Pages

Pages

2011-09-17

2012 Koleksi Ramalan Yang Gagal

Berikut adalah ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar. Ada peramal yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya secara spesifik, malah termasuk masanya :
  1. Charles - seorang paderi Kristian dari Amerika Syarikat (AS) kiamat berupa terbakarnya bumi akan terjadi pada 12 September 1945, pada jam 5:33 pagi.
  2. Charles Laugheda - seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang amat dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954.
  3. Ada pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang disebabkan ledakan bom bawah tanah milik AS. Ekoran ramalan itu, ada orang yang menghasilkan perahu di gunung.
  4. Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12:05 hingga 12:15 tengah hari.
  5. Kultus Gereja Orang Denmark Orton Dan Anders Jensen meramalkan kiamat akan terjadi pada 25 Disember 1967, iaitu dalam bentuk perang nuklear. Ramalan itu mendorong yang berkenaan membina tempat perlindungan bawah tanah.
  6. Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan November atau Oktober 1982. Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980, dia menyatakan, "Saya yakin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman di dunia."
  7. Leland Jensen and Chales Geynza daripada kultus Baha'i meramalkan pada 29 April 1980,  dunia akan kiamat akibat perang nuklear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan AS.
  8. Marina Tsvigun, Mary Davy daripada kultus White Brothers (kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 November 1993.
  9. Sheldonp Nidla, seorang peramal dari AS meramalkan dunia akan kiamat pada  17 Disember 1996, disebabkan kemunsulan makhluk asing dan para malaikat.
  10. Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet seterusnya kiamat pada 1998.
  11. Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrlogi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999.  Apabilaia tidak berlaku, dia mengubah ramalannya pada 7 Julai 2002 jam 3:00 pagi.
  12. Kontakterov Ozersk dari rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Oktober 1999 akibat ledakan supernova.
  13. "imam mahdi" Syamsuri pernah meramalkan 9 September 1999 adalah hari kiamat. ratusan orang diajak ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9:00 pagi (waktu tempatan). Sebelum sempat ramalan itu terungkap (tidak menjadi), dia ditangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apanila ramalannya terbukti meleset, dia memberi alasa, "Kiamat tetap akan berlaku dalam waktu yang terdekat". Itu sebabnya selepas dibebaskan dari penjara, lelaki dengan 15 orang cucu itu mengusahakan kebun limau di belakang rumahnya.
  14. South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua pada 28 Oktober 1992, dan disusuli dengan kiamat pada 6 Disember 1999, 6 petang.
  15. Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang Nabi meramalkan kiamat akan terjadi pada 11 Ogos 2002, jam 4:00 pagi. Dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos. menurut Arsene selepas 3 hari 3 malam, hanya mereka yang suci disisi Tuhan akan diselamatkan.
  16. Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandung Selatan Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan pada 10 November 2003 (antara pukul 9 pagi hingga 3 petang), Nabi Isa akan turun dan membawa anggota kultus itu ke syurga. Akhirnya pihak polis dan Team Crisis Centre membawa lebih daripada 200 orang pengikut kultus itu ke Gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelakkan kegiatan membunuh diri beramai-ramai.
Pelbagai contoh ramalan kiamat diatas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh kiamat secara tepat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui waktu bila kiamat akan tiba. Bahkan Nabi Muhammad SAW selaku Utusan Terakhir sendiri tidak mengetahuinya.


5 comments:

  1. sumber dr armegadon 2012 ke>???

    gud2....byk kn lg info~

    ReplyDelete
  2. mereka cuma meramal sahaja..yang menentukan semuanya adalah Dia..
    Ibu Mengandung Dilarang Melihat Gambar Ini!

    ReplyDelete
  3. Kiamat tidak akan menimpa dunia selagi ada manusia yg menyebut nama Allah..
    Mengikut kefahaman sy,dunia ini masih berkhidmat kpd manusia krn manusia masih bertasbih dan memuji Allah..
    Apabila berlakunya suatu tiupan angin dari arah Syam yg lbh lembut dari sutera dimana angin ini akan mengambil nyawa setiap mukmin wlw imannya sebesar zarah sekalipun menandakan berakhirnya usia umat Islam..
    Lalu tinggallah org2 Kafir dan mereka dpt memasuki Makkah krn sudah tiada penjaganya lg dikalangan org2 Mukmin..Dlm keadaan inilah bumi tiada lg manusia yg bertasbih dan menyebut nama Allah..Pd era inilah akan berlakunya matahari terbit dari Barat menandakan pintu Taubat telah tertutup krn doa bg org2 kafir adalah sia2 belaka disisi Allah..
    Lalu pd suatu peringkat,Allah akan memerintahkan Alam turut berhenti bertasbih dan para Malaikat memberhentikan tugas mencatat supaya Malaikat Israfil akan dpt melaksanakan tugasnya meniup sangkakala..
    Manusia yg tinggal itu akan dibalasi perbuatan mereka dgn Kiamat itu krn mereka ketika itu semuanya Kafir belaka lalu Iblis akan menangis krn Janji Allah kepada penagguhan kematiannya Iblis itu sudah menemui titik penamat..
    Dikatakan Hari berlakunya kiamat itu adalah pd Hari Jumaat..
    Sbb itulah Hari Jumaat hingga Jumaat yg seterusnya adalah tempoh taubat bg org2 Mukmin,krn Kiamat yg berlaku kpd Org2 Mukmin adalah Kiamat Syugra(kiamat Kecil) iaitu kematian..

    ReplyDelete
  4. orang budu ja buat gini ni.. dunia ni masih lg selamat...

    ReplyDelete
  5. MAYAN PROPHECY 21/12/2012 THE END-TIME @ 11:11, namun Kiamat seperti yg disangka-sangka oleh sesetengah pihak, lalu digempar-gemburkan dlm "Movie 2012" maseh tidak berlaku. Mayan Kalender itu hanya mengkhabarkan peralehan, berakhirnya Tamaddun Lama memasuki keTamaddun Baru. It is the coming of The New Age, bukannya bumi serta alam semesta akan mengalami kemusnahan kehancuran secara total....

    BUMI BERGELAP SELAMA 3 HARI... Ekoran dari ramalan 21/12/2012 yg nyata tidak menjadi, sekali lagi penduduk bumi telah menjadi gempar kelam kelibot. Gara-gara ramalan bumi akan bergelap selama 3 hari berterusan pada 23, 24 dan 25/12/2012. Namun ramalan tersebut tidak juga menjadi, ternyata sekali lagi meleset. Orbitan planet2 dicakrawala maseh tetap bekerja seperti biasa, mematuhi susunan adunan semesta...

    ReplyDelete

Pihak MacJay.Net tidak akan bertanggungjawap terhadap segala pendapat yang dinyatakan oleh sidang pembaca. - Admin