Hari Pengisytiharan Dajjal Sebagai Tuhan

The Grand Parade adalah satu perarakan raksasa yang diaturkan oleh Dajjal The False Messiah untuk mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan. Allah SWT mencatatkan kisah Ashabul Kahfi yang peristiwanya persis perarakan raksasa yang diaturkan oleh Dajjal. Maklumat ini saya titipkan di dalam satu kitab lama tulisan Almarhum Sheikh Uthman Jalaludin bertajuk Alamat Kiamat terjemahan dari kitab Arab beliau berjudul Ad-Durrah an-Nafi'ah fi Asyrath as-Sa'ah.{1} Perhimpunan ini disebut oleh Sheikh Jalaluddin di mana pengikut Dajjal akan menyongsong kedatangannya dengan memukul-mukul gendang di dalam satu perarakan yang besar. Inilah gambaran sebuah perhimpunan agung yang disusun atur dengan teliti oleh Dajjal.

Tindakan Dajjal mengumpulkan seluruh manusia di dalam satu perhimpunan raksasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan menyamai insiden majlis perhimpunan Raja Diqyanus yang zalim dan bongkak. Dua peritiwa yang berlaku dengan jarak tahun yang amat jauh tetapi mempunyai persamaan yang nyata.
Di dalam riwayat kitab kisah anbiya dan Asbabun Nuzul, disebut nama bagi sekelompok orang yang beriman yang hidup beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa as. Bahawa kisah itu terjadi di negeri Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus (Ephese). Setelah Islam datang, kota itu berubah nama Tharsus (Tarse) sekarang terletak di dalam wilayah Turki. Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai seorang raja yang baik. Setelah raja itu meniggal dunia, berita kematiannya didengari oleh seorang Raja Persia bernama Diqyanus. Diqyanus adalah seorang raja yang kafir dan amat bongkak serta zalim. Dia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya dan akhirnya berjaya menguasai kota Aphesus. Olehnya, kota itu dijadikan, ibu kota kerajaan lalu dibina sebuah istana yang agam.

Raja Diqyanus kekal berkuasa selama 30 tahun tanpa dapat digugat. Selama itu juga dia tidak pernah diserang sebarang penyakit hatta pening kepala, sakit perut mahupun demam. Oleh kerana Diqyanus merasakan dirinya sedemikian kuat dan sihat, kesombongannya mula membuak ; kehairanannya sama seperti apa yang dirasa oleh Namrud. Sehingga dia berani mengaku dirinya sebagai 'tuhan' dan dia menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta seluruh langit dan bumi.

Bermula dari saat itu, Diqyanus memanggil seluruh rakyat dan pembesar negara. Diatur satu perhimpunan raksasa dengan diiringi paluan gendang, tarian dan hiburan - ia umpama pesta. Seluruh rakyat diseru keluar menuju ke tempat perayaan tanpa kecuali di dalam satu perarakan raksasa yang maha hebat.

Di dalam perhimpunan ini, Raja Diqyanus memakai gelaran tuhan dengan rasminya. Dia memaksa seluruh penduduk kota menyembahnya disamping berhala-berhala lain yang diciptanya. Pesta pada hari itu tidak hanya diiringi dengan bunyi-bunyian bahkan dipersembahkan binatang korban untuk berhala-berhala tersebut{2} 
[saya hentikan petikannya di sini...]
Perhatikan hadith di bawah ini. Ia seperti menceritakan mengenai insiden ini. Manusia seolah-olah terpukau dan mahu menyertai perhimpunan yang diaturkan oleh Dajjal ;
"Tempat berhentinya (berkumpulnya) Dajjal di tanah berair. Kaum yang paling banyak menyertainya adalah wanita sehingga seorang lelaki kembali kepada isterinya, ibunya,  anak perempuannya dan ibu saudaranya, lalu mereka mengikat mereka dengan tali kerana takut mereka akan keluar mengikuti Dajjal..."{3}
Inilah percubaan kemuncak Dajjal yang mahu menipu manusia. kemuncak fitnah ini turut menyamai Namrud dan Firaun yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Tuhan di hadapan manusia di dalam perhimpunan besar dan perdana.

Hadith dari Ummu Syarik, berkata :
Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda; "Sungguh manusia akan berlari dari dajjal ke gunung-gunung." (Riwayat Imam Muslim dari Ummu Syarik)
Inilah peristiwa yang amat penting untuk disingkapkan menjelang kedatangan Dajjal dan kita temui semua persamaan ini di dalam Surah al-Kahfi ayat 9 ~ 16.

Situasi getir ini akan berlaku apabila Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan. Setelah berlaku beberapa fasa penipuan dan setelah semakin ramai manusia mengikutinya, maka Dajjal memanggil satu perhimpunan agung (The Grand Parade). Dipanggilnya semua manusia untuk datang dan diseru kehadiran manusia seolah-olah suara itu datang dari langit. Perhimpunan ini dihadiri oleh dua malaikat (di dalam riwayat lain mengatakan dua orang nabi) di kiri dan kanannya untuk mempersaksikan pengakuan palsunya.

Di dalam perhimpunan inilah Dajjal akan menunjukkan kesaktiannya yang di luar kemampuan batas pemikiran manusia. Dia akan menzahirkan alam neraka dengan api yang menjulang tinggi dan syurga yang penuh dengan kenikmatan. manusia dipaksa membuat pilihan. Ketika ada yang takjub dengan maka dia akan berseru bahawa dialah tuhan manusia. Terjadi dialog yang diubahreka dengan kedua-dua malaikat itu. Malaikat itu seolah-olah mengaku dia adalah tuhan.
"...Dan keluarlah dua lembah bersama Dajjal, salah satunya adalah lembah syurga dan satu yang lain adalah lembah neraka. Kemudian dia berkata kepada manusia: 'Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidupkan dan mematikan manusia?' Dia bersama dua orang nabi (di dalam riwayat Tarmizi mengatakan malaikat) di mana aku tahu namanya dan nama bapanya. Jika aku ingin, maka aku akan menyebut nama kedua-duanya. salah satu dari keduanya berada di sebelah kanan dan kirinya. Kemudian Dajjal bertanya:'Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan?' Salah seorang dari keduanya berkata: 'Kamu dusta.' tetapi jawapan itu tidak didengari oleh sesiapa selain rakannya yang disebelahnya. Maka lantas dia menjawap: 'Kamu benar.' Dan jawapan itu didengari oleh semua manusia."
Manusia mula mempersoal diri sendiri. Hati manusia yang hadir pada perhimpunan itu mula berbolak-balik. jeritan dan tangisan mula kedengaran. Dalam keadaan cemas itulah Dajjal mengisytiharkan dia adalah tuhan manusia. Maka ketika inilah tersingkap wajahnya yang sebenar; segala pesona penyamaran wajah manusia kacak seperti seorang penyelamat pudar. Yang terjelma adalah wajah hodoh dengan mata kiri yang berselaput (buta sebelah mata), bertubuh besar dan tertulis perkataan 'qaf-fa-ra' di antara kedua keningnya. Ia jelas dapat dilihat oleh orang mukmin yang ramai walaupun yang tidak tahu membaca.{4}

Malangnya ketika itu manusia tidak memikirkan keburukan bentuk rupa Dajjal. Manusia hanya memikirkan nasib mereka, apakah mahu masuk ke dalam syurga Dajjal (sebenarnya Neraka) atau jurang nerakanya (sebenarnya Syurga) dengan nyalaan apinya yang menjulang tinggi. Pada masa itu, keadaan menjadi hura-hara. Bapa menarik anak dan suami menarik isteri. Masing-masing mahu lari menyelamatkan diri antara fitnah Dajjal atau neraka ciptaannya.

Nabi Muhammad SAW berpesan :
"Sesungguhnya aku lebih tahu tentang apa yang dibawa oleh Dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir. Salah satu daripadanya mata akan melihat sebagai air putih dan yang lainnya akan melihatnya sebagai api yang menyala-nyala. Jika kamu menemuinya, hendaklah mendatangi sungai yang dilihat sebagai api dan hendaklah memejamkan mata kemudian menundukkan kepala serta minum daripadanya kerana ia adalah air yang segar." (Riwayat Ahmad di dalam Al-Musnad dari Huzaifah)
Ada yang tidak tahan melihat jurang api yang dalam lantas melutut di hadapan Dajjal mohon diselamatkan dari azab yang mengerikan itu. Maka mereka yang kukuh imamnya dan yang sudah 'ihsan' hatinya dengan Allah SWT lari menjauhi perhimpunan itu seperti tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang meninggalkan perhimpunan Raja Diqyanus.
"Dan tatkala kalian meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhan kalian akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepada kalian dan menyediakan sesuatu yang berguna bagi kalian dalam urusan kalian." (Surah al-Kahfi; 16)
Persoalan samada Dajjal akan muncul sebagai penyelamat palsu - Imam Ke-12 Syiah yang kini semakin mendapat sokongan majoriti umat Islam sedunia ada juga kebenarannya. Dajjal yang menyamar sebagai penyelamat kepada umat Islam (kini Iran dianggap wira negara Islam) berjaya mengajak pengikutnya berkumpul di The Grand Parade untuk mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan manusia kerana pada ketika itu mereka telah terpedaya dengan penyamaran Dajjal.

Muhammad Nurani Maarif, dalam bukunya bertajuk Membongkar Misteri Dajjal, secara terperinci menghuraikan bagaimana munculnya seorang individu misteri dalam setiap tamadun purba yang telah membuatkan dirinya dianggap sebagai Tuhan/Dewa dan kemudian menghilangkan diri selain berjanji akan kembali di akhir zaman sebagai penyelamat.{5} Hal ini hampir sama dengan kisah Imam Ke-12 Syiah yang dikatakan telah hilang dalam sebuah gua - dan dipercayai akan kembali semula di akhir zaman.
Perarakan yang berlaku di Bahrain misalnya didakwa oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi tidak lebih hanya satu revolusi mazhab. 
"Tidak ada revolusi rakyat di Bahrain, melainkan (revolusi) mazhab," kata al-Qaradawi, sebagaimana dipetik Al-Arabiya (19/3). Menurut Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu, wujudnya campur tangan asing di sebahagian puak yang ada, sehingga tuntutannya tidak lagi murni dari rakyat Bahrain. Puak yang ingin menggulingkan puak lain hanya mengutamakan kepentingannya sendiri. 

"Revolusi di negara Arab lain ada kesamaan di mana yang tertindas melawan pihak penindas. Sedangkan di Bahrain berunsur kemazhaban, di mana Syiah melawan Sunni". Menurutnya lagi, revolusi Mesir melibatkan rakyat dengan latar belakang berbeza seperti Muslim, Kristian, tua, muda, sekular, agama, seperti halnya di Tunisia, Yaman dan Libya. Tetapi tidak di Bahrain yang hanya melibatkan puak Syiah. 

Demonstrasi yang dilakukan kumpulan Syiah Bahrain juga bukan secara 'damai' tetapi bersenjata. "Kumpulan Syiah menyerang kumpulan Sunni dan mengambil alih masjid-masjid mereka dengan menggunakan senjata seperti halnya golongan baltajiyyah (samseng) yang kita saksikan di Yaman dan Mesir," jelas Sheikh Yusuf al-Qaradawi. 
Jika huraian saya diatas diambil kira bersama keadaan semasa, maka hampir pasti bahawa Dajjal itu akan muncul sebagai penyelamat palsu umat Islam sebagai Mahdi Syiah {6}, memandangkan mazhab itu semakin mendapat sokongan sebahagian umat Islam yang buta berkenaan hadith-hadith riwayat akhir zaman.
__________________________________
1.Sheikh Uthman Jalaluddin merupakan pengasas dan mudir Madrasah dan Manabi al' ulum, Penanti, Bukit Mertajam sekitar tahun 1960-an
2.Di petik dari Riwayat Kitab Qishashul Anbiya, hlm 566 dari himpunan kitab Fadha'ilul Khamasah Minas Shihahis Sittah jilid II
3.Riwayat Ahmad dari ahmad bin Abdul Malik, sumber dipetik dari kitab Ibnu Katsir, Malapetaka Menjelang Kiamat.
4.Muttafaqun 'Alaih, dari Anas
5.Lihat Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal, hlm 52-182
6.Lihat artikel MacJay.Net bertajuk Imam Mahdi Syiah Adalah Dajjal
 

Konspirasi Dunia - Penantian Raja Yahudi (Dajjal)

Telah dimaklumkan mengenai jadual perancangan pengikut Illuminati bagi melahirkan Messiah - sang penyelamat yang ditunggu. jadual ini telah disusun oleh sekumpulan penganut ajaran kultus yang beramal dengan ilmu sihir sejak 50 tahun dahulu. Inisiatif ini tidak pernah berhenti.

Artikel ini akan mendedahkan bagaimana berpengaruhnya ahli-ahli Illuminati dan bagaimana mereka melaksanakan jadual perancangan ini dengan teliti. Apabila memasuki tahun Masihi, 2000 orang pengikut Illuminati sudah bersedia menanti kemunculan Messiah - sang penyelamat dan percaya akan wujud tanda-tanda awal kemunculannya di langit. Tanda-tanda itu adalah ramalan yang sudah dijangkakan yang tertulis di dalam kitab Perjanjian Lama. Media massa bersedia menghebahkan fenomena langit sehingga menjadi sebuah berita sensasi yang diulang-ulang.

Terdapat gerakan rahsia di balik semua ini yang mempengaruhi media massa secara tidak langsung. tanda dan keajaiban ini akan meyakinkan bahawa kemunculan Messiah sudah dekat. mereka sedaya upaya mahu menanam benih kepercayaan ini.

Bagi bangsa Yahudi, dia adalah sang penyelamat yang dinanti-nantikan, Mosaiah. Bagi pengganut Kristian, dia adalah Jesus yang berjanji akan kembali. bagi pengganut Islam, dia adalah Imam Mahdi yang dinantikan. bagi pengganut ajaran Buddha, dia adalah kelahiran semula Buddha ; bahkan semua agama dan anutanpunya figure yang dinantikan. Pesona individu yang dinantikan itu adalah orang yang satu.
Tanda di langit yang dimaksudkan oleh Lambert dalam artikel ini dirujuk sebagai mnculnya bntang Jupiter, tetapi penulis percaya fenomena sebenar yang akan menjadi sandaran mereka adalah jajaran galaktik yang dijangka berlaku pada 21 Disember 2012. Golongan Illuminati sering menanti tanda di langit kerana ia amat berkait dengan peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah dunia.

Kehadiran Messiah adalah benar bagi para pengikut Illuminati dan penganut ajaran New Age. Kini ia harus disebarkan sehingga dunia benar-benar percaya bahawa Messiah ini akan datang menyelamatkan dunia dari krisis dan kemanusiaan.

Apa yang para pengikut Illuminati perlukan adalah kepercayaan dengan kepercayaan. Percaya mempunyai rahsia kekuatan yang tersembunyi. Messiah itu akan datang ; kerana itu ia harus bermula dengan agama. Semua agama dan kepercayaan harus bersetuju dengan dogma ini. Kehadiran seorang penyelamat inilah yang dinamakan - mesej Messianik. Menjadikan ia sebagai doktrin agama.

Menurut Lambert, diantara tahun ini 1985-2010, senario ini harus terjadi bahkan tidak harus ada pilihan lain melainkan ia mesti terjadi. Justeru, gerakan global cuba diarus-perdanakan dengan menjadikan Jerusalem sebagai pusat agama sedunia dan Israel mengetuainya. Projek ini dinamakan sebagai The New Jerusalem Covenant.
Lambert mendedahkan bahawa ahli-ahli Illuminati amat menantikan detik-detik pembinaan Haikal Sulaiman (Solomon's Temple/Temple of Jerusalem). Ia akan menjadi tempat ibadat untuk semua agama dan kepercayaan samada Yahudi (Judais), Kristian mahupun Islam. Ia menjadi lokasi peribadatan sedunia. Dunia akan menyaksikan pembinaan Haikal Sulaiman sebagai pembinaan yang terhebat dalam abad ini.

Bagi para pengikut Illuminati, ia bukan hanya tempat ibadah bahkan bakal menjadi istana kerajaan Messiah. Pembinaan haikal ini perlu disegerakan kerana ia akan menyempurnakan pelan kehadiran Messiah. lagi cepat ia dibina lagi cepat kezahirannya ke dunia.

Pembinaan haikal ini yang menggabungkan kuil, gereja dan masjid di Jerusalem. Sebelum itu al-Quds perlu dirobohkan. Bahkan semua pembinaan lama yang mempunyai ciri dan nilai keagamaan setempat (Islam) perlu dihapuskan. Satu ciri baru harus ditonjolkan. Namun, ia akan mendapat tentangan sehingga terjadi pertempuran di Timur Tengah.

Haikal ini akan dibina betul-betul diatas tapak al-Quds (Baitul Maqdis). Tidak dapat disangkal lagi, semua ini akan mencetuskan perperangan bahkan perang adalah sebahagian daripada intipati perancangan para pengikut Illuminati. Perang ini sudah dijangka dan sudah diorkestrakan sehingga ia berpihak kepada perancangan puak Illuminati. Berikut adalah kata-kata Lambert :
"Inti bagi segala ini hanya dapat dicapai dengan mencetuskan rasa kebimbangan akan terjadinya perang. Kebimbangan ini mesti dikekalkan sehingga semua hasrat ini tercapai."
Jika merujuk pada kata-kata penulis buku Behold A Pale Horse, bukanlah sesuatu yang asing kerana para pengikut Illuminati telah merancangnya sejak dari dulu lagi.
"Pertubuhan rahsia sudah merancang mencetuskan ancaman perang sejak dari tahun 1917...tujuannya adalah untuk menyatukan umat manusia di bawah satu pentadbiran dunia yang mereka gelar New World Order."-ms 27
Setelah semua ini berhasil, iaitu apabila Jerusalem telah berada dibawah genggaman para pengikut Illuminati, barulah Jerusalem boleh diisytihar sebagai kota suci. Jerusalem akan menjadi ibukota bagi penduduk dunia. Dunia akan berwajah baru. Agama baru akan terbentuk dan dunia baru akan terlaksana. itulah harapan yang telah dipendamkan sejak 3000 tahun yang lampau.

Inisiatif-inisiatif ini sebenarnya akan mewujudkan provokasi dan akan mencetuskan kebimbangan akan terjadinya perang. Tidak dapat dinafikan bahawa negara-negara Islam pasti membantah jika Haikal Sulaiman ini dibina di atas tapak Masjid al-Aqsa. Namun bagi mereka, perebutan lokasi al-Quds mesti ada titik akhir dan pengakhiran itu akan berpihak kepada Illuminati.

Inilah kenyataan yang dapat disisipkan ketika menghadiri seminar Illuminati pada 18 Ogos 1991. Ia hanya dihadiri oleh ahli sahaja. ia diadakan di Boston. Sehingga kini perancangan itu berjalan dengan lancar tanpa disedari oleh penduduk dan komuniti dunia (golongan liberal terhadap secret society-dajjal-hadith akhir zaman). Anda akan menjangkakan perkara ini akan berlaku di masa-masa hadapan dimana tarikhnya yang sebenar hanya berada di dalam pengetahuan mereka dan Tuhan Yang Maha Esa.
Perang Dunia ke-3 akan bermula di Timur Tengah diantara Israel dan negara jiran mereka yakni negara Arab. Perang ini telah ditulis oleh Albert Pike sejak dari tahun 1870-an lagi dan kini ia menjadi semakin nyata.

Antara ketetapan dan perancangan yang dibuat :
  1. Meningkatkan ancaman perang nuklear - di semenanjung Korea, Pakistan dan India. Konflik nuklear perlu dikekalkan.
  2. Meyakinkan bahawa ancaman pengganas adalah benar dan mereka mempunyaikuasa bom atom.
  3. menjana kemusnahan ekonomi dan meningkatkan kebimbangan mereka bahawa krisis ekonomi adalah sama seperti Great Depression sebelum Perang Dunia Ke-2.
  4. Mencetuskan huru-hara dunia, rusuhan dan dengan menerbitkan isu agama serta hak liberalisme.

Rujukan :

Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik, hlm 240-244
 

Captain Jack Sparrow : Lanun Melayu?

Ketika mula-mula menonton filem terbitan Walt Disney Pictures ini, saya sedikit tertarik pada beberapa corak yang terdapat pada senjata dan juga ukiran pada dinding kapal dalam filem ini. Ada sesetengah darinya hampir menyamai ciri-ciri Melayu. Namun, semua perhatian saya ini hilang begitu sahaja tidak lama selepas itu, hinggalah saya terjumpa artikel dari sebuah forum.
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Ia juga tergolong diantara Senjata Api Melayu Yang Digelapkan Sejarah. {1} Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol.

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy".

Kurang lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British.
19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum itu. Oleh kerana keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yang dimiliki (ilmu kebal, ilmu batin, boleh menyelam 4, 5 jam dll) mereka diberi pengampunan dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh mat individu bernama Captain John Davie (Davvy Jones?)
Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny ("pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa di kalangan British.
Mereka telah merampas 12 buah kapal laut Royal Navy, mereka kemudiannya berpecah ke Britain, laut Arab dan benua Amerika.

Selepas itu, dari tahun 1813 hingga ke tahun 1842, saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain, sehinggakan terdapat beberapa kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London.
Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga telah diambilalih oleh Napolean Bonaparte untuk berperang melawan British.
Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity...

"Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan, akan tetapi ia adalah satu pilihan...

These Cursed Regiments.. selepas mutinied menentang British India, kesemua mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana orang kampung, pembesar dan sultan akan membunuh atau menghukum mereka atas alasan 'bersubahat' dengan penjajah - dalam makna kata  lainnya, mereka akan dianggap sebagai pembelot/ talibarut penjajah. {2}
Tidak hairanlah jika karekter Captain Jack Sparrow ini diinspirasikan daripada nama Raja Lanun Dunia yang berketurunan Melayu suatu ketika dahulu, kerana nama karekter Barbossa juga dikatakan diinspirasikan daripada seorang lanun asal Turki, Barbarossa. {3} Trivia, dalam filem Pirates of the Carribean : At World End (Di Penghujung Dunia), watak-watak lanun dalam siri kali ini dibawa menuju ke Selat Melaka (pangkalan Sao Feng - dalam filem ini, nama Selat Melaka tidak disebut, malah nama Temasik yang sepatutnya digunakan juga telah ditukar kepada sebutan 'Singapore'.

_____________________________________
1. Lihat artikel MacJay.Net, Senjata Api Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah
2. Lihat Samuel Nelson Dickinson, The Pirates Own Book, or Authentic Narratives of the Lives, Exploits, and Execution of the Most Celebrates, 1855,
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Hayreddin_Barbarossa
 

Misteri Tabut as-Sakinah

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 248 :
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Pengkaji Barat dan Yahudi telah lama tercari-cari lokasi tabut yang hilang ini. Jika pembaca pernah menonton filem arahan pengarah Steven Spielberg (berbangsa Yahudi), Indiana Jones Raiders Of The Lost Ark, mungkin pembaca akan mendapat sedikit gambaran berkenaan Tabut as-Sakinah ini. Namun, kandungan Ark of Covenant dalam filem buatan tangan Yahudi Zionis ini tidak boleh sama sekali diambil sebagai pengetahuan atau kepercayaan. Filem terbitan George Lucas (juga Yahudi) ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Yahudi sudah lama  tercari-cari atau setidak-tidaknya berminat dengan khazanah yang tidak ternilai ini. Bagi pembaca yang belum tahu berkenaan Tabut as-Sakinah bolehlah rujuk di sini [artikel ini sempat diulangsiar sebelum blog Holywar Efairy dinyahkan oleh pihak ketiga]. 

KANDUNGAN TABUT AS-SAKINAH
Apakah sebenarnya yang terdapat di dalam Tabut as-Sakinah ini? Dari sisipan ayat Al-Quran di atas, di dalam tabut ini mungkin terdapat sesuatu yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa a.s semasa Nabi Musa a.s ‘bertemu’ Allah SWT di Bukit Sinai.
Di dalam Kitab Keluaran (Exodus) juga ada disebutkan tentang hal ini.

Berfirmanlah Tuhan kepada Musa :

"Tuliskanlah segala firman ini, sebab berdasarkan firman ini telah Kuadakan perjanjian dengan engkau dan dengan Israel.” 34:27

Dan Musa ada di sana bersama-sama dengan Tuhan, selama empat puluh hari empat puluh malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan pada loh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh Firman. 34:28

Ketika Musa turun dari gunung Sinai–kedua loh hukum Allah ada di tangan Musa ketika ia turun dari gunung itu - tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanya bercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan Tuhan. 34:29

Diambilnyalah loh hukum Allah dan ditaruhnya ke dalam tabut, dikenakannyalah kayu pengusung pada tabut itu dan diletakkannya tutup pendamaian di atas tabut itu. 40:20

Dibawanyalah tabut itu ke dalam Kemah Suci, digantungkannyalah tabir penudung dan dipasangnya sebagai penudung di depan tabut hukum Allah - seperti yang diperintahkan Tuhan kepada Musa. 40:21

Berdasarkan ayat-ayat ini, apa yang boleh dikatakan terkandung di dalam tabut ini adalah dua loh yang tertulis di atasnya 10 Perjanjian. 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi Musa as atas perintah Tuhan ketika Nabi Musa as ‘bertemu’ dengan Tuhan di Bukit Tursina (Sinai). 

BENARKAH TABUT AS-SAKINAH DI NUSANTARA?

Tabut as-Sakinah dikatakan tersimpan dibeberapa buah lokasi. Di antaranya ialah Nusantara, Jerusalem, Ethiopia, Zimbabwe, Mesir, Gunung Nebo/Nabu di tebing sungai Jordan, Perancis, England, Ireland dan beberapa lokasi lagi. Di antara kesemua lokasi ini, teori yang mengatakan bahawa tabut tersimpan di Nusantara adalah yang paling lemah. Kebanyakan pihak yang berpegang pada teori ini berpaksi pada beberapa sebab utama :

1. Tabut as-Sakinah ini dikatakan telah hilang dalam perjalanan ke tanah canaan (The Promised Land). Jika dilihat daripada sudut 'Zion Bumi Mala' teori ini mengatakan bahawa The Promised Land itu sebenarnya adalah hujung dunia yakni Nusantara.

2. Mengambil fakta daripada 'cakap-cakap' bahawa Tabut as-Sakinah tersembunyi di Indonesia yang sering dibincangkan di alam siber.

3. Ada pihak yang salah tafsir maklumat yang diterjemahkan oleh Google Translate. Mereka cuba copy dan kemudian paste-kan pada Google Translate maklumat berkenaan Tabut as-Sakinah ini dari Wikipedia. Umum sudah mengetahui 'kehebatan' Google Translate dalam menterjemahkan maksud sesuatu dokumen. Betapa hebatnya terjemahan Google ini, hinggakan bahasa Inggeris yang masih boleh difahami oleh si pembaca, apabila diterjemah ke dalam bahasa ibunda, terus hilang kebolehfahamannya. Dibawah ini saya sediakan satu contoh : 
“The ETHIOPHIAN Orthodox Church claims to possess the Ark of the Covenant or tabot in Axum. The object is now kept under guard in a treasury near the Church of Our Lady Mary of Zion, and used occasionally in ritual processions.[6] But versions of the Aksum tabot are kept in every ETHIOPHIAN church, each with its own dedication to a particular saint, most popularly Mary, George and Michael[7].”

“The Kebra Nagast is ETHIOPHIA’S greatest national document, composed to legitimise the new royal line established in 1270 by claiming its descent from Menelik I, the son of King Solomon and the Queen of Sheba, and contains a reference to the Ark of the Covenant being brought to ETHIOPHIA by Menelik. However, recent scholarship suggests that that reference is a later interpolation: many important manuscripts later than the thirteenth century make no reference to it, and it only became a core element of ETHIOPHIAN beliefs in the seventeenth century. It has been plausibly suggested that the claim that the Aksum tabot is the real Ark of the Covenant results from misunderstandings between the ETHIOPHIANS and their Portuguese allies following the defeat of Arab invasions in the sixteenth century – misunderstandings which were gratefully exploited and developed by the ETHIOPHIAN church[7].” (wikipedia)

Apabila anda menggunakan Google Translate untuk melakukan terjemahan, ia akan jadi seperti dibawah :
“Gereja Ortodoks ETHIOPHIA yang klaim untuk memiliki Ark dari Perjanjian atau tabot di Axum. Objek sekarang disimpan di bawah penjagaan di dekat perbendaharaan Jemaat kami Lady Maria Sion, dan kadang-kadang digunakan dalam upacara processions. [6] Tetapi versi dari Aksum tabot disimpan di setiap ETHIOPHIA gereja, masing-masing dengan dedikasi sendiri ke santo tertentu, paling terkenal dan populer dengan Maria, dan George Michael [7].”

“Yang Kebra Nagast terbesar di INDONESIA adalah dokumen nasional, yang terdiri untuk legitimise royal baris baru didirikan di 1270 oleh para mengklaim keturunan dari Menelik I, putra Raja Sulaiman dan Ratu dari Sheba, dan berisi referensi ke Ark dari Perjanjian yang dibawa ke INDONESIA oleh Menelik. Namun, baru-baru ini menunjukkan bahwa beasiswa merupakan referensi yang kemudian interpolasi: banyak penting Mushaf lebih lambat dari tiga abad tidak membuat referensi untuk itu, dan hanya menjadi unsur inti dari ETHIOPHIA kepercayaan di abad ketujuh. Ia telah plausibly mengemukakan bahwa klaim bahwa Aksum tabot adalah nyata Ark dari Perjanjian hasil dari kesalahpahaman antara ETHIOPHIANS Portugis dan sekutu mereka mengikuti kekalahan di Arab invasi pada abad keenambelas - kesalahpahaman terima kasih yang dieksploitasi dan dikembangkan oleh ETHIOPHIA gereja [7].”

Kita lihat terjemahannya :

ETHIOPHIAN menjadi ETHIOPHIA
ETHIOPHIA’S menjadi INDONESIA?
ETHIOPHIA menjadi INDONESIA?
EUTHOPHIANS menjadi EUTHOPIANS


Nah, masalahnya terletak pada ‘tetapan' Google Translate. Google Translate atau lebih tepat lagi individu yang memprogamkannya tersalah dalam menterjemahkan ETHIOPHIA’S dan ETHIOPHIA hinggakan  ia menjadi INDONESIA. Ethiopia adalah Habsyah. Dari mana datangnya Indonesia? Sedarkah anda jika anda cuba membuat terjemahan dari bahasa Arab atau Inggeris ke dalam bahasa Melayu, kadangkala ia akan diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. Saya pasti ada pihak yang mungkin sedikit taksub dengan 'kehebatan/kebangkitan sebelah Timur' akan terus membuat andaian bahawa Tabut as-Sakinah memang berada di Nusantara. 

PENAFIAN LOKASI TABUT DI ETHIOPIA DAN KEBARANGKALIAN DI JERUSALEM 
Banyak juga pengkaji yang menolak kewujudan tabut di Ethiophia. Kisah itu tidak lain sekadar dongengan para penganut Kristian Ortodok di Ethiophia untuk menaikkan saham mereka. Secara peribadi, saya juga tidak menyokong dakwaan ini atas beberapa sebab:

1. Hanya Bani Levi yang dibenarkan menyentuh dan membawa tabut. Setahu kita keturunan Nabi Harun ini tidak pergi ke Sabak ataupun Ethiophia. Bagaimana Raja Menelik membawanya pulang? 

2. Jika benar ada beberapa pendeta Bani Levi datang ke Sabak bersama-sama Raja Menelik I, mengapa keturunan mereka iaitu para paderi di Ethiophia hari ini berkulit gelap belaka?

3. Tabut dipercayai penuh keramat dan kekuasaan oleh Bani Israil. Mustahil mudah-mudah saja mereka akan melepaskan tabut ke tangan bangsa asing. Tambahan pula Zionis (memerintah Israel kini) menganggap bahawa semua bangsa selain Yahudi seperti binatang)

4. Tabut sudah ada tempat paling sesuai iaitu bait suci Haikal Sulaiman. Apa manfaatnya dibawa keluar daripada tempat itu? 

5. Agama mereka yang mendakwa bahawa keturunan Menelik sudah menjadi agama Kristian Ortodoks ataupun sekurang-kurangnya 'berbau Kristian'. Walhal Tabut as-Sakinah bergelumang dengan agama Yahudi. Hal ini memungkinkan segala cerita yang dikisahkan di Axum dan sekitarnya itu datangnya selepas kelahiran agama Kristian, bukannya sejak zaman Nabi Sulaiman.
Bangsa Yahudi pada hari ini seperti tidak ambil pusing dengan teori yang mengatakan bahawa tabut berada di Ethiophia. Tidakkah pembaca berasa pelik? Walhal tabut ini telah menjadi salah satu tujuan hidup mereka. Mereka percaya tabut bakal membawa mereka untuk menguasai dunia dan menewaskan umat Islam. Di sini nampaklah bahawa, Yahudi pada hari ini memang tahu Tabut as-Sakinah sebenarnya tidak berada di Ethiopia Jika tidak, pastilah ejen-ejen sulit Israel sudah lama menceroboh bangunan di Axum, Ethiophia (Habsyah) itu. Satu-satunya tempat yang menjadi impian bangsa Yahudi-Zionis (Israel) adalah tanah Palestin atau lebih tepat lagi Masjid Al-Aqsa. Kita tahu bahawa Yahudi sedang bersiap sedia untuk membina Haikal Sulaiman (Solomon's Temple) di atas tapak runtuhan Masjid al-Aqsa. 
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW yakni umat akhir zaman, apa yang penting ialah supaya kita berpegang teguh pada sabda Baginda : 

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." (HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain. Kisah yg mutawatir dan disaksikan lebih dari 100,000 jema’ah Haji)






 

Membongkar Penampilan Dajjal Sebagai Merlin

Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.

Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :
"Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri."
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita."
Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa "makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan." 

John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,..."
Merlin a.k.a Dajjal 

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah 'penipuan agung'.

Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.
"Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar."{2}
Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur

Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.
Ketika zaman pemerintahan  King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedang Excalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin

Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.
"Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar."
Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari ; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.

Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman 
Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman). 
"Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal  sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.

Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel."
John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;
"Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman..."{3}

Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis...

______________________________________
1.Lihat Muhammad Isa Dawud, Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda
2.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 132
3.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 126
4.Lihat Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal
 

Hakikat Akhir Zaman Yang Disebutkan Oleh Abu Hurairah

Saya percaya bahawa maklumat ini pasti akan menggetarkan jiwa setiap pembaca kerana setiap apa yang berlaku kini adalah sebuah hakikat yang sudah disebutkan oleh Nabi SAW. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah : 
"Narrated Abu Huraira: I have memorized two kinds of knowledge from Allah's Apostle . I have propagated one of them to you and if I propagated the second, then my pharynx (throat) would be cut (i.e. killed)."
Terjemahan: Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1} 
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :
"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

Huraiannya adalah seperti berikut :
Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}


Wallah ua'lam...

______________________________________________
2.Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat juga Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50
3. Lihat Amin Muhammad Jamaludin, Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger