KAJIAN AL-QURAN : MESIN MERENTAS MASA
based on Ibnuyaacob article "time travel"
Writer : Ibnuyaacob Photo/Editor : MacJay.Net
Dunia perfileman barat amat beriya-iya mempromosikan filem yang bercorak “merentas masa”. Mereka cuba mengakademikkan angan-angan dengan mencipta pelbagai teori matematik dan fizik. Maka muncullah formula-formula palsu untuk mencipta mesin merentas masa.
KONSEP EINSTEIN DAN RELATIVITI MASA
Dunia kajian merentas masa dari pandangan barat dikatakan dipelopori oleh profesor Yahudi bernama Albert Einstein. Profesor ini dalam kajian-kajian awalnya mengatakan masa boleh direntas sekiranya kita dapat menjumpai ruang masa ini.
Menurut pakar fizik dan astronomi, John Wheeler, Wormhole adalah sejenis ruang perjalanan pintas ke arah tempat yang jauh dan masa. Melalui wormhole, manusia dapat pergi ke satu generasi ke generasi yang lain dalam jarak masa yang singkat.
Manusia juga dapat memilih tarikh, tahun dan tempoh yang dikehendaki untuk pergi ke sana dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan sekatan.
Antara filem yang paling mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia tentang time travel ialah Back to the Future. Kebijaksanaan seorang profesor yang berimej rambut ala Einstein telah berjaya membantu seorang remaja kembali ke masa lampau.
Albert Einstein John Wheeler
Namun begitu, John Wheeler yang sudah membangunkan teori Wormhole sejak 1957 sendiri tidak mampu memberikan bukti-bukti kukuh untuk menyakinkan masyarakat tentang kemampuan merentas masa. Wheeler sendiri kelihatan banyak menciplak idea-idea Hermann Wehl dari Jerman yang sudah pun berteori tentang wormhole sejak 1921.
KEGHAIRAHAN DUNIA AKEDEMIK DALAM TEORI MERENTAS MASA
Merentas masa adalah satu angan-angan yang cuba direalisasikan oleh dunia akademik barat. Ringkas kata, Dajjal memang tahu ianya tidak akan berlaku tetapi ia mahu masyarakat dunia berusaha ke arah angan-angan kosong yang tidak akan berlaku sehingga kiamat.
Jikapun Allah mengizinkan ada mesin yang mampu merentas masa, maka orang yang paling bermasalah ialah Dajjal itu sendiri. Apakah mungkin syeikh-syeikh Arab sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus billion dollar untuk melancong dengan mesin tersebut?
Jika ada orang Islam yang mempunyai mesin masa, sudah pastilah Dajjal akan menghadapi masalah paling besar kerana 10 tahun dari sekarang kemungkinan besar teori bahawa Samiri yang disebut dalam surah Toha adalah Dajjal mungkin sudah banyak terima pakai.
Apabila teori Samiri adalah Dajjal diterima pakai, maka lebih baiklah orang Islam pergi berjumpa dengan Samiri yang mengikut rombongan Bani Israel merentas Laut Merah dan membunuhnya terus. Mungkin itulah yang paling banyak akan berlaku.
Masalahnya, masyarakat Islam tidak mahu menerima hakikat dan masih seronok berteori dengan Teori Relativiti ciptaan Albert Einstein itu. Amat menghairankan…
BUKTI MESIN MERENTAS MASA TIDAK AKAN WUJUD
1) Bukti Pertama : Peringatan Rasulullah SAW
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan manusia tidak dibenarkan atau diizinkan merentas masa lampau (past) dan pergi ke masa hadapan (future).
Persoalan perkara yang lepas (past), sememangnya wajibak diimani bahawa kita tidak boleh lagi kembali ke masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW;
“Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”
Jika masa itu boleh berpatah balik maka tak perlulah Rasulullah SAW bersabda seperti di atas. Adalah lebih baik baginda mengatakan “…kembalilah kamu ke masa lampau untuk memperbetul kesilapan.”
Baginda Rasulullah SAW yang maksum dan penghulu segala nabi sendiri tidak diberikan kelebihan merentasi masa, inikan pula kita manusia biasa yang penuh dengan noda. Hadith di atas jelas menunjukkan ketegasan Rasulullah mengenai masa.
Ia bermakna, seseorang hamba Allah tidak akan dapat mengembalikan waktu-waktu yang telah lepas. Setiap waktu dan saat yang dianugerahkan Allah untuk dilaluinya adalah amat berharga.
2) Bukti Kedua : Peringatan Allah SWT Dalam Al-Quran
Di dalam ayat Al-Quran, Allah SWT menegaskan dengan jelas berkenaan masa;
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Al-Asr, 1-2)
Nah, keseluruhan surah ini sudah tepat untuk membalas semua hujah ahli-ahli fizik seluruh dunia yang cuba memperkenalkan teori merentas masa. Tidak perlulah lagi bagi kami menghurai panjang akan ia.
3) Bukti Ketiga : Merentas Masa Menyalahi Konsep Taubat
Bukti ke 3 yang menunjukkan mesin merentas masa tidak akan tercipta ialah kerana ia membelakangi konsep taubat. Islam menyuruh umatnya sentiasa bertaubat bukan sahaja kerana dosa tetapi kerana masa tidak boleh berpatah balik.
Konsep taubat ini wujud kerana semua umat Islam harus meyakini bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lalu untuk membetulkan semula kesilapan lampau.
Setiap umat Islam disarankan memperbanyakkan taubat tanpa menunggu dosa itu wujud. Ini berdasarkan firman Allah SWT;
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan orang-orang yang banyak mensucikan diri.”
(al-Baqarah, 222)
Firman Allah lagi;
“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.”
(an-Nur, 31)
Allah SWT telah memberi amaran kepada usaha sia-sia manusia ini dengan mendedahkan bahawa semua urusan peribadi manusia dan takdir masa depannya sudah pun tertulis di dalam Lauh Mahfudz. Allah sudah pun menetapkan bagaimanakah nasib setiap hamba ciptaan-Nya.
ISU MERENTAS MASA DIKALANGAN PARA WALI
Dikalangan para ulama hatta nabi sekali pun tidak berlaku ke atas mereka kemampuan “merentas masa”, inikan pula kita manusia yang penuh hina dan noda. Apatah lagi golongan kafir seperti Albert Einstein yang bercita-cita tinggi itu.
Good news, if you're getting a new ACER computer with Windows 8. Up to RM60000 worth of prizes to be
Hatta Dajjal sekali pun tahu masa tidak boleh diubah, yang berlalu tetap berlalu dan yang akan datang belum pasti lagi.
Setakat ini, belum lagi kita melihat ada dikalangan wali dapat pergi ke masa lampau atau masa hadapan. Terdapat isu seseorang yang istimewa atau mempunyai kelebihan psikik anugerah Allah.
Golongan ini dapat melihat masa lampau hanya dengan cara menyentuh barang-barang kegunaan orang lain atau memegang sesuatu objek atau melalui sesuatu kawasan. Ia perkara yang benar dan realiti.
PSIKIK TIDAK MERENTAS MASA
Psikik terkenal bernama Dorothy Allison (gambar) yang tinggal di daerah Nutley, New Jersey pernah membantu polis negeri dan FBI menyelesaikan kes jenayah misteri iaitu kes JonBenet Ramsey (JBR). Kejayaan Allison membuatkan dia dipanggil sebagai tetamu undangan khas rancangan Larry King Live.
Tetapi Allison tetap berada di tempat kejadian untuk mengesan kesan-kesan yang ditinggalkan penjenayah. Allison tidak hilang dari kedudukannya untuk pergi ke zaman silam. Ini secara langsung membuktikan individu psikik tidak boleh merentas masa.
PANDANGAN PARA WALI MELIHAT SEJARAH HIDUP SESEORANG
Melihat sejarah hidup seseorang dengan cara merenung wajahnya bukanlah tergolong dalam konsep merentas masa. Walaupun si pelihat itu (mungkin wali atau nabi) mampu melihat secara jelas, tetapi ia tidak mampu masuk ke dalam “masa lampau” yang dilihat. Ia hanya mampu menjadi penonton.
Suatu perkara yang mampu diusahakan manusia berkaitan masa ialah mempercepatkan perjalanan. Misalnya, pukul 2.00 petang berada di London, kemudian pukul 2.15 berada di Tokyo. Hanya itulah peluang yang ada untuk diusahakan oleh manusia.
Melajukan pergerakan objek tidak akan terkeluar dari batas masa. Jika objek itu boleh bergerak 100 kali lebih laju dari kelajuan cahaya pada tarikh 23 Januari 2009, maka objek itu tetap akan berada pada tarikh dan hari yang sama juga iaitu 23 Januari 2009.
Maka peluang itu nampaknya jelas kelihatan diambil sepenuhnya oleh Nicola Tesla dalam projek Eksperimen Philadephia [klik di sini]
KEFANATIKAN GOLONGAN FIZIK
Amat menyedihkan apabila pakar-pakar fizik umat Islam boleh terpengaruh dengan dakyah sesat teori Einstein, Wheeler dan Hermann. Mereka amat kagum dengan susunan fungsi fizik yang penuh nilai estetik.
Mereka berbincang berbicara suatu perkara yang telah ditetapkan dalam lauh mahfudz. Padahal, itu hanyalah pekerjaan yang sia-sia sahaja. Catatan dalam lauh mahfudz adalah kekuasaan Allah. Ianya tidak boleh diubah lagi, ianya tetap tertulis di situ.
Firman Allah SWT;
Kefanatikan golongan fizik lebih kelihatan fanatik apabila suatu pendekatan fungsi fizik diperkenalkan iaitu Wormhole Metric. Secara pokoknya, masyarakat cuba diberitahu bahawa merentas masa itu boleh dilakukan jika pengirannya betul dan formulanya tepat.
Maka disebabkan itu, seringkali kita dihidangkan dengan filem-filem merentas masa yang akan mempamerkan seseorang saintis membuat pengiraan matematik fizik di buku notanya.
ISU RUANG MASA DALAM BUKU MUHAMMAD ISA DAWUD
Berasaskan ulasan buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia yang pernah kami nyatakan sebelum ini, Muhammad Isa Dawud banyak membangkitkan soal masa dan celahan-celahannya. Namun begitu, ulasannya dilihat berhati-hati dan tidak mempersoalkan merentas ke masa lampau.
Antara kes-kes celahan masa yang dimuatkan Muhammad Isa Dawud ialah berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bernama Karen yang terjatuh di suatu tempat asing. Dikhabarkan bahawa Karen telah dibawa oleh sekumpulan makhluk seakan-akan manusia meninjau ke kawasan mereka.
Karen merasakan ia berada dikalangan makhluk-makhluk itu dalam tempoh sehari semalam sahaja tetapi, ibu bapanya hanya menjumpai beliau selepas 8 hari pencarian. Kes ini ditafsirkan oleh Muhammad Isa Dawud sebagai terjatuh di celah masa. Muhammad Isa Dawud juga berandaikan anda kehidupan lain yang jauh di dalam bumi.
TINGGAL YANG SIA-SIA, KEJAR YANG TERSEDIA
Apakah peranan umat Islam dalam isu time travel ini? Tidak lain tidak bukan ialah jangan membuang masa untuk mencipta mesin merentas masa kerana mesin itu memang mudah dicipta tetapi ia tidak mampu pun bergerak.
Satu perkara yang perlu pakar-pakar fizik Muslim menyibukkan diri adalah berkaitan dengan mencari pendekatan fizik untuk melajukan pergerakan objek dalam period masa yang sama. Pakar-pakar fizik Muslim perlu mencontohi usaha Prof Dr. Yahaya Said al-Mahjari.
Walaupun sekadar teori, usahanya bukanlah untuk mencari bagaimana untuk merentas masa, tetapi ia mencari bagaimana menggerakkan suatu objek ke tempat yang jauh tanpa sebarang pengangkutan seperti yang dilakukan Asif bin Barqiya. Usaha sebegitu tidak terkeluar dan terlanggar persoalan keimanan kepada qada’ dan qadar Allah.
Wallahu’alam…

“(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.”
(al-Buruj, 19)
“(lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfudz.”
(al-Buruj, 22)
Kefanatikan golongan fizik lebih kelihatan fanatik apabila suatu pendekatan fungsi fizik diperkenalkan iaitu Wormhole Metric. Secara pokoknya, masyarakat cuba diberitahu bahawa merentas masa itu boleh dilakukan jika pengirannya betul dan formulanya tepat.
Maka disebabkan itu, seringkali kita dihidangkan dengan filem-filem merentas masa yang akan mempamerkan seseorang saintis membuat pengiraan matematik fizik di buku notanya.
ISU RUANG MASA DALAM BUKU MUHAMMAD ISA DAWUD
Berasaskan ulasan buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia yang pernah kami nyatakan sebelum ini, Muhammad Isa Dawud banyak membangkitkan soal masa dan celahan-celahannya. Namun begitu, ulasannya dilihat berhati-hati dan tidak mempersoalkan merentas ke masa lampau.
Antara kes-kes celahan masa yang dimuatkan Muhammad Isa Dawud ialah berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bernama Karen yang terjatuh di suatu tempat asing. Dikhabarkan bahawa Karen telah dibawa oleh sekumpulan makhluk seakan-akan manusia meninjau ke kawasan mereka.
Karen merasakan ia berada dikalangan makhluk-makhluk itu dalam tempoh sehari semalam sahaja tetapi, ibu bapanya hanya menjumpai beliau selepas 8 hari pencarian. Kes ini ditafsirkan oleh Muhammad Isa Dawud sebagai terjatuh di celah masa. Muhammad Isa Dawud juga berandaikan anda kehidupan lain yang jauh di dalam bumi.
TINGGAL YANG SIA-SIA, KEJAR YANG TERSEDIA
Apakah peranan umat Islam dalam isu time travel ini? Tidak lain tidak bukan ialah jangan membuang masa untuk mencipta mesin merentas masa kerana mesin itu memang mudah dicipta tetapi ia tidak mampu pun bergerak.
Satu perkara yang perlu pakar-pakar fizik Muslim menyibukkan diri adalah berkaitan dengan mencari pendekatan fizik untuk melajukan pergerakan objek dalam period masa yang sama. Pakar-pakar fizik Muslim perlu mencontohi usaha Prof Dr. Yahaya Said al-Mahjari.
Walaupun sekadar teori, usahanya bukanlah untuk mencari bagaimana untuk merentas masa, tetapi ia mencari bagaimana menggerakkan suatu objek ke tempat yang jauh tanpa sebarang pengangkutan seperti yang dilakukan Asif bin Barqiya. Usaha sebegitu tidak terkeluar dan terlanggar persoalan keimanan kepada qada’ dan qadar Allah.
Wallahu’alam…
+ ulasan + 22 ulasan
Nice post. Bagi yang kurang yakin dengan hadis atau ayat Al-Quran, saya sertakan bukti saintifik kenapa penjelajahan masa adalah mustahil.
Pertama sekali, hukum fizik menyatakan bahawa tiada objek yang bergerak lebih laju daripada cahaya. Apabila sesuatu objek memecut/bergerak pantas, jisimnya akan bertambah dan menjadi bertambah berat. Pergerakannya akan menjadi perlahan sehingga satu tahap akan kelihatan seakan-akan berhenti. Ia satu mekanisme untuk mengelakkan sesuatu objek daripada melampaui had laju cahaya.
Yang kedua, jika penjelajahan masa adalah possible, maka akan terjadi time paradox. Apa akan jadi jika saya kembali ke masa lampau dan selamatkan Nabi Isa daripada dibunuh? Apa akan jadi kalau saya tolong Hitler semasa perang dunia kedua? Penjelajahan masa hanya mengundang perbincangan yang sia-sia dan tidak berkesudahan.
So ada baiknya jika usaha menghasilkan mesin masa ini ditamatkan sahaja.
BAGI SAYA MASA ADALAH KUASA TUHAN YANG TIDAK PERLU DISENTUH DAN TIDAK MUNGKIN DIBERIKAN KEPADA MANUSIA UNTUK MENGETAHUI SELANJUTNYA TETANG RAHSIA MASA....KAJIAN BARAT ADALAH KESILAPAN DAN SALAH BESAR KERANA MENYENTUH KUASA TUHAN...
PADA SAYA MASA ADALAH RAHSIA TUHAN..KITA DI DUNIA TERIKAT DENGAN MASA DI DUNIA...MASA DUNIA ADALAH BERBEZA DENGAN MASA DI ALAM LAIN..ALAM MAKHLUK LAIN DAN MASA SEMASA DI HARI AKHIRAT MAHUPUN MASA BAGI ALAM MANUSIA YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA JUGA BERBEZA..TETAPI KITA SEBAGAI MANUSIA TIDAK BOLEH MERUBAH MASA...
LEBIH BAIK FIKIR MASA DEPAN APA NAK BUAT..DARI MEMIKIR KAJIAN YANG TIDAK RASIONAL
aku rasa mesin masa mungkin ada dan sedang dibangunkan sekarang.. aku ade gak kaji tentang mesin masa ni.. ade institusi barat telah membangunkan dan mencipta wormhole yang berskala besar sekarang.. memang kita fikir ade time paradox tetapi kalau perasan mcam satu timeline kalau kita letak satu titik pada line 2 pada tahun 1989 sedangkan kita berada pada tahun 2012 tetapi disebabkan titik 2 ada pada tahun 1989 maka kita sebenarnya dah melaluinya dan kita tidak perasan.. mungkin benda ni mcam mengarut tapi kalau kita kaji zaman mesir purba mereka mempunyai tamadun yang dikagumi.. mereka juga sebenarnya pernah melihat helikopter dan kapal terbang yang sememangnya kita fikir ia tidak wujud pada zaman itu.. untuk pengatahuan ada beberapa teknologi yang dirahsiakan telah dicipta hasil daripada penceritaan time traveller sendiri.. dan jika pernah dengar tentang seorang pengembara masa yang sy telah lupa nmanya..beliau menceritakan segalanya dan semua yang diceritakan semamngnya menjadi kenyataan.. aneh kan.. jika berbicara tentang hukum fizik... banyak sebenarnya yang telah melanggar hukum itu sendiri.. semuanya telah dikaji dan sekarang negara barat cuba mengkaji fizik quantum.ada penemuan purba canggih yang dirahsiakan kerana bimbang ianya akan tersebar. dan hampir berjaya sekarang.. tentang hadis 2 aku x berani nak ckap ape2.. yang kejar lima perkara tu mungkin tidak berkaitan dengan mesin masa... sebab usia memang tidak boleh diundur dan semua yang 5 tu mmg x boleh dielakkan cuma masa sahaja tidak dinyatakan.aku pun xthu nak explain macam mne benda ni dengan jelas sory la klau kurang fham.. wallahualam hanya tuhan sahaja yang tahu..
time mechine adalah satu ciptaan yg mitos para sarjana barat pada umat islam,kerana para sarjana barat yg terdiri daripada pope john paul adalah bertujian untuk menyesatkan akidah umat islam,kerna ia bercanggah dgn ajaran islam itu sendiri.seprti dijelaskan oleh admin..berkenaan ciptaan pada masa lampau (zaman firaun) ia bukanlah melibatkan time mesin..kerana tamadun manusia memang bermula sejak berabad lama.ttp kaum2 dilaknak dan ditenggelami dan ditimbus ALLAH SWT oleh kerana kefasikan kaum itu sendiri.spt zaman nabi nuh.kaum2 yahudi menyediakan fitnah2 septi inilah untuk menarik para pemikir islam dari berfikar mengenai kemajuan agama islam dan supaya berfikir dan menbuang masa memikirkan perkara2 remeh dan xmasuk oleh akal seorg islam...dan TIME MESIN inilah adalah propaganda dan FITNAH dari dajjal laknatullah
http://drmaza.com/home/?p=1715
kawan...disini ada diceritakan sedikit sebanyak mengenai pemahaman teori relativiti.saya bukanlah menyokong Albert Einstein 100%,namun ada betulnya sebahagian teori tersebut.mengenai artikel yang saya berikan ini tak perlulah saudara mencampurkan isu2 mengenai wahabi,syiah,sunni atau mazhab yang berlainan.Yang benar kita ambil,yang keruh kita buang.hentikanlah budaya takfir( kafir mengkafir sesama muslim ) semoga umat kita gemilang suatu hari nanti dan mampu memperbetulkan teori2 yang mereka tersilap dalam fizik
Wallahualam ^^
Ini adalah satu penemuan bagus tentang perjalanan masa adakah ia benar atau tidak ia terbagi 3
1] ilmu
2] usaha manusia
3] keberhasilan
Pada pandangan saya Allah S.W.T memberikan manusia ilmu dan akal
setiap sesuatu itu terjadi adalah menurut hukum dan akal.
Allah maha mengetahui itu semua kalau ia diciptakan untuk kebaikan maka kebaikanlah jadinya kalau ia disalah gunakan maka ia akan menjadi seperti cerita filem tersebut (back to the future)
mengapakah semua cerita filem itu akhirnya menjadikan keburukan kerena Allah maha mengetahui Allah mengetahui setiap sesuatu sebelum atau sesudahnya.
Jadi tidak usah terus disebut tidak benar terus di-dalam Al-Quran itu setiap surah mempunyai berbagai pengertian
ada juga surah itu mengatakan "Jangan kamu mengatakan barang yang belum mengetahuinya lagi"
Jadi disini manusia itu disuruh pelajari ilmu itu sampai di negeri cina menurut hadis nabi juga.
Tentang benar atau salah kita disuruh beriman iaitu membernahkan kebenaran Al-quran itu.
Mcm mna pendpat saudara jklau org itu mnglami keadaan masa hdapan?dia mndpt bygan atau mimpi yg akn brlaku,kmngkinn 10/15 thun lgi akn brlaku.bknnya itu pon masa?
Hanya kekuatan roh @ teknologi roh yg mampu merentas ruang dan waktu. Kerana roh melebihi kelajuan cahaya tanpa batas ruang dan waktu. Teknologi ini juga yg diguna oleh para wali untuk melihat sejarah masa lalu dan masa hadapan. Merentas ruang dalam waktu yg singkat @ ilmu lipat bumi. Berada di beberapa tempat pada waktu yg sama @ ilmu pecahan diri.
Tiada yang mustahil bagi Allah dan tak mustahil mungkin ada dikalangan manusia yang pernah melangkaui batasan masa, kan Rasulullah saw pernah mengembara melalui celahan masa sewaktu peristiwa israk wa mikraj, melihat sendiri berapa ramai umatnya disiksa didalam neraka, berjumpa dengan Allah dan macam2 lagi dalam satu malam sahaja, peristiwa itu wajib bagi kita untuk mempercayainya, binatang ajaib bernama buraq, rasanya kajian barat pun berasaskan al quran juga, tapi bila orang kafir cakap dia pernah merentas masa itu mustahil sebab sudah tentu Allah akan pilih orang yang Dia suka dahulu. Melangkah waktu ni salah satu ilmu rahsia yang tidak diketahui oleh manusia awam macam kita ni, ia adalah ilmu mukjizat ataupun ilmu para wali melalui makrifat. Hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat mengetahui rahsianya yang sebenarnya. Wallahua'lam.
1 tahun disisi Tuhan berbeda dengan kita...NAH...disini udah ujud perbezaan masa. SIMPLY put..it is possible to go back and so on :) .. KIDD Nabi ISA tidak dibunuh....yg dibunuh tu pendusta besaq bak hang..
Adik. Time paradox adalah time delay.. Not time overturn.. Jika dilihat pada graph jisim tenaga kelajuan dan masa.. Mustahil bleh ke blakang masanya.. Sampaai saru tahan masa seakan2 berhenti dan maintain.. Bukannya berpatah balik.. Wallahu alam
Mesin masa memang x wujud dan zaman2 dulu memiliki kepandaian tp disalah gunakn... bukn ke kapal terbang zaman dulu dh ade cuma zaman ni dimodenkan.. manusia x boleh kembali ke masa lalu mahupun ke masa depan... sebabtu lh manusia kena hargai masa... orang barat cuba memesongkn akidah umat islam... ingatlh pd tuhan yg satu allah s.w.t yg mencipta sekalian alam dn makhluk
Bagaimana teori israk mikraj.....
Ada dicerita tentang 7 org dan seekor anjing yg tidur selama 300 tahun didlm gua...tu mcm mana?...adakah ianya palsu?
Bagainana kisah Ashabul kahfi 7 org pemuda dan seekor anjing tertidur selama 309 tahun dan bangkit dlm zaman yg berbeza
kisah asyabul kahfi sama sekali bukan merentas masa. mereka cuma ditidurkan dalam tempoh yang lama.
Salam,
Artikel ini mungkin menarik utk dibaca. Maaf ianya didalam bahasa inggeris, ditulis oleh seorang islam yg bernama Abduldaem Al-Kaheel. Beliau tidak menolak mentah2 teori time travel ini dan menyatakan time travel ini adalah idea dari dajjal atau sarjana barat yg cuba memesongkan umat islam. Penjelasan beliau padat disertakan dgn bukti yg dtg dari al-quran dan hadis termasuk peristiwa israk mikraj.
ini linknya. semoga bermanfaat
http://kaheel7.com/eng/index.php/astronomu-a-space/366-traveling-to-the-past-between-science-and-quran
Lohong masa.. atau wormhole. Tanpanya masa takkan bergerak. Krn setiap makhluk Allah bergantung kpd sesuatu yg lain untuk kelangsungan sistemnya sendiri.... jadi wujud. Soalnya untuk membuka ruang ini, hanya kekuatan roh shj yg mampu. Jadi Unsur roh ini yg perlu dikaji... namun. Ilmu ttg roh ini kita dpt sikit je.. jadi setinggi mana ilmu kita ttg roh... maka setinggi itu juga ilmu kita ttg masa dan lohongnya...
Mesin merentas masa mungkin tidak wujud tapi mungkin juga ALLAH membenarkan seseorang itu untuk kembali ke masa lampau untuk membuktikan kekuasaanNYA SEBAGAI PENGUASA MASA
Mesin masa mungkin tidak wujud tetapi mungkin juga ALLAH membenarkan seseorang untuk kembali ke masa lampau untuk menunjukkan kekusaanNya sebagai MAHA PENGUASA MASA
bagi aku time mesin boleh dicipta dan manusia buleh kembali ke zaman lampau. cthnya aku taip message ini 16.4.2016 pada pukul 5petang. padahal 3 hari sebelum ini wallet aku hilang. so time travel yang boleh buat pun cuma 3 hari yang lepas. teorinya macam. ni.
3hari x 24jam x60minit x60saat = 259200seccond. kalau ada any devices atau lift atau lrt atau mesin yang boleh bergerak arah lawan jam with that kind of speeed aku yakin aku boleh kembali 3,hari lepas sebelum wallet aku hilang.
aku cuma perlu pergi kat tmpat kejadian ikut dari belakang perhati walet tu jatuh kat mana. dan buat buat tegur...."eh bro wallet kamu bro",lepas tegur kena blah dari situ sebelum aku yang "past tense" perasan akan aku yang "present tense".
kalau tak salah aku dalam quran ada tulis sehari di neraka bersamaan 70,000tahun di dunia. kalau kita kira 70,000tahun tu ke "second" kita akan ketahui bahawa masa dibumi ini adalah PERLAHAN.
korang tahu tak kalau dari bumi nak ke pluto kalau dari bumi ko seorang muda remaja umo 20an smpai pluto ko pertengahan 20an?
aku yakin gua tempat asyabul khafi tu mesti ada sesuatu yang boleh dikaji.