Muhammad Isa Dawud Ebook Collection

Muhammad Isa Dawud adalah salah seorang penulis yang tersohor di muka bumi. Beliau dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah.

Muhammad Isa Dawud memulakan kariernya di surat khabar Al-Akhbar dan Akhbar Al-Yawm sebagai pengarang dan editor disamping menjalankan juga kerja-kerja dakwah. Selepas itu, beliau beralih pula surat khabar An-Nadwah Saudi Arabia.

Nama beliau terus meningkat selepas itu sehingga dilantik pula sebagai Pengarah Umum akhbar harian di Arab Saudi, sekali gus merangkap Wakil Pimpinan Redaksi untuk kolum Pemikiran dan Kebudayaan Islam. Beliau juga mengetuai bahagian Rujukan dan Pembetulan disamping bekerja sebagai penasihat bidang maklumat khusus untuk Ketua Pusat Informasi di Makkah Al-Mukarramah. 

Muhammad Isa Dawud telah menulis ratusan makalah dan berbagai kajian dalam bidang agama, sastera, bahasa, sosial dan politik yang dimuatkan di pelbagai akhbar dan majalah Arab Saudi dan Mesir. Beliau kini adlaah anggota Persatuan Wartawan Mesir dan juga Press International Organization.

Ketika ini beliau sibuk memberi ceramah ilmiah, pemikiran dan kebudayaan dan menerbitkan beberapa karya di Mesir.

(sumber: buku “Dialog Dengan Jin Islam”, 1997)

Menurut Muhammad Isa Dawud, antara guru-gurunya ialah :
  • Prof. Dr. Yahya Hasanain (Profesor Bahasa Ibrani di Akademi Tentera Baghdad, Iraq)
  • Prof. Dr. Muhammad Khalifah (bidang peradaban dan sastera bangsa Semitik)
  • Prof. Dr. Abdul Halim Nuruddin (Dekan Fakulti Purbakala, Universiti Kaherah & Fayyum, Mesir)
  • lain-lain gurunya yang disebut ialah Prof Dr. Faruq Dasuki, Prof. Dr. Ahmad Hijazi as-Saqa, Syeikh al-Arif Billah Muhammad Abu Zahra, Syeikh Abdul Halim Mahmud, Ir. Ahmad Abdul Wahab dan Syeikh Ahmad Deedat.
Satu ungkapan yang menarik yang dinyatakan beliau ialah "….saya mempunyai pengetahuan tersendiri tentang kewujudan ad-Dajjal di Bermuda. Dia adalah pencipta piring terbang."

Ungkapan di atas, kami andaikan suatu bentuk “penegasan” maklumat yang bukan main-main. Kami percaya ada maklumat lain tentang Dajjal yang diketahui oleh Muhammad Isa Dawud tetapi tidak dinyatakan penuh di dalam buku. (mungkin kerana manusia di akhir zaman tidak mampu untuk menerimanya)

Kemungkinan pendedahan secara total hanya membuatkan orang awam bersalah-sangka dan kemungkinan membahayakan nyawanya sendiri. Apabila beliau memberitahu dengan yakin bahawa Dajjal adalah pencipta piring terbang, maka kami mengambil jalan untuk mempercayainya kerana buku karangannya tersebar ke seluruh dunia.

Sudah pasti beliau sendiri sudah bersedia untuk berdebat dengan orang ramai yang mengengkari “penegasan” beliau tentang Dajjal. Dengan umurnya kini (tahun 2009) yang sudah pun mencecah 57 tahun, sudah pasti banyak fakta-fakta yang tersedia di dalam pemikirannya. 


PEMIKIRAN ASAS

Semua penulisan Muhammad Isa Dawud yang sampai ke Malaysia adalah mengenai perkara-perkara misteri yang diberitakan dalam al-Quran dan hadith. Perkara-perkara misteri berikut merangkumi hal ehwal Dajjal, Imam Mahdi, Jin dan Yakjuj Makjuj. Selain itu, karangan beliau juga ada bertumpu kepada soal-soal kesihiran serba sedikit khususnya dalam bukunya yang bertajuk Sihir Dalam Perkahwinan.

Semua perkara-perkara misteri yang ditulis oleh beliau itu adalah topik-topik kegemaran masyarakat Islam masa kini khususnya di Malaysia. Topik-topik itu pula dihuraikan dalam bentuk bersahaja dan tidak langsung mengikut gaya penulisan buku yang sepatutnya. Tetapi itu bukanlah persoalan yang berat, bagaimana gaya pun yang dipamerkan dalam tulisannya pasti habis di pasaran.

Tambahan pula, setiap kali mengemukakan teori, beliau bukan sahaja menyandarkan pada hadith dan al-Quran, malah dipetk juga dari kisah-kisah sahabat yang jarang kita dengar dan baca sebelum ini. Disamping itu, fakta-fakta penulisannya juga disokong oleh manuskrip-manuskrip kuno yang dikaji beliau. Itu lebih meyakinkan kita untuk membeli bukunya.

Maka semua itu saya kategorikan sebagai pemikiran asas Muhammad Isa Dawud dalam dunia penulisan.

PERSOALAN UTAMA TULISAN BELIAU

Dalam kebanyakan tulisannya, saya yang kurang ilmu ini dengan yakin mengatakan terdapat dua buku yang paling laris di pasaran, buku tersebut ialah ;
  •  Dialog dengan Jin Islam
  •  Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
Jika anda bersetuju, senyum saja dalam hati, jika tidak, tidak perlu marah, kerana ia bukanlah sejenis pertandingan membaca. Dalam pemerhatian, kedua-dua buku inilah kerap habis, sekejap ada, kemudian tiada. Manakala buku yang sentiasa ada ialah
  •  Imam Mahdi Di Ambang Pintu (Jilid 1 dan 2)
  •  Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia
  •  Sihir Dalam Perkahwinan
  •  Kejutan : Imam Mahdi (Siri 1)
  •  Kejutan : Imam Mahdi (Siri 2)
  •  Kejutan : Imam Mahdi (Siri 3)
Hanya inilah buku-buku yang sampai ke Malaysia. Hasil kajian beliau yang lain, entah mengapa tidak diterjemahkan. Mungkin ianya kurang menarik, maksud saya kurang menarik perhatian editor penerbit syarikat di Malaysia. Manakala semua buku-buku di atas pertama kali di jual di Indonesia dan kemudian barulah di bawa masuk ke Malaysia. Sungguh beruntung rakyat Indonesia.

Berikut adalah senarai tiga buah buku tulisan beliau yang boleh di muat turun :
 
Muat Turun E-book : 

    Share this article :
     

    + ulasan + 8 ulasan

    5 April 2011 15:16

    as salam tuan empunya blog.
    kenapa saya tak boleh nk download buku di atas?

    Anonymous
    9 April 2011 05:01

    Re-upload pls.link tak brfungsi

    31 March 2012 18:24

    Salam MacJay.
    Saya ada review buku beliau tentang Imam Mahdi.Kalau saudara tak keberatan,sila link kan ke blog review saya agar peminat blog saudara dapat menikmati satu lagi buku MID untuk dikaji bersama.
    Ini linknya,
    http://bookukita.blogspot.com/2012/02/imam-mahdi-di-ambang-pintu.html

    Terima kasih.

    Anonymous
    1 January 2013 01:43

    assalamualaikum,,saya peminat setia muhamad isa daud so i pernah terbaca buku dialog dengan jin Islam suatu masa dulu,malangnya buku tu kepunyaan kawan saya yg mana we are lost contact,so dengan berbesar hati bole tak bagitau katmana i nak dapatkan buku dialog dengan jin Islam itu,,wasalam,,.

    2 January 2013 15:49

    tuan, blh emailkan ke sy buku2 ini? masterobocop@gmail.com terima kasih

    10 January 2013 00:54

    Saya tak daat nak download buku diatas, ade ape2 masalah ke?

    Anonymous
    5 May 2013 05:09

    buku dialog ngn jin islam ade jual kat MPH skang ni..terbitan hijjazrecord.

    http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675391194

    9 January 2014 03:22

    Salam..klau tuan sudie tlng lag email buku2 nie ke email sya...ilmu yg bgs begini rugi kalau x dbace...
    irfantarmezy@gmail.com

    Post a Comment
     
    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger