Adapun hal-hal mengenai bahtera Nabi Nuh as ini sesungguhnya Allah SWT telah meninggalkannya sebagai salah satu daripada tanda-tanda kebesaran-Nya, agar seluruh umat manusia yang datang setelahnya dapat mengambil pengajaran dari kejadian yang dialami oleh Nabi Nuh as dan orang-orang yang bersamanya yang kemudian diselamatkan dengan bahtera itu sementara orang-orang yang kafir terhadapnya ditenggelamkaan oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya :
Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf? Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu. (Surah al-Qamar 15-16)
Manakala keberadaan bahtera tersebut setelah Allah SWT menyelamatkannya berserta orang-orang yang bersama Nabi Nuh as juga telah disebutkan didalam firman-Nya :
"Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung "Judi", serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". (Surah Hud : 44)
Ada yang mengatakan bahawa bahtera tersebut berada di Armenia, ada pula yang mengatakan ia berada di Iraq, dan ada juga yang mengatakan lokasinya adalah di Turki atau juga di daerah Yaman. Mereka yang mengatakan bahwa bahtera Nabi Nuh as tersebut berada di Armenia berdasarkan pada apa yang diberitakan didalam Bible (Israiliyat) bahawa bahtera itu terdampar di Ararat. {1} Namun ada juga yang mengatakan bahawa Ararat bukanlah sebuah bukit akan tetapi ia adalah sebuah perbukitan yang memanjang antara Armenia, Turki dan Iraq bahagian Utara, sementara bukit Judi adalah salah satu bukit dari perbukitan Ararat itu. {2}
Sementara itu, pihak yang mengatakan bahawa bahtera Nabi Nuh as berada di Yaman telah mengemukakan beberapa hujah - antaranya :
Sementara itu, pihak yang mengatakan bahawa bahtera Nabi Nuh as berada di Yaman telah mengemukakan beberapa hujah - antaranya :
1. Bahawa tidak pernah terjadi air bah di daerah Asia Tengah yang menjadikan bahtera Nuh berada di Armenia sebagaimana disebutkan berbagai sumber sejarah dan hasil dari penelitian orang-orang Amerika di Laut Mati dan daerah-daerah sekitarnya pada tahun 2005.2. Dan disebutkan didalam beberapa sumber sejarah bahawa asal muasal kaum Nuh adalah Bani Rasib yang merupakan asal-muasal dari orang-orang Yaman yang kemudian menyebar ke berbagai daerah di Jazirah Arab.3. Lokasi gunung yang disebut dengan Tanur yang disebutkan didalam Al Quran ; berada di kota Hamdan propinsi Shan’a.4. Dan sesungguhnya kuburan Nabi Nuh as berada di desa al Waqsyah yang dibangun didaerah Nahm. Hal ini dibuktikan dengan nama kota itu adalah Nahm yang juga nama dari Nabi Nuh as, Nuh adalah Nahm, sebagaimana disebutkan didalam Taurat.5. Kota Shan’a dahulunya juga bernama kota Saam bin Nuh as. {3}
Sementara itu, Imam Ath Thobari mengatakan dari Ishaq bahawa bahtera tersebut berada di air selama setahun, melewati Baitullah dan melakukan perputaran (thawaf) sebanyak tujuh kali, lalu Allah SWT mengangkatnya agar tidak tenggelam, seterusnya bahtera tersebut menuju ke Yaman dan kembali ke Judi dan berlabuh di sana. Sedangkan Al Qurthubi dan juga Al Baghowi di dalam tafsir masing-masing menjelaskan bahawa Bukit Judi berada di daerah Jazirah berhampiran al Maushul.
Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Bukit Judi adalah bukit besar yang berada disebelah timur Jazirah Ibnu Umar hingga ke sungai Dajlah, berada dipinggiran al Maushul, (panjang bukit itu) dari Selatan hingga Utaranya sepanjang tiga hari perjalanan dan memiliki ketinggian sepanjang setengah hari perjalanan. Ia adalah bukit yang hijau kerana ditumbuhi pepohon dari eek (kayu) yang disampingnya terdapat sebuah desa yang bernama desa ats tsamanin sebagai tempat tinggal orang-orang yang diselamatkan bersama Nabi Nuh as. Berkenaan lokasi ini, Ibnu Katsir juga menyebutkan bahawa tidak hanya satu orang ahli tafsir yang menyebutkannya. {4}

Penulis tersohor, Muhammad Isa Dawud dalam bukunya "Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia" menyebut bahawa bahtera Nabi Nuh as tidak berada di Gunung Ararat. Hal itu hanyalah "permainan" pihak-pihak tertentu supaya para pengkaji (terutama dunia Islam) tidak pergi ke lokasi lain yang mana berkemungkinan menjadi lokasi sebenar bahtera berharga itu terdampar. Dalam erti kata lain, ada pihak tertentu yang sengaja menggembar-gemburkan kewujudan bahtera itu di Gunung Ararat atas faktor-faktor tertentu. Fakta yang mana ramai umat Islam di dunia terlepas pandang ialah ; penyelidikan bahtera Nabi Nuh as (di Ararat) semuanya dilakukan oleh sarjana Barat berdasarkan Bible. Sumber dari Britannica Encyclopedia menyebut :
The name Ararat, as it appears in the Bible, is the Hebrew equivalent of Urardhu, or Urartu, the Assyro-Babylonian name of a kingdom that flourished between the Aras and the Upper Tigris rivers from the 9th to the 7th century bce. {5}
Gunung Ararat yang ketinggiannya mencecah 4,267 meter dengan puncak yang sering diliputi salji ini terletak di Turki. Hal ini mengelirukan kita kerana kajian-kajian terkini menunjukkan banjir besar itu tidaklah sampai begitu jauh hingga ke Turki. Daratan Mesopotamia diduga kuat sebagai lokasi berlakunya banjir besar zaman Nabi Nuh as. {6} Namun hal itu bukanlah mustahil kerana keluasan banjir itu pun masih dipertikaikan para pengkaji. Al-Quran pula menamakan gunung tempat berlabuhnya bahtera itu sebagai Bukit Judi. Sememangnya ada sebuah bukit yang berketinggian 4000 meter di wilayah Butan, yakni kurang lebih 40 km di sebelah Timur Laut Pulau Ibnu Umar. {7}
MISTERI BAHTERA DAN PROPANGANDA YAHUDI
Kemungkinan ada pihak-pihak tertentu dalam kalangan Yahudi Zionis yang sengaja mempromosikannya selain menambahkan mitos-mitos di sekitar Gunung Ararat. Diantara mitos berkaitan bahtera Nabi Nuh as ialah ; barang sesiapa yang berjaya tiba di kemuncak gunung ini tidak akan mati sebelum mencapai usia 100 tahun. Walau bagaimanapun, mitos ini ternyata gagal apabila sudah terlalu ramai yang berjaya mendakinya dan meninggal sebelum usia 100 tahun.
Catitan sejarah melakarkan, Tsar Nicholas II Rusia menghantar satu ekspedisi ke Gunung Ararat pada 1916-1918. Fakta yang menyatakan bahawa Nicholas turun takhta semasa Revolusi Februari pada awal Mac 1917 (Kalendar Gregory) sama sekali tidak benar. Beberapa sumber-sumber meletakkan tarikh ekspedisi tersebut pada 1916, ("tentera diraja Rusia diandaikan telah menghantar kira-kira 150 orang ke Gunung Ararat pada tahun 1916 untuk mencari sebuah objek besar yang dikatakan sebagai blok bandar raya"). {8} Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar Nicholas II, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Revolusi Bolshevik 1917 meletus. {9} Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan.
Pada tahun 1953, seorang Yahudi bernama George Jefferson Green yang sedang memandu helikopter di sekitar puncak Ararat terlihat sesuatu yang mirip sebuah kapal. George Jefferson Green berjaya mengambil beberapa buah gambar, sebelum kesemua gambar-gambar tersebut hilang 10 tahun kemudian dan dia dibunuh. {10}

Pada 1955, seorang pengkaji warga Perancis yang tidak diketahui agamanya Fernand Navarra telah dilaporkan menjumpai 5 buah sisa-sisa potongan kayu di sekitar Gunung Ararat. Kajian oleh The Forestry Institute of Research dan Experiments of the Ministry of Agriculture di Sepanyol mendapati kononnya usia potongan-potongan kayu tersebut berusia sekitar 5000 tahun. {11} Kebetulan ia sesuai dengan masa yang diperkirakan berlakunya banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Penipuan ini berjaya dibongkar apabila sebuah kajian dilakukan di sebuah universiti di Amerika Syarikat dan di Britain. Hasilnya, usia kayu itu tidak lebih daripada 1400 tahun sahaja. {12}
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, mungkin apa yang digembar-gemburkan di Gunung Ararat itu bukanlah bahtera Nabi Nuh as. Lokasi sebenarnya entah di mana, mungkin juga di Bukit Judi seperti yang dinyatakan dalam Surah Hud ayat 44. Di kala seluruh dunia dan umat Islam sibuk dengan penemuan di Gunung Ararat, mungkin satu pihak lagi telah pun menemui bahtera Nabi Nuh as di tempat lain dan mengambil manfaat daripadanya. Saluran berita milik taikun Yahudi Rupert Murdoch, Fox News pada Jumaat 20 April 2010 melaporkan bahawa penemuan terbaru oleh sekumpulan pengkaji (Kristian) dari Hong Kong boleh jadi benar dan boleh jadi juga tidak. Malah kumpulan pengkaji tersebut juga memberitahu bahawa sekiranya tidak terbukti ia adalah bahtera yang dicari, mereka tidak akan berhenti mencari di lokasi lain. {13} Ia sekaligus memberi gambaran bahawa sememangnya terdapat lokasi-lokasi lain yang disyaki selain Ararat dan Yaman. Maka dengan itu, dakwaan bahawa Yahudi sanggup melakukan apa sahaja termasuk melakukan ekspedisi palsu bagi mengaburi mata dunia mungkin boleh dipertimbangkan.

_____________________________________
1. Genesis 8:4 "Then the ark rested ... on the mountains of Ararat." (NKJV)
2. Lihat artikel Bill Crouse, Archaeology and Biblical Research, Noah Ark : Its Final Berth Vol. 5, No. 3 Summer, 1992
3. Lihat artikel EraMuslim.com, kolum Ustadz Menjawap, Lokasi Terdamparnya Kapal Nabi Nuh as

4. Ibnu Katsir, al Bidayah wa an Nihayah
5. Lihat Britannica Encyclopedia, Mount Ararat
6. Lihat Harun Yahya, Perished Nation, Chapter 1, Prophet Nuh (as) and the Great Flood
7. Lihat Muhammad Isa Dawud, Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia, hlm 36-52
8. Lihat Ancient High Technology, Evidence of Noah's Flood?

9. Bolshevik dipimpin oleh Vladimir Lenin. Beliau adalah pengasas kepada Parti Komunis Soviet dan USSR. Beliau berketurunan Yahudi sebelah datuk ibunya. Persoalan yang timbul adalah, "adakah Revolusi yang dilancarkan oleh Vladimir Lenin pada 1917 mempunyai agenda tersirat berkaitan Bahtera Nabi Nuh as?". Kemungkinan ini perlu dipertimbangkan memandangkan seorang lagi pemimpin Komunis, Karl Marx merupakan anggota Freemason 31st Degree.
10. Montgomery, pp. 128-131; Cummings, pp. 143-148
11. Lihat TalkOrigins Navarra's Wood 10. Montgomery, pp. 128-131; Cummings, pp. 143-148
12. Cornell University's Peter Ian Kuniholm telah mengumumkan bahawa 'sampel' yang telah diujinya hanya berusia 1,400 tahun, jauh lebih muda dari usia yang telah diumumkan sebelum itu.
13. Lihat artikel Fox News, Has Noah's Ark Been Found on Turkish Mountaintop?
penting sangatkah penemuan bahtera tersebut.......? dari segi apa? sehinngakan terjadinya komplot yg melibatkan kaum yahudi? ada rahsia besar ke?
ReplyDelete----hamba yg buta, tetapi nampak kebesaran ilahi------
saya juga ingin tahu sama spt anonymous 11 july 2011 11:25
ReplyDeleteminta dijelaskan:-)
Jibril dutuskan utk ajar Nabi Nuh as mbina bahtera. Nabi Nuh disuruh utk potong 124,000 keping papan & kmdn Jibrail akan menulis nama2 Nabi b'mula dr Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW. Adakah Noah Ark di Ararat ad ciri2 itu? x de...utk Sabah/Anon : Mestilah...sbb Yahudi kata Taurat btul, Kristian kata Injil btul...Al-Quran plak kata "Bukit Judi"...jd mestila pnting utk buktikan kebenaran kitab masing2 dsmping mnafikan kbnrn Al-Quran. Bukit Judi gak ptnjk arah kpd tmpt yg akn bangkitnya pejuang Islam akhir zaman! selain ada byk khazanah utk umat Islam nnt..klu korg stil kompius korg tnya je ustz2 kt Facebook 2..haron din ke...ustzh ct nor bahiyah ke
ReplyDeletebukit judi dimana?? adakah name judi itu masih digunakan skg?? atau da bertukar name hingga kite tak tau bukit judi dimana?
ReplyDeletebayangan aku..mungkin pembuatan kapal tu.. punyai teknologi pembinaan yg canggih.. wallahualam.... :)
-belantara hutan
kepada tuan rumah minta izin untuk kawan2 download free movie.... klik http://adf.ly/29eln
ReplyDeleteBanyak versi penemuan bahtera Nabi Nuh nie.
ReplyDeletedikatakan disamping bahtera itu tertulis nama2 para wali yg memegang tali silsilah....wallahualam
ReplyDeleteMohon lebih penjelasan ttg sejarah ini...
ReplyDeletependekarsniper
Salam,
ReplyDeleteKalau bukit judi salah satu petunjuk akan bangkit Islam d akhir zaman, mungkin juga bukit judi s'benarnya t'letak di kawasan asia tenggara. Sb kebangkitan b'mula di Nusantara. Lebih2 lagi teori yg menyatakan nabi nuh as serta kaumnmya dari Nusantara yakni Pentas Sunda, tempat b'mulanya peradaban. Hanya Allah yang tahu, tapi Insya-Allah ia akan t'bongkar juga...
Bukit Judi letak nya di Genting Highland Tanah Tinggi Genting antara banjaran Titi wangsa Di Malaysia
ReplyDeletekalau tau kat mana bukit judi tu, akan tau asal kaum nabi nuh. kaum yg maju suatu ketika dulu
ReplyDeleteBukit judi blakang umah aku
ReplyDeletekomen atas : "bukit judi blakang umah aku."
ReplyDeletekita tak seharusnya bab2 agama, nabi dan rasul dijadikan bahan lawak.
DIMANA LOKASI ZAMAN NABI NUH AS...??? Semenjak buku Prof Arysio Santos "Atlantis - The Lost Continent Finally Found" tersebar luas keserata dunia, maka Dunia Barat bageikan telah dikejutkan dari tidur. Selama ini Dunia Barat menyangka merekalah bangsa paling bertamaddun, berasa bangga karna terkenal sebagei penjajah2 perampok khazanah bumi bangsa negara2 laen. Jika bener Atlantis itu lokasinya diIndonesia, maka peradaban manusia bisa bermula dari rantau Nusantara. Kini perhatian dunia telah banyak tertumpu diJawa Indonesia. Misteri Nusantara maseh banyak lagi terpendam yg belum habes digali. Nabi SAW ada bersabda : "Islam bakal bangkit semula dari Timur", yakni dari Nusantara...
ReplyDeleteApakah zaman banjir besar seperti dikhabarkan kesah bahtera Nabi Nuh AS dlm Al-Quran itu berada diNusantara..?? Apakah ukiran bahtera didinding candi Borobudur itu melambangkan Bahtera Nabi Nuh AS..?? Ngak tahu sehingga ada bukti2 yg kukuh. Namun Dunia Barat cuba menafikan, lantaran mereka gambarkan seperti dlm movie "2012", dimana mala petaka dunia semuanya bermula berlaku dari Barat menular keAsia, hingga kemuncaknya berlabuh diBanjaran Himalaya. Ramalan Barat kesah dari zaman Nabi Nuh AS, akan "recycle" berulang semula tahun "2012", telah jauh meleset. Bumi yg mereka ramalkan bakal bergelap selama 3 hari berterusan, gak berlaku. Putaran bumi siang malam maseh tetap patuh pada hukum2nya....
Jika bener Nusantara sebelumnya asalnya satu Benua Sunda, setelah berlaku letupan gunong berapi, gempa bumi, gelombang tsunami dan banjir besar, maka Benua Sunda tenggelam ranap ditelan lautan kedasar bumi. Kesannya tinggallah bertaburan ribuan pulau2, yg kini dinamakan "Gugusan Kepulauan Melayu", ato "The Malay Archipelagos". Maka terputuslah jalan2 daratan, yg tinggal hanyalah jalan2 lautan, khidmat bahtera amat diperlukan utk keselamatan dan perhubungan. Maka kemungkinan Selat Sunda itulah pusat awal sejarah peradaban manusia. Apakah bener sejarah Nabi Nuh AS itu diNusantara..?? Tidak mustahil setelah banjir besar surut, jika bahteranya telah berlabuh terkandas dimana2 salah satu gunung2 diJawa ato disatu banjaran diMalaya...
Namun itu hanya andaian semata2, sehingga disahkan dgn fakta2 dan bukti2 yg kukoh dan nyata. Kita Manusia hanya mampu cuba mencari kebeneran. Dalil2 dari Al-Quran itu tersurat tersirat perkhabaran, Allah jua yg serba Maha Tahu lagi Maha Merencanakan.. Allahu'alam....
saya sepakat dengan anonymous. Penemuan situs gunung padang sebagai peradaban tertua di dunia hari ini yang berlikasi di cianjur menggambarkan kepada kita semua, bahwa peradaban itu di asia tenggara. Indonesia-Malaysia. Himalaya sendiri sebenarnya di ambil dari kata2 malaya. memang peradaban malaya adalah yang tinggi sekali di jagat ini
ReplyDeleteBukit Judi... aku juga tidak tahu apa nama Bukit Judi pada era sekarang ni, mungkin bukit Judi dah di tukar pada nama Chelsea F.C. ke, Liverpool F.C ke atau Man Utd ke...
ReplyDeleteTapi apa yang aku tahu, pada zaman nabi Noh sendiri, Bukit itu sebenarnya sebuah Gunung pada kita sekarang ini, tapi memandangkan saiz tubuh badan nabi Noh itu agak besar macam 'Ultraman' (Zaman dulu-dulu manusia memang banyak bersaiz Ultraman) Jadi mereka menggelar gunung itu ialah Bukit, tapi masaalahnya di mana ya Gunung Judi tu? kalau di belakang rumah aku tu, satu bukit pun tak ada, malah gunung pun tak nampak....
masih ada aja yg mmbangga banggakan bangsa sndiri,kbgkitan islam diakhir jaman emang di timur tapi bukan nusantara kita,kita harus sadar bangsa dan wilayah kita g istimewa,kebangkitan islam diakhir zaman di negri syam
ReplyDeletebukit judi... peradaban tertua nusantara.huruf palawa ( huruf tertua di dunia ). alam pulau perca. semuanya ada di nusantara kita. dimana alam yang subur.semua jenis tumbuhan ada.semua jenis hewan ada.daerah di lalui khatulistiwa. buku prof,santos salah satu bukti. behtera nuh bukan di turki,armenia irak. yg cuaca nya diliputi salju.padang gurun. bahterah nuh berlabuh di tanah surga,tanah yg subur. nusantara kita ."alam pulau perca" melayu tua nusantara.
ReplyDelete