Syeikh Imran N Hosein ketika memberikan komentarnya berhubung Harun Yahya, membangkitkan persoalan "Mengapa Harun Yahya perlu berbohong?" yang pasti merujuk kepada beberapa kenyataan yang dimuatkan dalam laman sesawang milik penulis tersohor asal Turki itu. Jika anda pernah membaca buku-buku bertajuk Malapetaka Darwinisma, Evolution Desceit, Kaum-kaum Yang Pupus, penulis itulah yang dimaksudkan.
Sebelum ini saya pernah membaca beberapa buah kajian dari laman sesawang milik Harun Yahya baik HarunYahya.com mahupun AwaitedMahdi.com. Kedua-duanya pernah saya telaan. Namun, saya akui ketika membaca beberapa buah kajian beliau di laman tersebut ada beberapa buah perkataan atau fakta yang bercanggah dengan sumber dari Islam atau lebih tepat lagi hadith sahih Nabi SAW. Tidak cukup dengan itu, ada beberapa buah hadith (kononnya) di dalam beberapa buah artikel tidak mempunyai riwayatnya. Hal inilah yang mendatangkan kerunsingan pada saya. Namun, setelah membaca penjelasan sebenar mengenai Harun Yahya dari sebuah laman sesawang Islam terbesar dari Indonesia EraMuslim.com, saya kini pasti bahawa Harun Yahya tidak lebih hanyalah seorang individu yang mempunyai kepentingan tertentu sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa orang ulama bertaraf dunia termasuk Bilal Philips. Pernahkah anda terfikir, bagaimana atau mengapakah seorang penyiasat konspirasi Yahudi dan Barat seperti Harun Yahya tidak menerima ugutan bunuh dari mana-mana pihak terutama secret society pro-Zionis?
Selanjutnya anda bacalah terjemahan artikel dari kolumnis EraMuslim.com, Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi dibawah ini:
Good news, if you're getting a new ACER computer with Windows 8. Up to RM60000 worth of prizes to be
Sheikh Imran Hossein pernah mengkritik Harun Yahya, fakta itu memang benar adanya. Hal ini terkait dengan penulisan di laman milik Harun Yahya yang didapati mendakwa dirinya sebagai Al Mahdi. Selain Syeikh Imran Hossein, Bilal Philips juga mengecam Harun Yahya dan mendakwa Harun Yahya memiliki agenda tersembunyi. Untuk lebih jelas pembaca boleh menonton video dibawah.
Sebelum ini saya pernah membaca beberapa buah kajian dari laman sesawang milik Harun Yahya baik HarunYahya.com mahupun AwaitedMahdi.com. Kedua-duanya pernah saya telaan. Namun, saya akui ketika membaca beberapa buah kajian beliau di laman tersebut ada beberapa buah perkataan atau fakta yang bercanggah dengan sumber dari Islam atau lebih tepat lagi hadith sahih Nabi SAW. Tidak cukup dengan itu, ada beberapa buah hadith (kononnya) di dalam beberapa buah artikel tidak mempunyai riwayatnya. Hal inilah yang mendatangkan kerunsingan pada saya. Namun, setelah membaca penjelasan sebenar mengenai Harun Yahya dari sebuah laman sesawang Islam terbesar dari Indonesia EraMuslim.com, saya kini pasti bahawa Harun Yahya tidak lebih hanyalah seorang individu yang mempunyai kepentingan tertentu sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa orang ulama bertaraf dunia termasuk Bilal Philips. Pernahkah anda terfikir, bagaimana atau mengapakah seorang penyiasat konspirasi Yahudi dan Barat seperti Harun Yahya tidak menerima ugutan bunuh dari mana-mana pihak terutama secret society pro-Zionis?
Selanjutnya anda bacalah terjemahan artikel dari kolumnis EraMuslim.com, Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi dibawah ini:
Good news, if you're getting a new ACER computer with Windows 8. Up to RM60000 worth of prizes to be
Sheikh Imran Hossein pernah mengkritik Harun Yahya, fakta itu memang benar adanya. Hal ini terkait dengan penulisan di laman milik Harun Yahya yang didapati mendakwa dirinya sebagai Al Mahdi. Selain Syeikh Imran Hossein, Bilal Philips juga mengecam Harun Yahya dan mendakwa Harun Yahya memiliki agenda tersembunyi. Untuk lebih jelas pembaca boleh menonton video dibawah.
Tulisan-tulisan itu sendiri sengaja dipaparkan di lamannya, Awaitedmahdi.com yang memang merupakan subordinasi dari laman utamanya, Harunyahya.com. Jelaslah disini bahawa ianya asli dan bukan sengaja diadakan. Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri ke atas laman tersebut.
Memang ketika diwawancara Al Jazeera, Harun Yahya menafikannya. Harun Yahya mengatakan hanya menulis sebuah buku mengenai Imam Mahdi yang merujuk kepada Hadis Nabi. Dari beberapa hadis itu terlihat beberapa kesan yang akhirnya menggambarkan Al Mahdi dalam rupa dirinya (Harun Yahya). Namun anehnya, ketika saya cross check lebih jauh hadis-hadis yang diambil oleh Harun Yahya, keseluruhannya itu bukanlah hadis, tetapi beberapa kenyataan (dari) Tokoh Agama dan Ulama yang telah diselitkan oleh Harun Yahya, walaupun pada tajuk besarnya disebutkan sebagai hadis. Apakah ini sesuatu yang disengajakan? Atau, ianya satu kekhilafan dari seorang tokoh yang sudah banyak menulis tentang akhir zaman? Wallahua'lam.
Salah satu petikan kontroversi di laman Harun Yahya tersebut adalah sebuah peryataan yang mana beliau telah didapati mendakwa, pada tahun 1956 adalah tahun yang sangat penting di akhir zaman. “The significance of the year 1956 in terms of the end times.” [bukti disini] Tahun 1956 adalah tanda dunia akan menuju sebuah pemerintahan yang adil.
Kita tahu bahawa, tahun 1956 adalah tahun dimana Harun Yahya dilahirkan. Meski dilaman tersebut pernyataan ini dikatakan sebagai sebuah hadis, anehnya tidak ada sebarang riwayat satupun yang tertera. Laman tersebut hanya menulis perkataan Said Nursi dan Adendum Emirdag yang memperkotak-katikkan numerologi ayat al-Qur'an dan mengatakan bahawa tahun 1956 sebagai tahun runtuhnya sistem kemunafikan di seluruh dunia. Apakah benar situasinya seperti itu? Realitinya hingga tahun 2011, jangankan seluruh dunia, Turki sahaja dalam pandangan saya belum mampu terlepas dari kemunafikan.
MAXIS ada pelan-pelan wireless broadband BARU! Serendah RM48 Sebulan
Laman sesawang milik Harun Yahya tersebut juga mengatakan bahwa Al Mahdi sebenarnya lahir di sebuah kota besar yang kelak menjadi Istanbul. Dalam laman tersebut ditulis,
“Hazrat Mahdi (as) will apear from Turkey and will never leave until the end of his struggle”. [bukti disini]“Hazrat Mahdi (as) will spiritually capture Istanbul” [bukti disini]
Sepertimana yang kita ketahui, Harun Yahya sendiri dibesarkan di Turki. Persoalannya di sini, benarkah ada hadis yang mengatakan Al Mahdi muncul di Turki? Sebagai umat Islam, kita hanya mampu menjawab (persoalan berkaitan Al Mahdi) jika merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang bersabda,
“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Makkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)Anehnya awaitedmahdi.com, juga mengatakan bahawa Al Mahdi ketika muncul tidak akan berbahasa Arab. "Hazrat Mahdi (as) will not speak Arabic very well, but he will bear a close moral resemblance to our prphet (saas)". [bukti disini] Padahal Al Mahdi jelas-jelas muncul di Madinah dan dia masih berketurunan Rasulullah SAW. Al Mahdi juga akan menjadi khalifah umat Islam di akhir Zaman. Secara logiknya, bagaimana mungkin seorang Khalifah (berketurunan Arab- dari Madinah ke Makkah) tidak mampu berbahasa Arab? Apakah ini masih merujuk kepada Harun Yahya yang sememangnya tidak mampu berbahasa Arab?
Dalam wawancaranya dengan Al Jazeera, Harun Yahya juga meragukan ketepatan bahawa nama Al Mahdi sebenarnya adalah Ahmad atau Muhammad. [bukti disini] Harun Yahya juga menekankan bahawa nama asli Al Mahdi adalah Adnan. [bukti disini] Kita ketahui bersama Harun Yahya selama ini hanyalah nama penanya. Sedangkan nama asli beliau adalah Adnan Oktar. Inilah yang dikecam oleh Syeikh Imran, beliau mengatakan bahawa Islam tidak menegnal nama pena atau samaran. Hal itu haruslah dihindari setiap sarjana Islam agar apa yang dikatakannya sesuai dengan apa yang ditulis mereka.
Maka marilah kita merujuk kepada Hadis Nabi SAW tentang nama Al Mahdi. Rasulullah SAW, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut: “Namanya sesuai dengan namaku, dan nama ayahnya sesuai dengan nama ayahku.
Dia dari keturunan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, di mana disebutkan dalam riwayat: “Dari ahli baitku.” (HR. Abu Dawud, no. 4282 dan 4283). Dalam riwayat lain: “Dari keluarga terdekatku (‘itrah-ku).” (HR. Abu Dawud, no. 4284). Dalam riwayat lain: “Dariku.” (HR. Abu Dawud no. 4285) dari jalur perkahwinan ‘Ali bin Abu Thalib dan Fathimah binti Rasulullah. Sebagaimana dalam hadits yang lalu dikatakan: “Seseorang dari keluargaku” dan “dari anak keturunan Fathimah.” (HR. Abu Dawud no. 4284)
Oleh sebab itu, Ibnu Katsir rahimahullahu mengatakan: “Dia adalah Muhammad bin Abdillah Al-‘Alawi (keturunan Ali) Al-Fathimi (keturunan Fathimah) Al-Hasani (keturunan Al-Hasan). Allah Subhanahu wa Ta’ala memperbaikinya dalam satu malam yakni memberinya taubat, taufik, memberinya pemahaman serta bimbingan padahal sebelumnya tidak seperti itu.” (An-Nihayah fil Malahim wal Fitan, 1/17, Program Maktabah Syamilah)
Sebelumnya Harun Yahya, dengan segala kelebihannya juga tidak lepas dari kritik. Harun Yahya hingga kini tidak menganggap Syiah keluar dari Islam. Hal ini ditegas olehnya, ketika diwawancara oleh wartawan Al Jazeera di Istanbul pada tanggal 6/08/2007. Harun Yahya mengatakan :
“I love all Muslims in Turkey and worldwide, and I make no distinction on the basis of school or sect. I respect them all. There is no difference between Sunni and Shia. The same applies to the Ihvan-i Muslim. They are also my brothers. I regard them as totally sincere. We all pray in the same direction. We share the same Book. These elements all make us one.” [bukti disini]
Maka tidak hairanlah dalam menjelaskan ciri-ciri Al Mahdi, beliau banyak menukil dari riwayat Imam Jafar As Sadiq yang banyak diselewengkan oleh Syiah. Salah satunya ialah penjelasan bahawa umat Islam nanti akan mendengarkan perkataan Al Mahdi lewat sebuah terjemahan.
“Jaffar Sadik said that people all over the world would be able to listen to Hazrat Mahdi's (as) words instantaneously through simultaneous translations” [bukti disini]
Padahal sudah terang lagi bersuluh, Syiah sudah berbeza akidah dengan agama Islam. Kita tidak boleh menngatakan mereka sebagai salah satu aliran dalam Islam. Allah jelas sekali menjaga akidah dan perkataan Al Mahdi yang selaras dengan akidah Islam. Bukan Al Mahdi yang masih mengganggap orang yang menghina Sahabat Nabi dan menganggap Al Quran itu palsu sebagai sebahagian dari Islam.
Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:
“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dunia dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898).Jadi, kalaulah memang Harun Yahya menafikan dirinya sebagai Al Mahdi, mengapakah penjelasan sesat tentang Al Mahdi masih saja terpampang di lama sesawang miliknya dan belum juga dihapuska meski beberapa ulama seperti Bilal Philips dan Syeikh Imran Hossein sudah mengkritiknya berkali-kali.
Masih banyak sebenarnya data-data keliru yang dijadikan indikasi atau penjelasan Al Mahdi dalam laman sesawang tersebut. Seperti pernyataannya yang mengatakan Al Mahdi berasal dari Kaukasus. "Hazrat Mahdi (as) will come from the Caucasus". [bukti disini] Kita ketahui bersama Harun Yahya atau Adnan Oktar adalah seorang keturunan sayyid atau habib yang bermigrasi ke Kaukasus selama pencerobohan Hulagu. Asal-usul Beslen Arslan Kasayev, datuk Omer Bey, datuk Mr. Oktar, kembali ke dinasti Nogay. Keluarga ini juga dikenali sebagai Arslanogullari (anak-anak Arslan) dan merupakan salah satu dari dua puluh satu (21) buah keluarga sayyid yang namanya muncul dalam dokumen yang disiapkan untuk gabenor Kaukasus pada tahun 1827. [bukti disini]
Terakhir dari saya, lihatlah sebuah video bertajuk Harun Yahya and his Israel Connection.
Semoga Harun Yahya benar-benar sedar atas kekeliruan yang sengaja ditimbulkannya ini. Memang benar, sesungguhnya fitnah akhir zaman itu benar-benar dahsyat. Wallahualam bissawab .
Terakhir dari saya, lihatlah sebuah video bertajuk Harun Yahya and his Israel Connection.
Semoga Harun Yahya benar-benar sedar atas kekeliruan yang sengaja ditimbulkannya ini. Memang benar, sesungguhnya fitnah akhir zaman itu benar-benar dahsyat. Wallahualam bissawab .
+ ulasan + 28 ulasan
harun yahya...kenapa kau lakukan ini semua...???arghhhhh!!!!tidakkkkk!!!!nampaknya,kita betul2 berada diakhir zaman...semuanya dicipta dari fitnah2 utk mmbentuk kebenaran pd kulitnya saja!!!jadi,kita pn percayaaaa~so,pasni bhati2 laaa~
la aku ingat harun yahya ni ulamak, tapi bila tengok gambar dia pakai kot dengan tie.....kena pikir banyak kali. x sesuai langsung utk jadi pejuang agama tersohor sedangkan sunnah berpakaian (etika berpakaian) menurut Islam pun x leh nak ikut... camno tu.
mamat nie x bole ikut sangat... org turki ni dah terpengaruh dengan kamal attartuk...fikiran lebih kurang sama jer...islam moden konon.
satu lagi watak hero anarkismuncul didunia ini...Hraun Yahya apa yg kau buat ini?..Btulkh kamu tlh myimpang dari jalan benar?...
Satu lagi hero anarkis telah muncul di dunia ini.... Astghfirullah apa yang Harun Yahya buat ni... Adkh benar dia tersimpang dari jlan Allah?
aku pun perasan isu ni tapi belum bersedia nak dedahkan kerana harun yahya antara nama besar dlm dunia teori konspirasi nie ramai blogger2 menjadikan artikelnya sebagai rujukan bahkan anda juga klu x silap saya ada menyediakan link ke blog harun yahya dan e-book harun yahya.
ramai yg telah mengaku dirinya imam mahdi tapi tidak mendapat sambutan yg global.Harun yahya mendapat sokongan yg global bayangkan apa yg akan berlaku jika dia "diisytiharkan" sebagai imam mahdi?
akan berlaku huru-hara di akhir zaman seorang akan muncul sbgi penyelamat manakala seorang lagi akan muncul sbgi penyelamat palsu anda tentu tahu siapa yg saya maksudkan?
pendedahan yg dibuat oleh harun yahya amat menakjubkan bukan sahaja mempersonakan org biasa malah dia berjaya mempersonakan ulama,pendeta,ilmuwan mencakupi semua agama apabila memikirkan kembali timbul persoalan bagaimana dia boleh mengetahuinya?
siapa sebenarnya HARUN YAHYA!!!
saya sedang meneliti gambaran harun yahya berkenaan bagaimana kemunculan imam mahdi dan kemunculan nabi isa.Apakah versi yg cuba dibayangkan harun yahya ada kaitan atau sebenarnya merupakan jawapan kepada persoalan bagaimana kemunculan dajjal.
berhati-hati dgn HARUN YAHYA!!!
rupanya pun mirip lakaran 12 imam syiah hmmm.. kebetulan?
Dr No problem:
a) Anda boleh lihat jawapan saya yg lepas di wall FB Aku-Macjay Blogspot.Sy mengaku, sebelum ini saya ada terbaca mengenai kajian Harun Yahya berkaitan Imam Mahdi, tetapi tidak habis, kerana hujahnya panjang dan terlalu banyak (hingga diwujudkan sebuah laman khas awaitedmahdi.com)
Dan ketika menelaah kajian beliau, ada bbrp perkara yg sy musykil --> salah satu artikel dr awaitedmahdi, "Ciri-ciri Pengikut Al-Mahdi" (Free Our Mind ada versi melayu). Dalam artikel ni, hadithnya tdk disebut para perawi. Dan, hujah Harun Yahya berkaitan hadith (kononnya)ini dipersoalkan oleh para pembaca di ruang komen FOM.
b) Rasanya hujah beliau yg lain (BUKAN TENTANG IMAM MAHDI) masih boleh diterima. Cth : Penipuan Zaman Batu, Kaum2 Yg Pupus dll...tp mcm yg sy terangkan di ruang komen FB, hati-hati dgn hujah beliau...
c) Lain2 keraguan thdp kenyataan Harun Yahya seperti yg anda boleh lihat dgn klik "bukti disini" pd artikel di atas.
Salam.
Terima kasih kerana Tuan membongkar perkara ini.Saya betul-betul terperanjat,macam tak percaya macamnikah kesudahan kehidupan manusia yang dah terlalu banyak bergelumang dengan maklumat & buku?
Selama ni saya terlalu menyanjung beliau sampaikan banyak dah buku beliau saya review dalam blog bookukita saya.Nampaknya saya kena mula berhati-hati dengan beliau.
Allah lebih mengetahui...
Allahu alam. fitnah akhir zaman terlalu dasyat. minta maaf, kini saya masih belum menerima bulat2 tentang kenyataan yang dibuat. apa yang pasti, jangan mudah menerima sesuatu secara taqlid. mengkaji itu penting. kajian dengan panduan itulah yang utama. mohon kita sma2 rujuk kepada yang lebih arif dalam hal ini. Wallahualam
yup.. xde bukti yg kukuh nak sabit kn harun yahya.. mgkin musuh kita yg nak kita benci ngn tokoh besar ni.. kalo cerdik, tlg la jgn mudah2 percaya sesuatu benda..
anonymous 3 feb : bkn mudah pecaya sesuatu benda...tp pembongkaran diatas ni dah detail dan ilmiah utk dipertimbangkan..
a) pengakuan bhw nama al-Mahdi ialah Adnan
b) al-Mahdi berasal bandar besar dr Turki
c) dari Lembah Kaukasus (kwsn p'hijrahan Yajuj Majuj/Khazar)
Smuanya tbukti BERCANGGAH dgn hadith sahih ttg Imam Mahdi yg diriwayatkan dr Imam Bukhari, Muslim dll...
1 lg, Syeikh Imran N Hosein & Bilal Philips tu phk Barat yg nk jatuh kn Harun Yahya ke?? Stahu aku Syeikh Imran N Hosein lg besar, gah namenya dr Harun yahya..
salam...
sbb itulah kita kena slalu mohon doa dari allah swt..supaya tnjukkan kita jalan yg benar..kn sntiasa mrendah diri...bnyak mngis..pohon dr allah swt..pesan nabi saw...jgn tgalkan al-quran dan sunnah bginda saw..hanya dgn cara hidup nabi saw bg kt smua kjayaan dunia akhirat..hari ni agama nmpak mcm remeh temeh sbb kt main2 dlm agama..sdangkan ini bukanlah perkara main2...ad satu kisah..sahabat tnye pada saidina ali r.a..bilakah terjadinya kiamat...saidina ali kata yg lbh kurang mksudnya..jgn kamu kira bilakah kiamat itu terjadi...tp sudah bersedia kah kamu tuk mnghadap allah swt..ksmpulannya..dsmping kt mngkaji..slalulah bt hubungan dgn allah swt..tingkatkan iman..iman...iman..hari ini iman kt sngat rosak..kt percaya pada agama...tp kt xyakin dgn agama..kt kata hujan yg bg demam..ubat yg bg smbuh..sdangkan smua bnda tu dtangnya dr allah swt..sahabat xde makanan terus solat then baru cari asbab...kt cr asbab dulu dah xdapat barulah nak doa pada allah swt..dan sy ckp tuk diri sy sndiri..maaf kalau tersalah fakta... until next time ...assalamualaikum...
Merujuk pada catatan Anonymous pada
3 February 2012 14:49
Besar benarkah nama dan ilmu Adnan Oktar atau Harun Yahya dibandingkan dengan Bilal Philips dan Syeikh Imran N Hosein ?. Berguru dimana Adnan Oktar? Berguru dimana Bilal Philips dan Syeikh Imran N Hosein? Saya akui bahawa saya sedkikit kagum dengan buku-buku tulisan Harun Yahya dan ada beberapa buku beliau saya baca dan miliki, alhamdulilah saya hanya menganggap dan melabelkan beliau sebagai penulis sahaja TIDAK pernah untuk menganggap beliau sebagai pengkaji dan mengaji sebenar kitab-kitab islam. Setakat ini tidak pula saya jumpa biography beliau yang menyatakan beliau mengaji/belajar di madinah atau mekah atau institusi berteraskan pengajian islam. Kalau lah ada sila lah kemukakan, saya hendak juga membaca dan mengetahuinya.
Semoga, ini semua menjadi peringatan kepada kita semua terutama diri saya sendiri.
Dunia ini memang panggung sandiwara.
bermuka domba, tapi byk yg berhati serigala..
Naudzubillah Mindzalik.............
Dunia ini memang panggung sandiwara.
bermuka domba, tapi byk yg berhati serigala..
Naudzubillah Mindzalik.............
Alhamdulillah, sume penipuan dah terbongkar. Sebelum ni, memang aku terpedaya dengan dakyah-dakyah 'Harun Perdaya' ni & banyak yang aku kongsikan dengan rakan-rakan. Nampaknya kena perbetulkan balik, supaya tak ada yang tersesat. Terima kasih pejuang2 Allah..Semoga Allah membalas budi anda semua
Tak boleh percaya 100% dgn berita ini....mungkin ade konspirasi disebalik semua ini...ye lah..harun yahya kan byk menceritakan muslihat org kafir...mungkin ini salah satu cara utk menjatuhkan die.....tp...menerusi penulisan harun yahya lah yg membawa saya dekat dgn Al-Quran sehingga hari ini...that's the
truth
allahu 'alam...
siasat dan teliti dulu, manusia ini (harun yahya), mengenalkan saya pada Allah...
ingat tak peristiwa Aisyah isteri Rasulullah difitnah...
tengok balik, ayat Quran...berkenaan peristiwa itu...
mungkin ada ilmu yang belum kita fahami, diam dahulu, walaupun hati membantah, diam dahulu, dan belajar dan kaji lagi...
allahu a'lam
Telah beredar berita di internet sejak bbrapa tahun lalu bhw Harun Yahya mengklaim diri sebagai Imam Mahdi, benarkah? Ini tanggapan Harun Yahya langsung sebagaimana dimuat di situs resminya www.harunyahya.com pada kolom FAQ (Frequently Asked Question):
http://www.harunyahya.com/bilgi/faq
Berikut terjemahannya:
PERTANYAAN: Ciri-ciri Mahdi sangat cocok dengan Anda, Anda tampaknya mengisyaratkan pada diri sendiri, tidakkah hal itu bertentangan dengan agama?
JAWABAN HARUN YAHYA: Orang boleh curiga atau menduga dengan penuh harap bahwa saya adalah Mahdi tersebut berdasarkan ciri-ciri jasmani saya. Ketika kita melihat gambaran fisik Imam Mahdi (as) dalam hadits memang ada kemiripan yang sangat dekat. Wajah saya dan ciri-ciri tubuh saya mirip, memang benar, sangat mirip dengan gambaran tersebut. Saya seorang yang jujur, dan saya mengatakan saya memiliki kemiripan dekat. Tapi bukan berarti saya harus menyatakan diri sebagai Mahdi. Menurut Al-Qur'an, seorang Muslim tidak bisa mengatakan dia adalah Mahdi. Adalah haram membuat klaim seperti itu karena seseorang mungkin masuk surga atau neraka. Jika seseorang mengatakan dia adalah Mahdi, [berarti] dia mengaku ditakdirkan masuk surga. Wahyu diperlukan bagi seseorang untuk mengklaim sebagai Mahdi. Dan karena, menurut Al-Qur'an, tidak ada kitab suci baru atau nabi baru dengan sebuah kitab suci yang akan muncul, adalah mustahil bagi saya untuk membuat klaim seperti itu.
Klaim semacam itu berarti orang yang membuat klaim [sebagai Mahdi] tersebut itu telah keluar dari agama dan bukan lagi seorang Muslim. Tapi tentu saja, semua umat Islam berharap menjadi seorang Mahdi. Menjadi Mahdi adalah berkah yang besar. Seorang Muslim akan ingin menjadi seorang waliyullah dan masuk surga. Tapi dia tidak bisa mengklaim dirinya sebagai Mahdi.
Saya bukanlah Imam Mahdi dan tidak mengklaim sebagai seorang Mahdi. Saya tidak akan pernah membuat klaim seperti itu. Saya telah bersumpah dengan nama Allah tidak pernah membuat klaim seperti itu selama saya hidup. Tapi saya secara terbuka menyatakan bahwa Imam Mahdi (as) telah muncul. Pernyataan Badiuzzaman Said Nursi mengenai masalah ini, hadits-hadits Nabi (SAW) kita dan petunjuk dalam Alquran semua membuatnya sangat jelas bahwa Imam Mahdi telah datang.
VERSI BAHASA INGGRISNYA:
QUESTION: The attributes of the Mahdi match you very closely, you seem to be hinting at yourself, is that not incompatible with the faith?
HARUN YAHYA'S ANSWER: People may hold suspicions or wishful assumptions that I am the Mahdi stemming from my physical features. When we look at the physical descriptions of Hazrat Mahdi (pbuh) in the hadiths there is indeed a very close resemblance. My face and the features of my body do, it is true, closely resemble the descriptions. I am an honest man, and I say I bear a close resemblance. But thatdoes not mean I have to be claiming to be the Mahdi. According to the Qur’an, a Muslim cannot say he is the Mahdi. It is unlawful to make such a claim because a person may go to paradise or to hell. If a person says he is the Mahdi, he is claiming to be destined for paradise. Revelation is needed for someone to claim to be the Mahdi. And since, according to the Qur’an, no new book or prophet with a book will appear, it is impossible for me to make such a claim. Such a claim means the person making it has abandoned the faith and cannot be a Muslim. But of
course, all Muslims would wish to be a Mahdi. Being a Mahdi is a great blessing. A Muslim will want to be a saint and to go to paradise. But he cannot claim to be the Mahdi.
I am not the Mahdi and make no claim to be a Mahdi. I will never make such a claim. I have sworn in the name of Allah never to make such a claim so long as I live. But I explicitly state that Hazrat Mahdi (pbuh) has appeared. Bediüzzaman Said Nursi’s statements on the subject, the hadiths of our Prophet (saas) and the indications in the Qur’an all make it crystal clear the Mahdi has come
MORE ON: http://www.harunyahya.com/bilgi/faq
selain harun yahya mengaku sebagai imam mahdi ada lagi imam al hasan (syiah)mengaku sebagai utusan dari imam mahdi. silahkan lihat laman i ni http://www.youtube.com/user/anssaralmahdi
kalau saya disuruh memilih siapa yang lebih pantas menjadi imam mahdi? pilihan saya jatuh pada harun yahya.
wallohu a'lam
Imam mahdi dibaiah di mekah...sapa yg mengakui dirinya imam mahdi tu bukan imam mahdi...sbb imam sendiri pun xtau dia adalah imam mahdi...dia akan dibaiah oleh para wali Allah yg terpilih...sebelum imam muncul umat islam akan dipimpin oleh al mansur @ pemuda bani tami @ pemuda ibnu salleh...seorang yg muda pada wajahnya bukan pada usia nya...pemuda bani tamim ni diasuh oleh batin imam n rasulullah...imam mahdi mmg telah lahir tp dimana dia berada itu rahsia Allah...hanya jauhari mengenal manikam...
Fitnah dajjal...hati-hati
maha suci bagi-MU ya ALLAH
kami hanya lah insan yang fana..
karna kefanaan ini lah kami tersungkur bersimpuh pada-MU memohon ampunan,,
ampuni lah kami jika kami masih dijalan yang tidak benar, jangan biarkan kami termasuk golongan-golongan yang mendzolimi diri kami sendiri..tuntutlah kami,,,dan tuntunlah kami..
harap dan cemas kami hanya lah pada-mu..
BENERKAH HARUN YAHYA ITU IMAM MAHDI..?? Jawabannya : "Jauh panggang dari api". Jika Harun Yahya itu sebener2 Imam Mahdi sudah pasti beliau telah sekian lama mati dibunuh. Begitu juga Sang Abuaya yg mengaku Sang Pemuda itu juga hanya syok sendiri. Sebab killer squads dari MOSSAD dan CIA sentiasa mencari, memburu dan akan membunuh Imam Mahdi. Ketahuilah Imam Mahdi itulah satu2nya "Pemusnah" cita2 Dajjal utk mengusai dunia...
Perlu direnungi Sabda Nabi SAW : "Islam bakal bangkit semula dari Timur". Dan Sabdanya lagi : "Tuntutlah ilmu walo sampei keNegeri China". Islam tidak akan bangkit semula dari Timur Tengah, ato Parsi, apa lagi dari Turki amat jauh sekali. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Dibilang orang jauh baeknya dinegeri sendiri. Karena Timur Nusantara dan China bumi yg penuh Misteri, dimana Sang Zulqarnaen pernah menerajui... Wallahu'alam....
selalunya pihak LUAR - bukan islam, cina, yahudi, barat di tuduh kerana menjahanamkan islam...
walhal, ISLAM sendiri yang menjahanamkan ISLAM....
memang ISLAM itu sesat.... x perlu pihak luar untuk menyesatkan ISLAM...ISLAM itu sendiri memang SESAT!!!
Assalamualaikum
Terima kasih di atas info berguna ini. Tetapi sebagai muslim, saya berpandangan kaedah terbaik kita menyerapnya adalah seperti berikut:
1. Membuat penelitian yang lebih lanjut. memang benar bukti penyelewengan Harun Yahya sudah dibentangkan di sini, tetapi kita tidak boleh menganggap ini satu-satunya sumber untuk menyatakan beliau sesat. Seorang muslim haruslah membuat penelitian dengan rapi sebelum mempercayai sesuatu berita. Ini sesuai dengan firman Allah SWT dlm surah al-Hujuraat 49:6
2. Tidak mengetepikan karya dan penemuan Harun Yahya yang terdahulu. Meskipun dia benar sudah tersesat sekalipun, adalah tidak harus kita menafikan jasanya kepada dunia pemikiran Islam. Tidak dinafikan, banyak sekali orang yang memeluk Islam setelah membaca karyanya (dengan izin Allah SWT), yang mana kebanyakan karyanya itu sentiasa saja membuktikan kebenaran dalam al-Qur'an.
Jika disebabkan penyelewengan ini maka kita memusuhi Harun Yahya, maka itu adalah satu bentuk kerugian kepada dunia Islam sendiri, dan satu bentuk kemenangan kepada pihak yang sememangnya mahu melihat Islam itu berpecah belah sesama sendiri.
Saya menyatakan kita mesti mengambil sikap begini bukan kerana dia itu Harun Yahya. Tetapi saya yakin inilah sikap yang perlu kita amalkan apabila sesiapa sahaja saudara Muslim kita yang mempunyai masalah seperti ini.
Allah Lebih Mengetahui
Tengok wawancara dia selalu dgn perempuan2 sangat2 sexy dan seksa...mungkin bkn kehendak dia..tapi dia mampu menolak..rasa cam something wrong somewhere je ngan harun yahya
.
ANTARA IMAM MAHDI ASLI DGN IMAM MAHDI PALSU SUKAR KENALI...
Siapa sebenarnya Imam Mahdi Sejati hanya satu ngak bisa diketahui.
Siapa mereka itu Imam Mahdi Palsu melambak bertaburan sana sini.
Ramei Mahdi Palsu perasan masuk bakul angkat sendiri syok sendiri.
Sedangkan nasabnya bukan Ahlulbait Nabi ngak mahu dulu cermin diri...
Sabda Nabi jika usia bumi ini sebelum kiamat hanya tinggal sehari lagi,
Nescaya Allah akan bangkitkan keturunan Ahlulbait dari Sulbinya Nabi,
Yg akan penuhi bumi ini dgn keadilan kemakmuran yg penuh rahmati,
Sebelumnya bumi dipenuhi dgn kesesatan kezaliman yg tidak terperi...
Yg dimaksodkan Ahlubait dari Sulbi Nabi itu satu2 Imam Mahdi Sejati.
Kemunculannya kalo sudah bertepatan dgn janji rencana AllahuRabbi.
Imam Mahdi Sejati kemunculannya hanya diMekah dimana2 Musim Haji.
Tatakala itu jutaan Jemaah Haji sebagei saksi pembaiahan Imam Mahdi...
Sebelum dinobati apakah bukti Badan-Diri nya itu Imam Mahdi Sejati?
Didahului kedatangan pasukan Pemuda Bani Tamim pimpinan AlMahdi.
Mereka Wali Timur puak yg sedikit perintis jalan kebangkitan AlMahdi.
Tunggukan saja berita Super Miracle ramei yg kojol mati ditelan bumi....
.