Akhbar harian Mesir, Al-Usbu' telah menyiarkan sebuah kaji selidik dari correspondent Mahmoud Bakri, bertajuk "Humanity in Danger", mendakwa bahawa gempa bumi serta tsunami yang berlaku pada tahun 2004 di Asia mungkin berpunca daripada ujian nuklear bersama antara Amerika Syarikat, Israel dan India. Berikut adalah sebahagian dari laporan tersebut :
Namun, benarkah Tsunami Meulaboh tercetus daripada bencana alam sepertimana yang sedia kita maklum selama ini?
GEMPA BUMI HASIL UJIAN NUKLEAR?
"Was [the earthquake] caused by American, Israeli, and Indian nuclear testing on 'the day of horror?' Why did the 'Ring of Fire' explode?Tsunami Meulaboh yang melanda Acheh pada 26hb Disember 2004 adalah tragedi yang paling diingati dalam sejarah. Manakan tidak, tsunami yang berpunca daripada Gempa bumi berukuran 9.0 skala Ritcher di Lautan Hindi ini telah meragut seramai 230,000 orang mangsa secara keseluruhannya di 14 buah negara termasuk Malaysia. Akan tetapi, Indonesia menerima musibah yang paling teruk diikuti dengan Sri Lanka, India dan Thailand (Pulau Phuket). Tsunami yang juga digelar Tsunami Indonesia ini telah direkodkan sebagai salah satu daripada 10 bencana alam yang memusnahkan. Tsunami yang membawa ombak setinggi 30 meter ini berada di tangga ke-6 selepas Banjir China 1931 (meragut 2.5 juta orang), Taufan Bhola, Bangladesh 1970 (meragut 500,000 orang), Gempa bumi Haiti 2010 (meragut 316,000 orang), Gempa bumi Tangshan, China 1976 (meragut 242,419 orang) dan Gempa bumi Haiyuan, China 1920 (meragut 234,000 orang).
Namun, benarkah Tsunami Meulaboh tercetus daripada bencana alam sepertimana yang sedia kita maklum selama ini?
GEMPA BUMI HASIL UJIAN NUKLEAR?
Setahun selepas tercetusnya Tsunami Meulaboh, sebuah agensi berita daripada akhbar tabloid, Al-Osboa telah mencetuskan kontroversi apabila menyatakan dengan lantang dalam artikelnya dengan mengaitkan bencana alam yang meragut nyawa ratusan ribu orang dengan letupan nuklear yang dicetuskan oleh tentera India, Israel dan Amerika Syarikat.
Penulis artikel tersebut juga menyatakan tentera India diberi kuasa untuk melakukan ujian tersebut di Lautan Hindi miskipun mereka mengetahui plak tektonik di kawasan tersebut sentiasa tidak stabil. Plak tektonik di Lautan Hindi tersebut digelar ‘Jaringan Api Pasifik’ kerana ketidakstabilan pentas tektonik dan bilangan gunung berapi di sekitarnya. Tentera India yang berkerjasama dengan Israel dan Amerika Syarikat juga dilaporkan telah melakukan ujian nuklear di sebuah gurun di Australia.
Letupan kuat akibat ledakan ujian nuklear telah menyebabkan plak-plak tektonik menjadi tidak stabil dan seterusnya mencetuskan gempa bumi yang dianggap antara paling dasyhat dalam sejarah. Impak daripada gempa bumi tersebut, ombak setinggi 30 meter dan berkelajuan lebih 300 km/j.
MENYAINGI PAKISTAN
Umum telah mengetahui bahawa India mempunyai sejarah peperangan dengan Pakistan. Bermula dengan konflik pada tahun 1965 dan seterusnya pada tahun 1971, konflik antara India-Pakistan tidak pernah reda.

Namun pada dekad 90-an, kemajuan nuklear di Pakistan telah mengugat kestabilan serantau di Asia Selatan terutamanya India. Pakistan yang mempunyai beberapa kawasan pengujian kontroversi di Ras Koh dan Gurun Kharan telah berkerjasama dengan beberapa negara kuasa nuklear seperti China dan Korea Utara. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa dakwaan India bahawa Pakistan sememangnya mempunyai ikatan yang kuat dengan China dan Korea Utara.
Antara dakwaan India selepas merujuk kepada agen perisikan dan sekutu mereka, Amerika Syarikat adalah :
Antara dakwaan India selepas merujuk kepada agen perisikan dan sekutu mereka, Amerika Syarikat adalah :
- Pada 1999, Pakistan membeli misil balistik berpeledak nuklear, Nodong daripada Korea Utara. Nodong telah ditukar namanya kepada Ghauri.
- Manakala, Amerika Syarikat juga menimbulkan perasaan bimbang apabila mendakwa terdapat saintis nuklear Pakistan yang bersara telah beralih angin ke Korea Utara untuk menjayakan program nuklear Korea Utara. Ia ditegaskan oleh Pemangku Setiausaha Amerika Syarikat, Richard Armitage pada Jun 2001.
- Pada Oktober 2002, New York Times telah mendakwa Pakistan merupakan sumber utama bagi mesin emparan gas bagi pengayaan nuklear kepada Korea Utara. Sumber ini diyakini diperolehi oleh Kerajaan Amerika Syarikat.
- Bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto telah didakwa oleh kerajaan India dan Amerika Syarikat sebagai antara individu yang berada di belakang tabir untuk menjayakan program nuklear Pakistan-Korea Utara.
- Pada 1993, Pusat penyelidikan ketenteraan Pakistan berada dalam pemerhatian Amerika Syarikat selepas didedahkan dengan dakwaan bahawa Pakistan telah melaksanakan perdagangan nuklear dengan Rusia dan Korea Utara.
MEWUJUDKAN KEBIMBANGAN BERTERUSAN
Pendedahan tersebut jelas menunjukkan India merasa tidak senang dengan kemajuan nuklear Pakistan. Dengan sebab itu, India banyak kali dilihat sebagai rakan akrab kepada Amerika Syarikat dan Israel dalam menjayakan program nuklear mereka di Delhi. Delhi juga dilihat menggunakan pengaruh Amerika Syarikat dalam banyak keadaan bagi memberi tekanan berterusan kepada Islamabad.
Ia dapat dibuktikan dengan beberapa insiden membabitkan hubungan rahsia Islamabad-Beijing. Sehingga dekad 90-an, China adalah pembekal utama light water dan reaktor kuasa nuklear 325 MWe bagi tujuan pengayaan uranium. Namun, menjelang dekad 90-an, China terpaksa memutuskan hubungan tersebut selepas diberi tekanan oleh Amerika Syarikat yang juga merupakan sekutu utama China.

Namun, ia tidak mengugat Islamabad apabila terus membina hubungan akrab dengan Pyongyang.
BUKTI YANG DIKAITKAN DENGAN TSUNAMI MEULABOH
Al-Jazeera iaitu agensi TV swasta di Timur Tengah telah mendakwa beberapa bukti yang dikaitkan dengan Tsunami Meulaboh dengan ujian nuklear di Lautan Hindi. Antara teori yang dinyatakan oleh Al-Jazeera adalah:

- Pengkalan tentara Laut Amerika Syarikat di tengah-tengah Lautan Hindi, Diego Garcia telah diberi amaran tentang kemungkinan berlakunya bencana alam oleh kerajaan Amerika Syarikat namun mereka gagal untuk memberi amaran kepada masyarakat di sekitar Lautan Hindi. Mengapa terjadi sedemikian rupa?
- India dan Amerika Syarikat telah melaksanakan cubaan menggunakan denyutan gelombang elektromagnetik yang mencetuskan gempa bumi berskala kecil dan besar. Sebelum kejadian Tsunami Meulaboh pada 26hb Disember 2004, beberapa gegaran kecil dapat dirasakan di beberapa negara di sekitar Lautan Hindi.
- Perlibatan Israel dalam program nuklear India menimbulkan perasaan syak wasangka kerana ia berkemungkinan besar untuk melumpuhkan populasi umat Islam di sekitar Lautan Hindi. Kebanyakan penduduk yang ditimpa Tsunami Meulaboh adalah umat Islam seperti di Indonesia, Pulau Phuket, Sri Lanka dan India.
BUKAN TEORI BARU
Teori yang dikaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia bukan sesuatu yang baru untuk diperkatakan. Ia sebenarnya bermula sejak lama dahulu dengan pelbagai peristiwa pelik seperti Letupan Tuguska pada 1908 dikaitkan dengan teori ujian senjata misteri oleh kerajaan Rusia yang masa itu dipimpin oleh kerajaan monarki Tsar.
Bergitu juga dengan penampakan ‘komet’ misteri di Norway dan beberapa negara jirannya. ‘Komet’ misteri itu digelar sebagai ‘ghost rocket’ dan didakwa sebagai salah satu ujian roket nuklear oleh Soviet Union semasa kemuncak Perang Dingin pada dekad 60-an dan 70-an.

Teori terbaru adalah berkenaan dengan gempa bumi Haiti pada 2010 yang lalu. Ia dikaitkan dengan ujian senjata oleh Tentera Laut Amerika Syarikat di sekitar wilayah Caribeean bagi tujuan mengimbangi kuasa Republik Islam Iran. Ia didakwa oleh beberapa individu termasuk Presiden Venezuela, Hugo Chavez. Hugo Chavez mendakwa bahawa ujian tersebut mencetuskan gempa bumi yang kuat di Haiti yang telah meragut 100,000 nyawa penduduknya.
Konspirasi mengaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia telah berkisar sekitar teknologi yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat, High Frequency Active Auroral Research Program(HAARP). Teknologi tersebut telah sengaja mencetuskan bencana alam seperti Banjir Kilat, Taufan, Puting Beliung dan Gempa Bumi. Kejadian gempa bumi di China pada 2008 berukuran 7.8 skala ritcher juga dikaitkan dengan aktiviti yang dijalankan oleh HAARP.

Pemimpin Parti Green Georgia juga tidak terkecuali dengan mengaitkan gempa bumi kuat di sekitar wilayah Georgia dengan kerajaan Rusia yang didakwa menggunakan senjata yang sama digunakan oleh HAARP milik Amerika Syarikat.
DISKRIMINASI AGAMA DI INDIA
Di India, dasar diskriminasi terhadap golongan India Muslim masih berlarutan hingga kini, meskipun Republik itu telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1947 lagi. Diskriminasi terhadap minoriti India Muslim di India merebak dari politik hinggalah ke sektor pendidikan. Rata-rata warga India yang beragama Hindu dan lain-lain agama di India memandang minoriti India Muslim di India sebagai pengganas.

Perpepsi tersebut pastinya berpaksikan kepada satu tragedi 'pengeboman stesen kereta api' yang pernah berlaku di India suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, menurut siasatan Interpool, malah akhbar Harian Metro juga pernah melaporkan bahawa tragedi tersebut telah didalangi oleh beberapa orang pemimpin Tamil Nadu. Walau apapun kenyataan yang dibuat oleh bukan-Muslim mengenai minoriti India Muslim di India, "India Muslim tidak didiskriminasikan di India", ironinya, setelah 'bercerai' dengan Pakistan yang kini merupakan musuh tradisi India, minoriti India sering kali dipandang seperti 'gunting dalam lipatan' bagi warga India.
Persoalannya, berdasarkan bukti dan fakta yang ditampilkan, adakah benar Tsunami Meulaboh adalah hasil campur tangan manusia?. Adakah ujian nuklear bersama antara Israel, India dan Amerika satu konspirasi untuk mengurangkan kadar populasi umat Islam disekitar Lautan Hindi?. Wallahualam...

+ ulasan + 11 ulasan
umum mengetahui nuklear mesti ada radiasi.. kalau takde radiasi takde la nuklear... habis la manusia kalau benar seperti yg ditulis.. karut semua ni.. tsunami tu terjadi dengan kuasa allah subha nawatalla kerana manusia bnyak melakukan dosa atas muka bumi...
manusia MERANCANG yg menentukan Allah SWT..
klu smua org mcm en mack, senang saja dunia nie..Smuanyanya ketentuan TUHAN..
jangan risaulah, sentiasa bertukar2 pendapat sebab manusia nie tak sama cara berfikir. terima setiap kritikan dgn hati terbuka. baru profesional.
encik mack: ya btul semua dgn kekuasaan Allah...suda semestinya ada penyebab dan keperluan ingin ditunjukkan oleh Allah kpd kita...supaya kita tidak terus lalai dan hanyut dgn nikmat dunia...konspirasi2 musuh2 Islam pun terlaksana kerana izin Allah...ini menguatkan lg apa yg di khabar kan oleh Rasulullah menerusi hadis2 yg bercerita tentang keadaan akhir zaman...pada zaman kita ini lah byk terjadi perkara2 yg cerita kan oleh Rasulullah dlm hadis2nya..jika kita menggunakan akal fikiran utk memikirkan sedalam2 nya, kita mampu melihat dgn mata hati dan bukannya dgn hanya akal semata2..kita skrg berada dlm 'pasca kiamat'....Wallahualam...
mintak kongsi
Letupan Tunguska bukan disebabkan oleh kerajaan monarki Tsar (Rusia). Tetapi ia disebabkan oleh letupan fragmen2 komet pd ketinggian 5-10km dari permukaan bumi. Dianggarkan tenaga letupan yg dihasilkan sebanyak 10-15 megatons TNT (lebih kurang 1000 kali kekuatan bom atom yg digugurkan di Hiroshima, Jepun). Hasil dari letupan tersebut telah meranapkan lebih kurang 80 juta pokok meliputi kawasan 2,150 km persegi.
Mustahil bagi kerajaan monarki Tsar yg pd masa itu diambang kejatuhan dan kemudian diganti oleh kerajaan Soviet Rusia di bawah pimpinan Stalin Lenigrad, adalah dalang disebalik letupan tersebut. Di bawah Stalin, kemajuan Rusia barulah dapat dikecapi hasil kediktatoran beliau yang menumpukan ketumbukan pertahanan negara.
Kalau kaitan illuminati, zionis dalam untuk mencapaikan cita-citanya adalah tidak mustahil tsunami dan gempa bumi bawah laut adalah ciptaan mereka juga. apatah lagi tsunami d jepun yang menyebabkan reactor nuklear bocor mungkin itu adalah tujuan yang sebenar. wallahualam,
Diego garcia tu merupakan salah satu ground antenna dan monitor station utk system GPS yg kite gunakan skang. kalo ikotkan kdudukan geography nyer, xmsk akal kalo kwsan tu xmusnah mse tsunami 26 disember 2004 tu...mmg ade byk perkara yg meragukan berkenaan tsunami 26 disember ni..
Ape tindakan kita terhadap konspirasi2 sedemikian?Cukupkah sekadar membaca artikel?
Assalamua'laikum saudaraku sekelian..
for anonymous 18 August..
Tindakannye mudah..
gagalkan agenda/muslihat mereka sprt:
1)tanamkan iman dan taqwa didlm dada
2)beramal soleh
3)sentiasa peka dgn isu2 terkini umat Islam khasnya dan dunia amnya.
4)peka dgn taktik/rancangan musuh Islam dlm menjatuhkan umat Islam dan dunia dulu dan kini..
5)hablum minallah dan hablum minannas mesti d eratkan..
Dan yg paling penting Solat b'jemaah setiap waktu krn d situ kekuatan kita sbg umat Islam..
assalamualaikum..
betul tu..itulah spatutnya tindakan kita..klau kita ingat ALLAH SWT..ALLAH SWT akn ingat kita..solat jemaah..kat surau..kat masjid..ad jnji ALLAH SWT..tp skrang masjid kosong..surau kosong..sedih..rumah ALLAH SWT..kt hamba..tp belagak mcm tuan..orang israel kata..kamu xkan dpt rampas masjidil aqsa slagi solat subuh kamu xsama dgn solat jumaat kamu..oleh itu..sahabat2 saudara2 semuslim yg dikasihi..xde cara laen..smua nya dgn kt kembali pada agama..mcm para sahabat..dulu jahil..bla amik agama..dunia bwh tapak kaki mereka..dgn solat sunat gunung terbelah dua..dgn 2 solat sunat..yg mati dpt dihidupkan..dpt jln atas air..minum racun xmati..sbb yakin mereka pada allah swt..yg laen smua mkhluk..langsung xleh bt ape2...jadi kawan2..renungkan lah..mcmane yakin kt terhadap allah swt..mcmane solat kt..renung2kan..dan saya cakap tuk diri sy sndiri..smua kt smua dipelihara ALLAH SWT..AMIN..