaran Allah swt utk menyesatkan manusia, tapi manusia yg bergelar 'ulama' akhir zaman tak pernah meminta kebenaran tuhan utk menyesatkan manusia yang mengambil mereka sebagai rujukan. mereka menghalalkan apa yang telah Allah haramkan. merekalah sejahat-jahat makhluk dibwh naungan langit..
p/s: ulamak yg dimaksudkan adalah ulamak yg mendustakan Allah dan Rasulnya shj, bkn semua...
SEBAIK2 JIN ADALAH SEJAHAT2 MANUSIA... Apakah bener fahaman mengatakan "Sebaik2 Jin itu adalah sejahat2 Manusia"..?? Firman Allah Taala : "Tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia melaenkan supaya mereka itu menyembah kepada-Ku.." (Surah Az-Zariyaat -Ayat 56). Bermakna penciptaan Jin (Bani Jan), serta Manusia (Bani Nas) itu sama2 memikul amanah Tuhan yg berat. Secara ringkas dapat kita fahamkan setelah datangnya agama Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, makhluk Jin dan Manusia itu wajib beriman serta tertakluk kepada hukum2 Allah...
ReplyDeleteDlm satu Surah yg laen Allah beri peringatan : "Katakanlah aku berlindung kepada Tuhan yg mendidik Manusia. Raja Manusia. Tuhan Manusia. Daripada kejahatan bisekan Syaitan yg maju mundur. Yg membisekkan dlm hati Manusia. Yaitu bangsa Jin dan Manusia.." (Surah An-Nas [Manusia] - Ayat 1-6). Maka dari Surah An-Nas itu kita difahamkan digalakkan mengamal dgn membaca surah tersebut, supaya hilang was2 sebelum berniat setiap perbuatan. Apakah dari Surah An-Nas itu lantas kita sewenang2nya menetapkan "Sebaik2 Jin itu sejahat2 Manusia"..?? Allahu'alam.....