Pages

Pages

2014-10-08

Lokasi Atlantis dikenalpasti? [Video]

Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) percaya, mereka mungkin telah mengenal pasti lokasi bandar purba Atlantis yang hilang beribu-ribu tahun dahulu selepas ia dilanda tsunami, menyebabkannya tertimbus dalam lumpur di selatan Sepanyol.

Penemuan itu didedahkan dalam rancangan khas di siaran National Geographic, Finding Atlantis hari ini.

"Inilah kuasa yang dibawa tsunami. Sukar untuk memahami ia boleh menenggelamkan bandar sehingga 96 kilometer ke daratan dan itulah yang banyak kami bincangkan," kata Richard Freund dari Universiti Hartford, Connecticut yang mengetuai kumpulan pencarian antarabangsa itu.

Bagi menyelesaikan misteri berkurun lamanya itu, pasukan berkenaan menggunakan gambar satelit untuk mengesan bandar yang tenggelam bagi mengenal pasti tapak Atlantis di selatan Sepanyol.

Menurut Freund, bandar yang tertanam di kawasan paya yang luas terbentang di Dona Ana Park itu menunjukkan ciri-ciri bandar purba yang dikenali sebagai Atlantis.

Pasukan arkeologi dan geologi itu pada 2009 dan 2010 menggunakan kombinasi radar untuk mengesan sesuatu benda jauh di dalam tanah, pemetaan digital dan teknologi di dalam air untuk meninjau tapak tersebut.

Penemuan beberapa siri 'bandar memorial' yang dibina di Atlantis dan digambarkan oleh pelarian kota purba itu selepas bandar tersebut dimusnahkan oleh tsunami menambahkan lagi bukti dan keyakinan kumpulan penyelidik itu.

Penduduk Atlantis yang tidak terkorban selepas bencana tsunami melanda telah melarikan diri ke kawasan darat dan membina bandar baru di sana.

Walaupun sukar untuk mengetahui dengan pasti tapak kota purba itu, Freund memberitahu, penemuan memorial bandar itu membuatkannya yakin Atlantis tertimbus dengan lumpur di selatan negara Sepanyol.


No comments:

Post a Comment

Pihak MacJay.Net tidak akan bertanggungjawap terhadap segala pendapat yang dinyatakan oleh sidang pembaca. - Admin