Seringkali ketika kita berbicara mengenai lelaki misteri dari Surah Al-Kahfi yakni Zulkarnain {1}, hal-hal berkaitan Yajuj Majuj akan turut dibangkitkan. Sememangnya ia tidak boleh dipisahkan kerana di antara kedua-dua perkara ini saling berkaitan. Namun, sedar atau tidak kita telah melupakan lalu terus mengabaikan satu fakta yang tidak kurang pentingnya, iaitu Kaum Yang Diganggu Yajuj Majuj.
Petikan dalam Surah al-Kahfi, menyebut :
"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi" sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu", sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah ia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". {2}Ini menunjukkan bahawa kaum dimana Zulkarnain mahu melindungi mereka daripada serangan Yajuj Majuj, berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi serta tembaga. Lalu, persoalan penting yang boleh kita renungkan disini ialah, kaum manakah yang mempunyai kemahiran itu pada ketika itu?
Menurut pendapat Herodotus, kaum Georgian adalah golongan pertama yang mengetahui cara-cara pencairan dan pembentukan besi. Mereka adalah kumpulan etnik yang berasal dari Kaukasus - yang dikategorikan dalam keluarga, bahasa dan budaya etnik kawasan selatan Kaukasus. Kenyataan ini telah mendapat sokongan kebanyakan ahli sarjana sejarah dari Georgia, yang mana mereka telah bersependapat bahawa keturunan kepada orang Georgia moden tinggal di kawasan selatan Kaukasus sejak zaman batu baru, manakala orang Georgia purba dikenali disisi masyarakat Rom dan Yunani purba sebagai kaum Kolchis.
Keturunan Georgia disebut dalam Genesis, sebagai pengajar kepada semua kemahiran serta pertukangan melibatkan besi dan tembaga. Jika dilihat daripada sejarah bangsa Armenia pula, mereka juga dikaitkan dengan kemahiran pencairan besi pada zaman purba.
Kawasan selatan Kaukasus adalah asal usul kebudayaan perkembangan kemajuan tembaga yang dikenali sebagai kebudayaan Kolchis - yang mana jelas sekali kemajuan mereka dalam membentuk selain mencairkan besi, jauh sebelum bangsa lain pada lewat zaman tembaga iaitu sekitar kurun ke-15 BC hingga kurun ke-8 BC. Dalam lingkungan suku akhir kurun ke-8 BC, mereka diserang keluar oleh kaum Scythian {3} khususnya suku kaum Cimmerian yang telah menyebabkan perpecahan kesatuan mereka. {4} Namun uniknya ialah, pada pertengahan kurun ke-6 BC (selepas serangan kaum Scythian) mereka berada dibawah empayar Parsi yang pada ketika itu ditadbir oleh Achaemenes. Dalam erti kata lain, mereka berada dibawah kekuasaan Raja Kurush (Cyrus The Great).
Memetik artikel karangan Bruno Coppieters - ahli sejarah bangsa Georgian bernama Teimuraz Mikeladze membahaskan, besi pertama kali dicipta oleh kaum Chalybs, iaitu nenek moyang orang Georgian. Merekalah yang memperkenalkan zaman besi dan ini adalah sumbangan besar kepada kebudayaan manusia amnya. {5}
Menurut Dennis R. Papazian di dalam karangannya, budaya zaman suasa mengaitkan Armenia dengan Kaukasus, Iran dan Mesopotamia, manakala zaman gangsa di Armenia dan berterusan serta berkekalan bersama era pencairan dan pertukangan besi yang secara rasminya pada lingkungan 1000 BC. {6}
Kesimpulannya, kaum atau bangsa Georgian, Kolchis dan Armenia tinggal berhampiran dan bersebelahan sesama sendiri di kawasan selatan banjaran Kaukasus yang mana mereka semua berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi. Merekalah yang menyumbangkan keperluan itu kepada Raja Kurush (Zulkarnain dalam Surah Al-Kahfi) dalam pembinaan tembok untuk menghalang kaum Scythian juga Cimmerian serta suku-sakat mereka (Yajuj Majuj) daripada menyerang mereka dari arah utara banjaran Kaukasus.

Maka ketiga-tiga perkara ini - Zulkarnain, Yajuj Majuj dan bangsa yang diserang Yajuj Majuj yang mana mereka itu berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi dan tembaga, kesemuanya muat secara tepat pada suatu ketika dan masa dalam sejarah. Dan yang paling penting ialah seiring dengan perjalanan mereka berdasarkan penceritaan dalam Surah Al-Kahfi.
Adalah sesuatu yang "naif" jika kita mengatakan bahawa kisah dan latar belakang Raja Kurush, identiti dan kedudukan geografi pendudukan kaum Scythian dan Cimmerian, serta perjalanan sejarah tawanan pada mangsa yang diserang, mereka itu yang berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi serta kedudukan wilayah mereka, berlaku seiringan pada masa yang sama secara kebetulan sahaja.
20/3/12

______________________________________________
1. Di dalam Surah al-Kahfi sama sekali tidak menyebut 'Iskandar' tetapi hanya 'Zulkarnain'. Walau bagaimanapun setelah kajian dilakukan oleh beberapa orang pengkaji, hanya beberapa individu sahaja yang layak 'di-kait-kan' dengan kisah Zulkarnain. Dan diantara beberapa individu tersebut, HANYA kisah dan latar belakang Raja Kurush (Cyrus The Great) sahaja yang sesuai dengan perjalanan cerita individu bernama Zulkarnain di dalam Surah al-Kahfi.
2. QS Al-Kahfi, 18:96
2. QS Al-Kahfi, 18:96
3. Scythian (Saka) adalah satu kaum yang berumpun. Dibawahnya terdapat yang kecil termasuklah Cimmerian, Huns dan Khazar. Khazar yang kini "diiktiraf" sebagai Yahudi di negara Israel sebenarnya sama sekali tiada kaitan dengan Yahudi. Rujuk perbahasan oleh King Joseph. Kaum Scythia disini merujuk kepada Yajuj Majuj.
4. Afareez Abd Razak Al-Hafiz, Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain, PTS Milennia, hlm 159.
5. In Defence of the Homeland: Intellectuals and the Georgian-Abkhazian Conflict. Secession, History and the Social Sciences. Edited by Bruno Coppieters, http://poli.vub.ac.be/publi/orderbooks/secession/secession-03.pdf

6. Dennis R. Papazian, Armenians (September 8, 1987), http://www.umd.umich.edu/dept/armenian/papazian/armenia.html
penjelasan yg amat nice.
ReplyDeleteAssalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteApa Khabar? Lama Tak Post Artikel Hah, :)
Terima Kasih Kerana Sudi Mengongsi Pendapat Kerana Sekarang Sudah Semakin Gawat Keadaannya.
Ribut Solarlah,Arab Springlah,PKR DAN UMNO Sama2 Bekerja Untuk Illuminati Dan Freemason Dan Sbgnya.
Mari Sama2 Kita Membina Persefahaman Yang Erat Dan Bertukar Pendapat Supaya Jalinan Antara Kita Semakin Erat.
Sekian.
Minta Maaf Saudara,
ReplyDeleteSaya Terlupa.
Didalam Surah Al-Kahfi Menyatakan Nama Zulkarnain (mempunyai dua tanduk)sahaja. Tidak Terdapat Iskandar.
Terdapat Unsur Israiliyat Disitu. Kebanyakkan Org Percaya Iskandar Zulkarnain Itu adalah Nabi Zulkarnain Atau Alexander The Great. Tapi sebenarnya,Alexander org Rome,Iskandar Zulkarnain Org Parsi Dan Zulkarnain Adalah Nabi ALlah SWT.
Ketiga-tiganya adalah org berbeza.
Apapun Artikel Anda Amat Menarik
Pandangan Anda Amat Saya Hormati. Kalau Boleh Perbetulkan.
Sekian
assalammualaikum..kepada semua, ingin saya beritahu disini bahawa,di malaysia sudah pun berlakunya rusuhan dan penentangan kepada pihak kerajaan malaysia, pada satu masa mungkin kerajaan malaysia akan tumbang...kita berdoalah supaya negara malaysia masih boleh bertahan...untuk umat islam diseluruh dunia..sekiranya negara malaysia tumbang maka datang lah ketetapan dari tuhan yang maha esa bahawa dajjal itu akan cuba menguasai negeri di bahagian timur (china,mongolia,korea,jepun,taiwan dan seterusnya)....mereka amat memerlukan malaysia kerana lokasi negara malaysia yang berhadapan dengan laut china selatan....sekiranya ini semua berlaku, anda semua akan menyaksikan salah satu tanda kiamat iaitu matahari terbit dari barat....di mana tiada tempat di muka bumi ini yang akan aman dan tenteram melainkan semuanya telah dijajah oleh dajjal....dajjal akan muncul di padang pasir negeri china berhadapan bangsa yakjuj dan makjuj(rakyat china,korea,jepun,mongolia dan seterusnya)....tembok yakjuj dan makjuj ialah banjaran himalaya(bahagian utara banjaran ini telahpun terpisah dan membujur kehujung barat negara mongolia...harap anda renung renugkan.....assalammualaikum....
ReplyDeleteSURAH KAHFI (GUA) Dalam Surahtul Kahfi itu mengandugi 3 Bab Utama : (BAB PERTAMA) Kisah Pemuda2 beriman yg lari dari Raja yg kufur, lalu mereka itu bersembunyi didalam sebuah Gua Ashabul Kahfi.. (BAB KEDUA) Kisah Nabi Musa AS mencari dan menjejaki dimana beradanya Nabi Khidir AS, utk mengaji dan berguru lagi bagi mendalami bab iman.. (BAB KETIGA) Kisah Sang Penguasa bertanduk dua yg Allah Rabbul Jalal kurniakan kepadanya kekuatan utk menguji keimanan manusia. Keperkasaan beliau bisa menguasai Timur dan Barat, antaranya bisa mengawal kemaraan Makhluk Perosak Sang Yakjod dan Makjod..
ReplyDeleteDalam (BAB KETIGA) itu ngak ada pun nama Iskandar ato nama Alexander. Yg ada cumaan nama "ZULQARNAEN" semata dan nama Makluk Perosak "SANG YAKJOD dan MAKJOD". Siapakah sebenernya "ZULQARNAEN" itu..?? Maka ada berbagei2 Ahli Fikir telah coba mentafsirkannya. Apakah tafsiran mereka itu tepat..?? Ngak ketahuan, terpulanglah pada fahaman dan penerimaan masing2 dlm menilai tafsiran2 mereka itu. Cumaan ada sedikit fahaman menyatakan "ZULQARNAEN" itu bukan Nabi, tetapi hanyalah seorang Insan Misteri. Oleh karna dia Insan Misteri, maka biarkanlah keberadaannya dia hilang ghaib diAlam Misteri. Salah satunya Alam Misteri adalah Misteri Alam Nusantara yg ngak akan habes2 jika mahu digali...
Allahu'alam....
Assalamu'alaikum..saya amat berbesar hati kerana kita semua berkongsi ilmu agama islam tercinta kita....kita adalah saudara sesama islam..tidak kira kita bangsa apa yang penting kita orang islam...saya amat berbangga.kita orang islam bersatu..semoga kita kuatkan keimanan kita pada Allah.s.w.t..terima.kasih semua.Assalamu'alaikum.
ReplyDeleteBENERKAH ZULQARNAEN ITU NABI...?? Setiap Nabi itu ada Ummatnya yg dipimpin kejalan kebeneran. Setiap Nabi ada Kitabnya (setidak2nya ada Suhuf) Wahyu Tohan utk ummatnya buat rujukan. Setiap Nabi ada Mukjizatnya utk buktikan kekuasaan-Nya Tohan. Seperti juga Nabi Allah Khidir AS, adakah dia itu Nabi..?? Walo pun Nabi Khidir AS sering disebut Nabi, tetapi dia bukan Nabi. Sebab yg mengherankan Ilmu2 Hikmah beliau mengatasi ilmu dan Mukjizat Para Nabi. Dalilnya seperti kesah Nabi Musa AS cukup hebat sekali pun terpaksa mengaji lagi dgn Nabi Khidir AS, bagi mendalami Bab Iman...
ReplyDeleteSIAPA SEBENERNYA ZULQARNAEN...?? Walo pun Nabi Allah Khidir AS itu bukan Nabi, sebab beliau ngak ada Ummat, tetapi beliau ada ramei Murid semenjak dari zaman Nabi Adam AS itu lagi. Walo pun beliau bukan Nabi sebab ngak ada kitab, tetapi beliau ada Ilmu Laduni. Walo pun beliau ngak ada Mukjizat, tetapi seluruh Manusia telah meneguk Mata Air Kehidupan jagaannya. Kalo Nabi Khidir AS itu pun bukan Nabi, apa lagi Zulqarnaen itu ngak bisa beliau dibilangkan Nabi. Cukuplah dibilangkan beliau itu Insan Misteri, Sang Penguasa Timur dan Barat. Kalo sosah2 sangat nak ingat, panggilkan saja beliau "TOK ZULQARNAEN"....
memang betul tu ape yg awak cakap memang tepat skali.
Delete.
ReplyDeleteMAKHLUK PEROSAK - SANG YAKJOD & MAKJOD.. Siapakah sebenernya mereka itu yg bernama Sang Yakjod dan Makjod..?? Jawabannya perkataan Yakjod dan Makjod aka Maklok Perosak itu terdapat dlm Surahtul Kahfi dan dlm satu Surah yg laen. Siapakah kaum2 yg sering diganggu oleh Sang Yakjod Makjod..?? Jawabannya koq comaan tersurat lagi tersembunyi dlm Surahtul Kahfi pada Bab Ke3 Kesah Riwayat Tok Zulqarnaen... Kapan tembaga tuangan sudah longgar tercabot, berduyun2 keluaran dari lobang gelap, dikala itu koq baru kesedaran bisa dikenali siapa mereka itu Sang Yakjod Makjod. Benteng ego kukoh akhirnya mereput roboh akibatnya menimpa kepala sendiri...
DAJJAL ALMASIKH & SANG YAKJOD MAKJOD... Zaman dan masa sileh berganti, hingga Dunia Islam sedang diambang Akhir Zaman. Pengaruh2 fitnah2 Dajjal dan Yakjod Makjod berubah2 mengikut peredaran zaman. Kapan disebut Akhirul Zaman, Fitnah Zaman, ia dikaetkan dgn angkara Sang Dajjal Mata Satu. Dimana ada tamaddun peradaban Manusia, disitu ada itu Dajjal AlMasikh. Dimana ada itu Dajjal AlMasikh, disitu ada bersamanya sekutunya Sang Yakjod Makjod. Kapan kekufuran, kejahatan, kezaliman Dajjal AlMasikh dan Sang Yakjod Makjod sudah diperingkat paling kritikal, sebelum kiamat besar berlaku, dikala itu Allah bangkitkan dulu salah saorang dari keturunan Nabi Muhammad SAW. Dialah Sang Penyelamat aka Imam AlMahdi, sehingga order susunan alam semesta yg telah rosak porak peranda, telah, sedang dan akan dipulihkannya semula seperti sediakala...
SIAPA MANGSA YAKJOD MAKJOD DIAKHIR ZAMAN 21ST CENTURY...??? Watak2 ciri2 Dajjal berubah2 mengikut peredaran zaman, termasuk dlm Dunia Islam. Tanpa disedari Bapak Dajjal terbesar, bersembunyi dibumi Arab AlJazeera, dlm kelambu Islam itu sendiri. Sekutunya Sang Yakjod Makjod tentera "6 Jahanam" upahan dari luaran. Mangsa mereka adalah setiap Muslim itu sendiri. Peranan Dajjal mengkufurkan Islam dari dalaman. Peranan Yakjod Makjod melemah melumpuhkan Islam dari luaran. Dajjal sangat licik ibarat Musang Berbulu Ayam pinter hidup dlm rebanan ayam2 betina serta ayam2 jantan tapi pondan, itu yg amat sukar dikenali. Yg bisa mengenali siapa mereka itu hanya Sang Penyelamat, dia itu Sang Ratu Adil Sejati aka Imam AlMahdi. Dimanakah pula peranan dan keberadaan Tok Zulqarnaen..?? Itulah antara salah satu yg mahu dulu difahami dikenali dinanti, karna dia itu Sang Penguasa diBumi...Tok Habib Hussein Lampoyang sentiasa memerhati - Tok Zulqarnaen sekadar sikit2 mengkhabari... Allahu'alem & Salam Permissi...
.