Misteri berkisarkan patung Sphinx kerap diutarakan oleh ramai pengkaji
dan pengemar tamadun Mesir Purba. Patung unik yang berfizikal wajah
manusia dan berbadan singa itu memiliki ketinggian 20.22 meter, 73.5
meter panjang dan 19.3 meter lebar. Dengan rekod begitu, ia dianggap
sebagai antara patung yang terbesar di dunia dan patung paling besar
yang dibuat daripada batu oleh manusia. Miskipun demikian, misteri
berkenaan dengan patung Sphinx masih menjadi perdebatan terutama
berkaitan dengan perkara asas tentangnya seperti tarikh dan siapakah
yang bertanggungjawab membinanya.
Gelaran dan Nama
Orang Mesir dan Arab menggelarkan Patung Sphinx sebagai Abu al-Hul
yang membawa maksud Bapa Ketakutan. Ia digelar sedemikian rupa oleh
kerana wajah patung dan badannya yang pelik serta saiznya yang
menggerunkan.
Seorang penulis Arab zaman pertengahan, al-Maqrizi menggelarnya sebagai Balhib.
Al-Maqrizi yang aktif menulis berkaitan Mesir purba mungkin menggunakan
istilah tersebut kerana dipengaruhi oleh bahasa Coptik yang mana
menjadi bahasa dominan semasa awal perkembangan Islam di Mesir.
Pliny the Elder(23AD-79AD) dalam bukunya Naturalis Historia
menulis berkenaan patung Sphinx sebagai simbol ketuhanan masyarakat
Mesir, sehinggakan masyarakat Mesir perlu menghormatinya dengan tidak
berbuat bising apabila berhampiran dengannya. Menurut Pliny the Elder
lagi, Hermes(ada pendapat mengganggapnya Nabi Idris as) dikebumikan di
dalamnya.
Pliny the Elder
Sebenarnya tiada nama rasmi kepada Patung Sphinx kerana masyarakat Mesir Purba hanya diketahui menggelarnya sebagai Horemakhet. Istilah Horemakhet yang membawa maksud Horus of Horizon muncul semasa Dinasti New Kingdom sedangkan ahli arkeologi dan Egyptologi bersependapat bahawa ia dibina semasa Dinasti Old Kingdom oleh Khafre.
Miskipun demikian, beratus-ratus makam
dan inkripsi di Giza yang kebanyakannya bertarikh 4500 tahun yang
lampau, tiada satu yang menceritakan perihal Patung Sphinx ini. Seorang
Egyptologis daripada Brown University berkata,
“The Egyptians didn’t write history,
so we have no solid evidence for what its builders thought the Sphinx
was certainly something divine.
Tarikh Pembinaan Patung Sphinx
Sebagaimana dengan namanya, tiada tarikh
yang tepat berkenaan bilakah patung Sphinx dibina dan disiapkan. Namun,
pendapat yang digunakan pada masa kini mengatakan ia dibina oleh
Khafre(2520 SM–2492 SM). Miskipun begitu, seorang berbangsa Inggeris
yang juga seorang Egyptologis terkenal, E. A. Wallis Budge menulis
dalam bukunya The Gods of the Egyptians, beliau menulis,
“Objek yang menakjubkan (Great
Sphinx) ini telah wujud di zaman Khafre (atau Khephren), dan ia besar
kemungkinan adalah lebih tua daripada pemerintahannya yang bermula
daripada akhir tempoh kuno(sekitar 2686 SM)”
Pendapat Budge ini seakan-akan cuba
mempertikaikan tarikh sebenar yang telah disepakati oleh ahli arkeologi.
Zaman kuno adalah tempoh masa pemerintahan dinasti purba Mesir yang
mana beberapa pemerintah Mesir terkenal seperti Khafre dan Khufu
mendominasi Lembah Sungai Nil. Zaman Dinasti Kuno atau Old Kingdom Age dipercayai bermula 2686 SM dan berakhir pada 2181 SM.
Sebelum Zaman Dinasti Kuno, Zaman Dinasti Awal atau Early Dinasty Period telah
pun bertapak. Tarikh bermulanya dinasti ini adalah 3100 SM dan berakhir
pada 2686 SM. Pemerintahan Zaman Dinasti Awal pada awalnya berpusat di
Abydos sebelum berpindah ke Memphis.
Pada zaman ini, tulisan Hiroglif baru
sahaja dicipta namun ramai tidak pasti bagaimanakah ia dipertuturkan.
Begitu juga dengan seni ukiran dan senibina. Binaan yang dikenali Mastaba
menjadi perintis kepada pembinaan piramid kemudian hari. Ia berkembang
seiring dengan kemajuan tamadun tersebut. Apa yang pasti, Zaman Dinasti
Awal ini memiliki teknologi diluar jangkaan ramai orang.

Binaan Mastaba yang berusia 2000 hingga 3000 tahun sebelum masihi
Binaan Zaman Nabi Nuh as?
Pendapat ini miskipun sukar untuk
diterima namun ada juga benarnya. Seorang penulis buku berunsur
konspirasi dan misteri, Robert Washeth dalam bukunya Snake Space
mengemukakan teori bahawa patung Sphinx bersama-sama piramid telah
dibina jauh lebih lama daripada Khufre bahkan lebih lama lagi daripada
Zaman Dinasti Awal(3100SM-2686).
Washeth mengandaikan bahawa proses
luluhawa dan hakisan yang teruk tidak mungkin berasal daripada proses
semulajadi. Perbandingan paling mudah adalah dengan piramid Agung Giza
yang terletak tidak jauh daripada patung Sphinx. Ia langsung tidak
mengalami proses hakisan yang teruk sebagaimana patung Sphinx. Begitu
juga dengan lain-lain monumen yang seusia dengan patung Sphinx.
Lebih jauh daripada itu, Washeth percaya
bahawa Patung Sphinx telah dibina lebih 11,000 tahun yang lampau iaitu
semasa zaman Nabi Nuh as. Proses hakisan yang teruk di beberapa bahagian
patung Sphinx adalah disebabkan oleh kejadian banjir besar yang berlaku
semasa zaman Nabi Nuh as.
Pendapat ini disokong oleh seorang
profesor daripada University of Boston, Dr. Robert M. Schoch yang
menyatakan bahawa patung Sphinx berasal daripada tamadun Antedeluvian iaitu tamadun sebelum kejadian Banjir Besar Nabi Nuh.
Dr. Robert Schoch
Dr. Schoch mengemukakan bukti yang cukup
kukuh untuk mengesahkan teori beliau. Dr. Schoch dalam penyelidikan dan
kajiannya menyatakan terdapat kesan hakisan yang berpunca daripada air
yang cukup besar di hampir keseluruhan patung tersebut.
Dr. Schoch mempertikaikan bagaimana air
boleh ‘berada’ di bumi gersang di pinggir Padang Pasir Sahara kerana
hasil rekod menyatakan air boleh didapati dengan kadar yang banyak di
sini paling kurang 5,000 tahun yang lampau.
Persoalannya, bagaimana hakisan air boleh
berlaku pada patung Sphinx itu. Melalui kajian tersebut, Dr. Schoch
mempertikaikan segala fakta yang menyatakan patung Sphinx dibina oleh
Khufre pada Zaman Dinasti Kuno. Dr. Schoch tidak menolak bahawa hakisan
air pada patung Sphinx adalah disebabkan curahan hujan tidak henti-henti
dan hasil rendaman yang begitu lama semasa kejadian Banjir Besar Nabi
Nuh as.!
Menurut Dr. Schoch, hakisan disebabkan air menyebabkan kesan hakisan secara menegak.
Perbandingan antara hakisan disebabkan air dan angin.
Paling teruk hakisan yang berlaku di Mesir adalah disebabkan oleh angin
dan bukannya air. Namun, patung Sphinx menunjukkan ia mengalami nasib
yang sebaliknya.
Patung Sphinx menyerupai Singa atau Serigala?
Bilamana bercakap mengenai patung Sphinx,
ramai mengandaikan ia menyerupai seekor singa dan berwajah manusia.
Namun penulis berbangsa Amerika Syarikat, Robert Temple menentang idea
tersebut dan mengatakan ia lebih menyerupai seekor serigala berbanding
singa. Dalam bukunya, The Sphinx Mystery: The Forgotten Origins of the Sanctuary of Anubis
yang diterbitkan pada awal 2009 menyifatkan arkitek patung gergasi
Sphinx membinanya dengan bentuk Anubis(serigala) berbanding dengan
singa.
Ramai yang tahu bahawa Anubis adalah
tuhan masyarakat Mesri Purba yang menjaga makam-makam diraja dan
kerabatnya. Teori yang dikemukakan oleh Robert Temple ada benarnya
memandangkan patung gergasi Sphinx terletak berhampiran dengan piramid
yang menjadi tempat bersemadi para Firaun.
Kehilangan Hidung Sphinx
Patung Sphinx terkenal bukan sahaja
kerana sejarahnya, tetapi juga rupa fizikalnya. Patung Sphinx memiliki
wajah manusia tetapi ‘tiada’ hidung. Tiada seorang pun ahli arkeologi
mampu memberi jawapan konkrit tentang misteri ketiadaan hidung pada
patung Sphinx ini.
Namun, beberapa teori boleh diperkirakan
sebagai logik dan boleh diterima akal. Teori pertama menyatakan hidung
patung Sphinx ‘cacat’ setelah batalion yang dikepalai oleh Napoleon
Bonaparte membedil patung Sphinx sehingga musnahnya hidung patung
tersebut. Ini berlaku semasa misi penaklukan Bonaparte di Mesir pada
tahun 1798 sehingga 1801.
Fakta sebenar siapakah yang bertanggungjawab mencacatkan hidung patung Sphinx masih lagi menjadi perdebatan
Namun, teori itu segera dibangkang oleh
pakar-pakar sejarah kerana terdapat hasil karya pelukis Frederick Lewis
Norden yang berusia 50 tahun sebelum penaklukan Napoleon Bonaparte
menggambarkan patung Sphinx sudah tidak mempunyai hidung.
Teori kedua mendakwa hidung patung Sphinx
telah dimusnahkan oleh seorang sufi yang alim pada abad ke-14 kerana
dibimbangi menjadikan patung tersebut sebagai alat sembahan.
Lain-lain dakwaan menyatakan bahawa ia
adalah hasil daripada tembakan meriam tentera Mamluk yang menggunakan
hidung sebagai ‘target’ dan hasil khianat tentera British semasa Mesir
berada di bawah jajahan takluknya.
Hebat betul ciptaan dan teknolgi mereka ketika itu
ReplyDeletePeraturan Pelik Untuk Kurangkan Kesesakan di Jakarta
Patong Spinax direkabentuk berkepalakan manusia, sedangkan badannya seekor singa. A lion is symbol for constellation Leo. Leo is symbol for pride, ego and majesty. Ada pihak mengatakan Spinax dibina dizaman "Age Of Leo". The opposite of Leo is Aquarius. Now we are at the dawing "Age Of Aquarius"....
ReplyDelete