Membongkar Penampilan Dajjal Sebagai Merlin

Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.

Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :
"Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri."
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita."
Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa "makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan." 

John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,..."
Merlin a.k.a Dajjal 

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah 'penipuan agung'.

Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.
"Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar."{2}
Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur

Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.
Ketika zaman pemerintahan  King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedang Excalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin

Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.
"Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar."
Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari ; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.

Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman 
Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman). 
"Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal  sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.

Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel."
John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;
"Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman..."{3}

Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis...

______________________________________
1.Lihat Muhammad Isa Dawud, Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda
2.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 132
3.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 126
4.Lihat Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal
Share this article :
 

+ ulasan + 4 ulasan

5 June 2011 15:39

semua perkara yang berlaku adalah kehendak allah..

3 February 2013 13:21

nk copy bleh x???

Anonymous
8 March 2013 12:53

nak tanya jadi bolehkah kita tgk cerita MERLIN yg kat TV3 tue...

Anonymous
8 April 2013 14:32

Nak copy di fb ye. Terima kasih :)

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger