Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda

JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITGA BERMUDA
Based on Dialog Dengan Jin Islam by Muhammad Isa Dawud
Writer : MacJay.Net Photo : MacJay.Net
|Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan.|

Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. {1} Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan :
"Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api" (Surah ar-rahman : ayat 15) 

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)" (Surah al-Dzariyat : ayat 56)

"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir" (Surah al-an'am : ayat 130)
Petikan-petikan surah diatas sudah cukup membuktikan bahawa makhluk Jin sememangnya wujud dan tiada sebab bagi umat Islam untuk menyanggah hakikat ini. Sebelum manusia dilantik sebagai khalifah dimuka bumi, makhluk bernama Jin terlebih dahulu menjalani kehidupan mereka dimuka bumi. Namun, sepertimana yang dinyatakan, makhluk Jin sama juga seperti manusia. Kemajuan tamadun bangsa Jin (terutama dalam teknologi Atom dan Fusion) telah menyebabkan mereka ingkar dalam melaksanakan perintah Allah SWT hingga akhirnya membawa kepada kemusnahan tamadun makhluk sebelum manusia ini. {2} Dan pada masa yang Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah SWT telah memperkenankan doa para Jin supaya mereka tidak dilihat oleh manusia. {3} 

Make an Animated Music Video with Samsung Galaxy Note II
 
JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITIGA BERMUDA

Muhammad Isa Dawud (MID) dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah. {4} Dalam karya MID yang bertajuk Dialog Dengan Jin Islam, penulis tersohor itu telah membuat satu pendedahan eksklusif berkenaan Segitiga Bermuda dan 'penghuninya'.
Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman MID sendiri yang pernah berbicara bersama Jin Islam. MID menjelaskan bahawa, Jin Islam yang menjadi 'rakan'nya itu berasal dari Bombay, India dan merupakan Jin yang berpengaruh kerana telah membawa kira-kira 10 000 jin lain memeluk agama Islam. Sehingga buku itu ditulis, rakan istimewanya itu sudah berusia 180 tahun. {5}
 
Berikut adalah petikan daripada dialog tersebut (klik untuk besarkan ; kiri ke kanan) :
Kedudukan geografi Mesir dan Segitiga Bermuda sebenarnya boleh dikira agak dekat jika diambilkira kemampuan/kelebihan yang dimiliki oleh para Jin. Saya kira pembongkaran Jin Islam itu kepada Muhammad Isa Dawud ada juga kebenarannya, memandangkan 'tidak mustahil untuk seseorang itu berkomunikasi dengan makhluk Jin' sepertimana yang pernah dilakukan oleh beberapa orang lagi penulis, pengamal perubatan dan alim ulama. Ini termasuklah Ustaz Amin yang terkenal dengan program terbitan TV 9, Tanyalah Ustaz. {6}
___________________________________
1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Jin
2.Lihat surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu: “Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“. Malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
3.Lihat Muhammad Isa Dawud, Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia, Pustaka Syuhada (M) 
4.Lihat Ibnuyaacob.com, Profil Muhammad Isa Dawud, http://ibnuyaacob.com/?page_id=185
5.Lihat Muhammad Isa Dawud, Dialog Dengan Jin Islam, Bhg Tamu Kita Dalam Buku Ini, Pustaka Hidayah (I)
6.Ustaz Amin atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah adalah seorang Ustaz selain menjadi pengacara sebuah program di TV 9.  Ustaz Amin mendedahkan pengalamannya berkomunikasi dengan Jin ketika beliau berada di Makkah. Lihat laman web beliau, http://www.ustazamin.com/2011/03/universiti-kehidupan-191-berbicara.html
Share this article :
 

+ ulasan + 8 ulasan

Anonymous
5 July 2011 11:12

Terima kasih kerana berkongsi ilmu ALLAH.

Anonymous
6 July 2011 21:31

trimas share info,tp aku msih mushkil la, dlm quran tertulis sjahat manusia itulah sebaek2 jin..

so adakah jin islam ni sbenanyer ade,boleh share info ape2 yg ko tau.

20 July 2011 18:10

perkongsian yg sgt berinformasi...
terima kasih

mana
7 February 2012 03:38

siapa nama jin nie eh?

Anonymous
3 May 2012 23:07

saya dari indonesia. teroma kasih info nya, semoga tulisan nya manfaat

Anonymous
14 March 2013 15:22

FIRMAN ALLAH TAALA... "Dan tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melaenkan supaya mereka itu menyembah akan Daku.." Dan lagi kita dikhabarkan kebanyakan isi Neraka Jahanam itu dari kalangan Jin dan Manusia.. Maka dari sini dapat difahami makhluk Jin itu telah ujud lebeh awal lagi dimuka bumi ini, sebelum bertempanya Lembaga Nabi Adam AS. Maka dari sini kedua makhluk Allah, yaitu Jin dan Manusia itu tertakluk atas Hukum2 dan Sayriat Allah. Maka dari sini ketahuilah kita bahawa Jin itu seperti juga Manusia itu, ada yg Islam beriman, ada yg bukan Islam lagi kufur...

Antara salah satu bukti ujudnya Jin Islam, ialah seperti dalilnya ujud Masjid Jin diMekah itu. Oleh karna kerja2 penglebaran jalan dan lebuhraya Bandar Mekah, Masjid Jin sediada telah diubahsuai dikecilkan. Maka ruang Masjid Jin diMekah itu sudah sempit, ngak bisa lagi menampong muatan jumlah jemaah Jin Islam yg telah bertambah semakin ramei... Begitu juga dgn bukti2 kisah Manusia yg tidak beradap tidur sembarangan tempat dlm Masjid. Akibatnya... kita sering dengar kisahnya walo menyeramkan tapi melucukan. Hingga ada Manusia menghukum Jin Islam itu : "Sebaik2 Jin adalah sejahat2 Manusia.." Oleh itu jangan kita salahkan Jin Islam itu...

Perlu diketahui bahawa Para Wali itu bukan dilantik dari kalangan Malaikat dan Manusia semata2. Malah ada Para Wali itu dari kalangan Jin dimana tenteranya dari Jin Islam... Menjelang Akhir Zaman ini, ramei Jin Kafir yg kuat, degil, sombong telah surrender mengaku kalah, tetapi mereka kalah kepada siapa.? Antara salah satu permintaan Jin Islam kepada Manusia hanya satu yg mereka pinta, tetapi apakah dia bendanya..?? Allahu'alam....

21 October 2013 01:17

Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ini.
Di sini juga terdapat info berkaiatan dengan jin
Usrah: Bangsa Jin - Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek

24 December 2013 09:23

terima kasih mas, ilmu saya bertambah, boleh tolong reupload ebooknya mas? sudah tidak tersedia di 4shared.

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger