Pages

Pages

2011-04-04

Misteri Penghuni Bumi Sebelum Manusia

Perhatian : Artikel ini mengandungi teori-teori yang mana pada sesetengah pembaca sukar untuk menerimanya kerana ia mungkin sesuatu yang baru pada mereka. Perlu diingatkan, artikel ini tidak langsung melanggar syariat dan kepercayaan kita sebagai Umat ISLAM. Pembaca adalah digalakkan agar menggunakan budi bicara masing-masing.

Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?.

Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia :

4000BC+2010AD=6010 tahun

Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini. 

Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.

Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.

Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC. 

‘ADAM’ SEBELUM ADAM

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

ZAMAN DINOSAUR?

Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.
Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.

Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.

Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.
Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as? 

MALAIKAT BERTANYA KEPADA ALLAH SWT 
adamkhalifah.JPG
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)

Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah” daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.

Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.

Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?

HARI-HARI TERAKHIR BUMI SEBELUM TURUNNYA ADAM - MUHAMMAD ISA DAWUD
Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.
Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.

Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.

Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?. 

JIN PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA

Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.

Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Fahta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.

MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh : 
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”
PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN
Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan 

Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.
Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!

Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as. 
Rangka berusia 26,000 tahun- Red Lady 

Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.

Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.
Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya. 
Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940. 

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.
Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?
Bagaimana dengan Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan gegantik yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..

41 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. even it is quite complicated to understand..but it's still have a lot of good information..sy suka artikel sebegini..teruskan...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. as-salam....
    mohon share...
    menarik....

    ReplyDelete
  5. Di dalam Al Quran ada diterangkan tentang dialog malaikat dengan Allah tentang rencana Allah ingin menciptakan khalifah di bumi. Dari dialog tersebut membuktikan bahawa Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya, tinggal lagi ingin menciptakan khalifah yang ingin mentakbirnya.Firman Allah SWT maksudnya: "Dan ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengatahuinya".
    (Surah Al Baqarah ayat 30) Memang sebelum wujudnya manusia (Adam) telah hidup makhlu-makhluk lain (seperti dinasour) dan sebagainya kerana dalam sebuah ayat, Allah telah mengajarkan kepada nabi Adam tentang makhluk-makhluk yang ada di dalam syurga dan perkara-perkara lain yang bersifat maya.Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Allah telah mengajarkan nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Allah berfirman: ' Terangkanlah kepada Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar '.
    Malaikat itu menjawab : ' Maha Suci Engkau ya Allah, kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana '.
    Allah berfirman: ' Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka '.
    Allah berfirman: ' Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan'."
    (Al Baqarah 31 - 33)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
      Qs.Al-An'am: 6

      Berkenaan ayat ini. Perkataan generasi tidak bermaksud manusia di sekelompok tempat. Ayat al quran akan menggunakan istilah "kaum" jika merujuk pada sekelompok manusia maka generasi adalah seluruh manusia di muka bumi iaitu ayat " kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi". Malaikat juga pernah mempersoalkan mengapa perlu diciptakan manusia iaitu ”Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Lihat ayat "orang membuat kerosakan&menumpah darah" jelas inilah generasi yg dimaksudkan malaikat sehingga allah binasakan dan diganti dgn generasi baru. Kaum nabi noh dihapuskan pada yang ingkar sahaja&ianya juga tidak melibatkan generasi manusia di seluruh muka bumi waktu itu.

      Delete
  6. dan kita adalah umat akhir zaman.. tiada kaum lg selepas kita

    ReplyDelete
  7. ini adalah pembohongan daripada *****i....sila lihat youtube AKHIR ZAMAN semuanya sudah tertera di situ...al-quran ada menceritakan segalaya

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumi di cipta pada awal nya dgn kelajuan atom yg tinggi. . Ketika itu amat la mustahil utk manusia hidup..dgn kelajuan atom tinggi yg hanya bole hidup adalah holongan jin. Kerana jin punyai kelajuan atom tinggi . Golongan jin berperanan besar ketika itu utk penurunan atom sevelom kedatangan manusia. . Itu lah penyebab meraka ini tidak dpt di lihat dgn mata manusia kerana kita berbeza kelajuan atom. . Nabi sulaiman di beri kelebihan oleh allah swt bole memerintah jin. . Pasti ada sebab bagaimana manusia bisa perintah jin. . Kerana allah nk buktikan pada kita bahawa manusia walaupun brratom rendah tapi kita mampu melemah kan mereka. .

      Delete
  9. Semasa Nabi Adam diturunkan ke bumi, Allah SWT telah memperkenankan doa para jin supaya mereka tidak dilihat oleh manusia.

    Jin hingga sekarang masih wujud, cuma tidak dpt dilihat olh mata kasar. Jin mpunyai khdpn sama spt kita.

    Anda boleh rujuk forum2 Islam seperti I Luv Islam, Halaqah.Net atau bertanya kpd www.ustazamin.com utk mengetahui lbh lnjut ttg jin.

    atau msuk ke bradokapak ; lihat tulisannya yg bdsrkan buku krgn sorg penulis(sy x igt nmanya)

    http://bradokapak.blogspot.com
    >> cari 'Iblis Dan Alamnya'

    ReplyDelete
  10. sesetengah ulama ada mentafsirkan bahawa nabi adam memang semulajadi ditempatkan di bumi kerana Allah sendiri meyatakan khalifah di muka bumi,Allah tak kata khalifah di syurga..:)

    ReplyDelete
  11. ade terbaca kisah di facebook b'kaitan sorang ustaz yg mrawat seorang pesakit yg dirasuk..dipendekkan cerita yg merasuk memberitahu ustaz yg dirinya adlh mhkluk sblm nabi adam..dan die jg bgtau ustaz tersebut mcm mana nk mlihat dirinya..dgn izin allah,ustz tersebut dpt melihat bntk tbuh makhluk tersebut..terlupa di mana saya bce cerita ni..maaf..wallahu ta'ala a'lam

    ReplyDelete
  12. salam,

    bagaimana pulak entry saudara sebelum tentang piramid melayu yg wujud pada sekitar 8000 tahun sebelum masehi? boleh berikan seidikit penjelasan yg mgkn ramai org keliru dgn fakta2 tahun tersebut.. terima kasih

    ReplyDelete
  13. manusia atau makhluk zaman dulu sudahpun lama maju dalam bdg teknology. and fakta ttg zaman paleolitik, mesolitik, neolitik etc tu seme karut. seme tipu.


    manusia mmg hebak dari zaman purba lagi. cume disebabkan kufur nikmat, Allah hancurkan mereka dan tamadun merekalah yang kita boleh saksikan hari ini. mari lah sama2 berfikir...

    ReplyDelete
  14. Ini hanya pendapat saya :

    Manusia pada zaman dahulu telah berjaya menguasi teknologi,cuma minda kita disumbat dengan idealogi konon nya manusia dulu hanya bercawat,tidak berbaju,tidak bertamadun sedangkan di dalam Al-Quran telah menceritakan tentang bagaimana mereka bangsa maju tersebut dihancurkan dan kita faktor usia bumi yang hanya dianggarkan oleh pihak "lain" yg bertujuan utk menyokong teori Darwin.

    ReplyDelete
  15. salan saudara blog,

    tntg jin sebelum adam tu jelas bagi saya.

    cume persoalan saya, dinosour tu, walau pun di katakan telah pupus.. tetapi awal tahun 1800-1900..hingga sekarang.. ada saksi2 terutamanya dr negara eropah yg pernah lihat haiwan raksasa itu. contoh paling popular, dinosour yg menghuni tasi Loch Ness..

    apa pndgn tuan?

    ReplyDelete
  16. bagi sya kalau boleh dikaitkan dengan sains,
    sebenarnya rangka-rangka dinasor itu adalah rangka jin..ketika itu mereka dapat dilihat dan berpijak di bumi seperti manusia biasa..kajian sainstis sekarang berjaya menemui rangkah dinasor(Jin)..tetapi mengenai paras rupa dinasor adalah tafsiran sains sahaja..tiada apa yang tepat dapat membuktikan kebenaran sifat rupa dinasor..maka tidak hairanlah sebenarnya jin zaman dulu adalah adalah bersifat binatang(dinasor)...dan tidak mungkin bentuk jin itu seperti manusia..cuma setelah jin pupus..mereka minta izin hidup di bumi ini dengan tidak dapat dilihat manusia..benar selepas dinasor adalah manusia...cuma belum ada lagi kajian sains barat dapat menyifatkan bahawa dinasor itu adalah jin..kajian sains barat percaya bahawa dinasor itu adalah haiwan zaman purba..ini disebabkan mereka sians barat tidak percaya pada bentuk jin.

    ReplyDelete
  17. Teori aku, kemungkinan bangsa lain wujud sblm manusia memang ada. Kaum itu mungkin kaum Jin. Kalau dikaitkan dgn peperangan nuklear pd 3500 thn lampau dalam hikayat Mahabaharata dan Ramayana memang ada logiknya. Pihak2 yg beperang tu adalah drpd kaum jin yg akhirnya diangkat sbg dewa oleh penganut Hindu... Wallahualam.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. tak mungkin ade manusia sebelum nabi adam...bukankah pembunuhan pertama yang berlaku adalah pembunuhan habil.yang telah dibunuh oleh qabil.kalau dinasour tu hidup sebelum nabi adam.dan mahkluk lain yang hidup sebelum nabi adam..Alla swt tentu tidak akan berkate pembunuhan yang pertama yang berlaku di atas muka bumi ini adalah pembunuhan habil..sedangkan semua muhkluk yang di cipta oleh Allah swt adalah untuk mentauhidkan Allah..mengapa agama hindu lah yang pertama dimuka bumi ini..kita tak perlu merujuk mane2 kitab atau tulisan2 manusia yang dikarang sendiri..cukuplah dengan merujuk alquran dan hadis.dalam alquran telah menceritakan segalanya.selebih itu adalah rahsia Allan swt.kerana ia tidak menjangkau fikiran manusia.

    ReplyDelete
  20. nabi Adam serta nabi-nabi yang menurutinya bukanlah bersilib ganti tahunnya. Adapun mereka di utuskan oleh Allah untuk memimpin dan mengajar kaum mereka. Selang masa di antara turutan ini memakan masa yang lama.... mungkin ratusan malah ribuan tahun sebelum nabi ataupun rasul diutuskan kembali kepada kaum tertentu. Oleh itu jarak masa di antara nabi Adam dengan masa kita sekarang atau masa kini tentunya mengambil masa ratusan ribu tahun atau malah jutaan tahun. Temuan arkeologi menunjukkan rangka manusia sehingga jutaan tahun dahulu telah dijumpai.. Ini tidaklah menghairankan. Kemungkinan manusia itu telah maju adalah perkara yang tidak mustahil. Peredaran masa menyebabkan teknologi ribuan tahun dahulu dari penggunaan alatan berteknologi tinggi dari bahan logam telah lupus ditelan zaman. Hanya kita yang menganggap mereka hanya menggunakan peralatan batu kerana hanya itulah saja bahan yang takkan musnah oleh alam sekitar. Jangan terpedaya oleh mitos karut oriantalis barat. Dinosaur itu memang wujud tapi sebelum wujudnya manusia. wallahuallam.

    ReplyDelete
    Replies

    1. saya telah tengok youtube itu, sebenarnya apa yang dibincangkan dalam itu hanya generasi manusia adam. hakikatnya manusia mempunyai beberapa generasi menghuni menjadi khalifah dibumi ini selain generasi adam. sila lihat ayat ini : -

      Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
      Qs.Al-An'am: 6

      maksud generasi ini jelas adalah keturunan manusia bukan kaum kerana al quran akan menggunakan istilah kaum jika merujuk pada apa yang berlaku pd golongan di zaman nabi adam hinggalah nabi muhammad. sebagai cth kaum aad di zmn nabi hud, kaum yahudi, kaum sadum di zaman nabi luth dan lain2 (anda boleh membuat reseach tentang kaum di dalam al quran).

      berapakahh jumlah sebenar generasi manusia yang pernah menghuni bumi ini?? anda mungkin ingin dan tertanya, rujuk pada peristiwa israk mikraj nabi muhammad di mana nabi telah melihat seorang orang tua bongkok tiga, lalu nabi bertanya kepada jibrail siapakah orang tua itu. jibril menjawab itulah umur bumi sekarang. baik sekarang cuma kita lihat dari sudut manusia dulu. jika orang tua bongkok tiga (anggaran normal 90 ke atas) berapakah generasi keturunan dia?? anak - cucu- cicit - piut maka bumi yang telah bongkok 3 ini telah dihuni 4 generasi manusia termasuk generasi adam.

      adakah semua generasi manusia ini sama dari bentuk??
      rujuk ayat allah “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (At Tin : 5)

      dan kaitan dengan ayat ini
      “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu ORANG yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan),” ketika difirmankan kepada mereka oleh Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” (Surah al-Baqarah: 30).

      ayat manusia tidak merujuk ciptaan adam sahaja kerana ia hanya menyatakan MANUSIA tidak berkaitan khusus kepada nabi adam (rujuk http://www.surah.my/95 ) maka generasi manusia sebelum ini adalah bentuk sebaiknya bermaksud setiap generasi manusia jika dibandingkan ciptaan lain di zaman itu, manusia adalah sebaik ciptaan. tentang rupa bentuk generasi manusia pula, anda boleh merujuk kisah ini sekadar panduan - http://hijabulcrewz.blogspot.com/2013/09/gempar-kewujudan-makhluk-bersayap.html

      adakah semua generasi manusia ini mempunyai nabi??

      Surat Al Baqarah : 30
      - Artinya: “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. ”
      - Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”
      - Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”.” (QS Al Baqarah : 30)

      malaikat persoal apabila allah hendak menjadikan khalifah di bumi di sini dapat difahami malaikat telah melihat keburukan yang telah berlaku sebelum ini pada generasi manusia sebelum adam. jika generasi sebelum ini tidak mempunyai nabi maka ayat allah menjadikan KHALIFAH sepatutnya tidak dipersoal malaikat kerana maksud khalifah itu adalah Amīr al-Mu'minīn (أمير المؤمنين) yang bermakna "pemimpin orang yang beriman" (rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Khalifah ). maka sebenarnya allah telah pn wujudkan generasi manusia sebelum adam sebagai khalifah kerana itulah malaikat masih persoalkan ciptaan adam sebagai khalifah. ini disebabkan walaupun sebagai khalifah tetapi generasi manusia sebelum ini masih melakukan kerosakan dan pembunuhan. maka khalifah ini menunjukkan generasi manusia sebelum ini juga adalah khalifah secara tidak langsung adalah perwakilan Allah (nabi).

      Delete
  21. Bodoh Bodoh dan Bodoh manake yg BODOH
    1.Tuhan yg punye urusan, napa pusink?
    2.Klo tidak ditulis, napa pusink
    3.Tuhan Bodoh ape tidak kasih tau? Ato yg Bodoh ente dan ane
    4.S*elan Tuhan---Allah lewat samping ane minta tolong kasih tau ente
    5 ente semua BODOH.....AMPUN BODOH
    Napa bgt.....ALL is BODOH

    ReplyDelete
  22. Kisah Adam sebelum Adam ....http://re-matrix.blogspot.com/2012/02/mereka-yang-terdahulu.html

    ReplyDelete
  23. yg pasti semua itu misteri bray...
    bukan hanya di malaysia
    di indonesia pun bnyak yg bhas cerita ini
    sampai ada yg berimajinasi.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. masih keliru dengan anggaran tahun yang dinyaatakan. rangka manusia 10,000 tahun dan usia tamadun 6,010 tahun(adam turun ke bumi) jadi sebelum adam ada manusia lain? kita semua tahu adam manusia pertama. jadi anggaran usia tamadun tu salah lah? makhluk sebelum Adam ialah kaum Jin selepas Jin wujud kaum Bin. yang memang pasti salah ialah usia tamadun.

    ReplyDelete
  26. Hakikatnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Wallahua'lam..

    ReplyDelete
  27. bagi sy Al-Quran itu pelengkap cerita dahulunya....

    kisah sirah nabi terdahulu pun ada asas nya manusia terdahulu ada kelebihan atau kecanggihan ketika itu ..
    lihat NABI NUH ... bahtera nya yang besau... dapat menangkis ombak yang besau juga... kapal itu maybe secanggih titanix tetapi tidak di gambarkan dengan jelas.. yg tertera adalah bekas atau bangkai kapal yg telah di makan waktu..

    ayat ayat Al-quran menerangkan lagi ..hal demikian didalam ayatnya..menyatakan kapal kapal di lautan kapal di udara dll... dengan bahasa kiasan.

    makluk pertama sebelum Adam yes sy akui ... memang ada .

    lihat surah Al-baqarah.. sy nak bagi hit sikit jer....

    malaikat tahu halnya manusia itu akan menumpahkan darah....

    -sedangkan kata Allah kamu tidak tahu melainkan dengan izin Allah malahan ayat seterusnya menerangkan .. Allah menyuruh ADAM apa benda itu ..sedangkan malaikat tidak tahu ..
    persoalan yg timbul bagaimana malaikat tahu hal manusia akan menumpahkan darah.... sedangkan ADAM lebih tahu ... dengan IZIN ALLAH ....

    nie bermakna malaikat sudah lihat dahulu atau maklum sebelumnya sering menumpakkah darah ...

    ** SEBAB ITU ALLAH NAK ADAKAN MANUSIA ITU SEBAGAI PEMIMPIN
    (KHALIFAH)di muka BUMI.

    pasal ADAM DI TEMPATKAN... ia bermula dengan ADAM DI TEMPA oleh pelbagai tanah dan bauan tanah.. hal demikian di dalam Al-quran Allah menerangkan lagi ...

    pelbagai ilmu di gunakkan dalam mengatasai masalah yang lampau,, terutamanya ilmu Tauhid .. berjalan dengan ilmu mantiq berasas kan ayat ayat ALLAH .

    kita tak perlu cari jin kerana jin itu ada pada diri sendiri iaitu Qarin yang KAFIR.. setiap manusia ada jin kafir kecuali baginda Muhammad saw telah di islamkan dengan izin Allah .

    jika manusia tidak bisa melihat Jin .. dan jin tidak bisa melihat malaikat bergitu sebaliknya....

    persoalannya.... KETUA MALAIKAT adalah AZZAZIL yang di katakan oleh penulis di atas adalah dari golongan JIN .. jika bergitu bagaimana JIN memerintah para malaikat ....sebagai jin ketua kepada para malaikat .....


    cuba lihat kisah nabi Sulaiman... di situ ada asasnya... sebagaimana yang di sirahkan...

    di dalam Al-quran jua mengatakan...
    " Dia yang Awal dan akhir Dialah yang zahir bahtin "


    kisah nabi Sulaiman.. boleh memerintah binatang ..dan binatang faham dengan arahan nabi sulaiman bergitu jua sulaiman memahami bahasa binatang....

    cuba bawa hal demikian kisah kepada nabi NUH .. di situ ada ILMU .

    binatang naik kapal berpasangan ...

    cuna lihat kisah nabi ADAM .. dengan Khidir... ketika memelah lautan.. siapa perentah AIR..

    bawa kepada kisah nabi NUH ,,ombak besar.


    bergitu luas ILMU ALLAH INI .. semua dengan IzinNya.

    InsyAllah ketemukan lagi di waktu yang lain ..

    jika tidak atau di izinkan..sy selalunya di sini ..

    www.halaqah.net

    sy bisa panggil sy zul

    ReplyDelete
  28. ...SIAPA PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA...???

    Alam Antah Berantah mendahului Alam Syahadah,
    Alam Ghaibul Ghuyub mendahului Alam Zahiriah.
    Kesah Alam Langit kebesaran Allah dan Malaikat-Nya,
    Kesah Alam Bumi dari Jin dan Manusia makhluk-Nya..

    Alam Langit semesta raya yg luas tiada siapa yg tahu,
    Alam Bumi disiapkan kelengkapan dihamparkan dahulu.
    Aku ciptakan Jin dan Manusia supaya menyembah-Ku.
    Diberi dulu amanah pada Jin yg ghaib mereka tak mampu,
    Unsur Api sentiasa panas bercakaran berbunuhan selalu..

    Dgn memakai pakaian Adam Dia turun kebumi memburu,
    Dicipta Lembaga Adam mula Malaikat dan Jin cemburu.
    Disangka Manusia akan berbunuhan seperti mereka dulu,
    Firman Tuhan "Shut-Up You!!" hanya Aku Yang Maha Tahu..

    ReplyDelete
  29. Manusia berasal dari spesis saiya. Ketika planet mereka sedang musnah, mereka berlayar hijrah mencari galaxi dan bintang lebih muda, iaitu bumi. Pendaratan pod2 mereka umpama meriahnya meteor melanggar bumi.. Ini menyebabkan dinosour pupus.. Yang x pupus tu evolusi menjadi jin.. Jin hebat mcm Jin Shamsudin yg memakai seluar jin..
    Kemudian berlaku bergaduhan besar antara saiyan dan jin.. Mereka begitu hebat dan kuat.. Kesan pergaduhan mereka seperti kerosakan bom atom...
    Jin tewas lalu lari ke jepun.. Ini terbukti apabila org jepon kini bertanyakan : "nan jin desuka?" (apa orang kau ni?)
    So jin = orang jepon = cerdik & pandai.

    Tidak kurangnya juga kepada saiyan. Saiyan yg menang besar itu sungguh takbur lalu menjadi syaitan. Kire dekatlah tu...saiyan & syaitan... Ok la

    Kemudian turun adam & hawa....
    Naik turun... Naik turun..
    Jesus naik... Jesus turun...
    Up & down... Up&down..
    To the left by beyonce...
    Then.... Pufffff... Perang nuklear...
    Then lagi n lagi...
    Then restart/reboot... Bios>windows8

    Amacam??

    ReplyDelete
  30. SIAPA PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA...?? DiLangit mengesahkan Keagungan Allah SWT serta kekuasaan Para Malaikat-Nya yakni Malaikat Nur dari Alam Tinggi. DiBumi pula mengesahkan ciptaan-Nya, Makhluk-Nya dari kalangan Jin dan Manusia. Firman Allah Taala : "Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka itu menyembah kepada-Ku.." (Surah AzZariyat - Ayat 56). Kata Tok Zulqarnaen, Surat AzZariat ini diwahyukan kepada semua 25 Nabi dan Rasol, agar mereka itu bisa tahu siapa itu Jin siapa itu Manusia serta hubungan antara keduanya.. Bermakna Alam Jin dari Bani Jan itu telah menghuni mendominasi dulu Bumi termasuk Langit Bumi. Koq mungkin Iblis, Setan, Alam Dewa-Dewi, Mambang2, Pari2 diAlam Kayangan, dsbnya, serta yg seumpama dgn mereka termasuk dlm satu kapal dgn Alam Jin, cumaan berlaenan kabin2. Dizaman mereka sering berlaku peperangan bawa kerosakan diBumi dan Langit Bumi. Allah perintahkan Malaikat Jibrael/Ababil hapuskan mereka. Bukan semua mereka mati, ada sebilangan kecil yg terselamat...

    Manusia itu yg terakhir dizahirkan, Manusia itu yg menghimpunkan (AlJamik) apa yg ada diLangit dan diBumi. Maka sebab itu Manusia itu sebaik2 kejadian karna diciptakan-Nya Manusia itu menurut bayangan-Nya Tohan. Maka bermulalah episod penciptaan Manusia AlInsan yg pertama diadakan namanya Tok Adam. Maka Allah Yg Maha Pencipta tugaskan kepada Jibrael. Ada dimitoskan Jibrael ngak ada pengetahuan bageimana permulaan penciptaan Manusia. Lantas Tohan arahkan Jibrael kamu pergi keSyurga dlmnya ada satu kolam yg ada Air. Apa yg kelehatan oleh Jibrael bayangannya sendiri. Lantas Jibael bertanya lagi, lalu Tohan bilang kamu perhati betol2. Oooo... baru Jibrael nampak dlm kolam ada Air, dlm Air ada sepasang Ikan berkejar2an... Sekian bisa dibaca tapi ngak usah percaya, karna hanya mitos penglipur lara.. Bageimanakah sejarah permulaan penciptaan bertempanya Lembaga Tok Adam sebagei Manusia AlInsan yg pertama...??? Ngak ketahuan, Wallahu'alemmm...

    ReplyDelete
  31. .
    PENCIPTAAN LEMBAGA NABI ADAM AS... Selaen Tohan bilang kepada Jibrael, kamu perhati betol2, Tohan peringatkan juga kepada Jibrael, tetapi kamu jangan lehat legat2 jangan lama2, mmm... nanti mata kamu bisa buta ato setidak2nya cepat rabun.. Bayangan kiasannya yg sama juga pada kesah Jibrael tatakala baginda Nabi SAW jempot beliau menemani baginda naik lagi kelangit seterusnya, Jibrael bilang kalo selangkah lagi nescaya bisa terbakar sayap-ku.. Berbalik kesah asal usul penciptaan keberadaan Nabi Adam AS. Oleh karna Nabi Adam AS dgn Siti Hawa adalah Tok dan Opah Induk kepada seluruh Manusia dari berbagei2 bangsa dan rumpun Bani Adam didunia ini, maka masing2 berhak dgn pendapat dan kepercayaan masing2. Maka ujudlah berbagei2 pendapat yg berbeda2 mengenai kesah asal usul kejadian Tok Adam dgn Opah Hawa. Masing2 menurut kepercayaan Agama, kitab, serta mitos masing2. Termasuk pendapat dari Dunia Islam itu sendiri...

    Apakah Nabi Adam AS dgn isterinya Siti Hawa itu penghuni pertama Syurga dilangit, lantas diturunkan dari Syurga kebumi..?? Maka sebab itu ada dibilangkan "Fallen Angels" karna mereka itu telah termakan Buah Larangan.. Apakah Nabi Adam AS dgn Hawa diturunkan dari salah satu 12 planet dilangit diatas itu..?? Kalo dari sudut Numerology Adam membawa angka 9, sedangkan Hawa angka 6. Makanya kalo digabongkan bisa jadi gabongan angka 96 ato 69, itulah lambang kejadian alam. Angka 9 dibawah pengaruh planet Mars the furious planet. Angka 6 dibawah pengaruh planet Venus the planet of beauty. Planet Mars No. 9 is exalted in Scorpio the House Of Sex, aka The Serpent Charmer. Lantas dikiaskan dgn kelicinan Sang Ular yg bisa bolos masuk kedlm Syurga, kedap-kedip mata mereka hingga terlucut pakaian. Lantas mereka dihukum turun dari Syurga tercampak kebumi, dan seterusnya lagi... Apakah mereka itu diciptakan dari fahaman falsafah I-Ching China, dari konsep "Yin and Yang" itu..?? Begitulah seterusnya banyak lagi dgn berbagei2 fahaman yg berbeda2...

    Dlm AlQuran dlm beberapa Surah banyak mengkiaskan kesah kejadian Adam. Antaranya dlm Surah Al'Araf Ayat : 11 - 25. Dan lagi seperti dlm Surah AlKahfi : "Ketika Kami berkata kepada Malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam. Lalu mereka sujud, kecuali Iblis, ia dari "Golongan Jin", lalu ia mendurhakai perintah Tohannya. Adakah kamu angkat dia dan anak cucunya menjadi wali, selain daripada-Ku, sedangkan mereka itu musuh-mu? Amat jahat ganti-Ku bagi orang2 yg aniaya." - Ayat : 50. Dan lagi dlm Surah Hud : "Dan Dialah yg menciptaka langit dan bumi dlm enam (6) masa, dan adalah Arash-Nya diatas air, agar Dia menguji siapakah diantara kamu yg baik amalannya." - Ayat : 7... Dan seterusnya banyak lagi dalil2 asal usul Adam. Kalo direnong2kan dgn akal waras, kebanyakan dalil2 tersebut mengesahkan salasilah asal kejadian kita Manusia. Bayangan2 kita Bani Adam adalah anak cucu Tok Adam. Bukannya kesah sebener kepada asal usulnya kejadian Lembaga Tok Adam yg Semesta Alam yg ditempa dari Tanah Nurani...

    Bageimana sebenernya kesah penciptaan "Lembaga" Nabi Adam AS, sebagei induk Tubuh Semesta Alam itu..?? Ummat Islam baru selesai tunaikan Rukun Haji diMekah, kemuncaknya diPadang Arafah. Disitu dilambangkan perjumpaan semula Tok Adam dgn Opah Hawa yg telah puluhan tahun terpisah. Akhirnya ketemu bersatu semula melepaskan rindu dendem mereka itu diJabal Rahmah. Kalo bener Tok Adam tingginya 60 hasta, woww... cobak bayangkan betapa luar biasa, koq bisa dibuat titi nyeberang parit. Astaga... mmm mesti hebat gegaran dari Jabal Rahmah koq bisa dirasai hingga kebumi Mekah. Namun Asal Usul pertempaan lembaga Tok Adam dgn Opah Hawa kejadian Tohan "Yg Paling Ajaib" maseh terpendem dlm Misteri Alam menjadi teka-teki. Koq salah satu klu bayangan pembuka mistri tersebut koq bisa dipecahkan dari peristiwa bersejarahnya Nabi. Bumi Mekah dianggap Paksi Bumi, dari zaman makhlok sebelum Nabi Adam AS itu lagi. Dari Bumi Mekah hingga kebumi persekitaran itu juga dianggap penyatuan Langit dgn Bumi.... Wallahu'alem.....
    .

    ReplyDelete
  32. kalau begitu sejarah tamadun indus perlu digubal semula berdasarkan kajian keraktifan karbon yang dibuat keatas tulang manusia yang mengalami letupan bahan nuklear atau bom atom yang melenyapkan tamadun tersebut tampa meningalkan kesan. Oleh itu, keruntuhan tamadun indus bukanlah disebabkan bencana atau serangan musuh, tetapi disebabkan perperangan senjata nuklear yang dahsyat. hanya Allah yang tahu :)

    ReplyDelete
  33. Mengapa firman allah "Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka "?? Sedangkan jika generasi sebelum adam adalah mustahil utk kita melihat kesan buktinya??
    Sebenarnya bukti2 ini telah ada tp masih diperingkat kajian kerana ianya memerlukan kajian mendalam termasuk penggunaan teknologi yg lbh canggih utk kajian ini. Ini sebahagian dr contohnya :-

    1) Saintis menemui uranium-uranium yang terurai yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.

    Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam.

    2) Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.

    Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!

    Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as.

    3) Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?

    Ayat2 al quran juga tidak semua dapat dibuktikan dgn teknologi yg sedia ada kerana ianya kadang kala menjangkau teknologi kehadapan. Sebagai cth :
    "Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." An Naml (27) : Verse 88

    Di dalam ayat di atas diterangkan kepada kita bahawa walaupun gunung-ganang yang kita lihat adalah kaku, namun Allah SWT mengajarkan kepada kita bahawa sebenarnya gunung ganang itu bergerak pantas sebagaimana awan bergerak.

    سبحان الله…. ما شاء الله

    Kebenaran Al-Quran ternyata mendahului zaman manusia...

    Petikan :

    Pergerakan gunung seperti yang telah dinyatakan dalam ayat ini adalah disebabkan oleh pergerakan kerak bumi yang mana ia terapung di atas lapisan mantel yang berketumpatan lebih tinggi.

    Alfred Wegener (1880-1930) telah mengemukakan teori hanyutan benua (Continental Drift) bahawa benua-benua di Bumi sebenarnya telah bergabung membentuk satu daratan yang luas yang dipanggil ‘pangea’, yang mana akhirnya benua-benua ini telah terpisah seperti yang ada sekarang.

    …..

    Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan ‘penghanyutan’ dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah “hanyutan benua’ untuk fenomena ini.

    ReplyDelete
  34. Sy tak bersetuju dgn pendapat admin bahawa manusia sebelum adam adalah jin. Fahami betul2 ayat2 ini.

    1) Firman allah "Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (2: 30)
    Ayat di atas jelas menggunakan istilah "orang yg membuat kerosakan" bukan "makhluk yg membuat kerosakan" . Jika makhluk maka bermacam2 jenis makhluk boleh kita andaikan tp istilah "orang" jelas ianya bangsa manusia. Kemudian ayat "menumpahkan darah". Fahami ayat ini dari hakikat makhluk itu sendiri. Yang berdarah hanyalah bangsa manusia bukan jin. Jin dijadikan dr api yg tidak mempunyai jisim&mustahil mempunyai darah kerana darah itu juga adalah jisim.

    2) fahami pula ayat ini..
    "Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. "
    Qs.Al-An'am: 6

    Istilah "generasi" ini adalah merujuk pada generasi2 manusia sblm nabi adam, ini kerana al quran akan merujuk manusia di zaman adam dengan istilah "kaum" bukan "generasi" spt kaum nabi luth, kaum aad, kaum quraish, kaum bani israel. Al quran tidak akan menggunakan generasi aad dan lain2 dan ini jelas menunjukkan istilah "generasi" adalah bangsa2 manusia yg sblm nabi adam. Ayat "kami binasakan mereka" ini juga tidak releven dgn bangsa jin kerana mereka masih wujud sehingga sekarang. Maka ini merujuk pd generasi manusia sebelum adam yg dibinasakan di atas muka bumi ini dan diwujudkan pula generasi manusia yg lain. Generasi manusia sebelum adam juga bukan satu generasi sahaja tetapi banyak rujuk ayat " Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka" bermakna banyak generasi manusia sblm adam pernah menjadi khalifah. Berapakah generasi manusia ini?? Rujuk pula kisah rasulullah semasa peristiwa israk mikraj dimana semasa di angkat ke langit ke tujuh, baginda telah melihat seorang tua bongkok tiga, jibrail menyatakan itulah usia bumi ketika ini. Jika dilihat dr usia org tua bongkok tiga maka fasa generasi yg telah dilalui ialah anak- cucu-cicit-piut. Jika ditafsirkan dr sudut generasi ini maka kemungkinan generasi manusia adalah sebanyak 4 generasi (yg penting ianya lebih dr 2 kerana istilah "beberapa generasi" sendiri bermaksud byk).

    ReplyDelete
  35. Di sudut lain,Allah memperlihatkan rahsia yg tak terjangkaukan oleh fikiran manusia.Namun oleh rahmatNya kepada hambaNya yg seorang ni Dia membuka rahsia khusus tentang syurga dan ada kaitan dengan penciptaan bumi dan manusia pertama iaitu Adam dan Hawa.Di sini misteri kewujudan dan pembinaan benda2 ajaib seperti piramid di Mesir dan yg lain2. Menurut fakta ini,benda ajaib sedemikian rupa,dan teknologinya tak dpt ditiru oleh teknologi zaman moden ini,ia sebenarnya telah dibangun oleh anak anak adam dengan tunjuk ajar Allah sendiri. Dan Dinosaur pula memang wujud pada zaman awal tetapi memandangkan binatang ini menjadi pembinasa baik tumbuhan mahupun manusia,maka Allah membinasakannya dengan api dari atas. Ini beerti kemusnahannya adalah skelip mata. Ini hanyalah info yg diringkaskan daripada sumber asal. Untuk keterangan lebih jelas sila cari peribadi yg dipakai Tuhan ini..Saudara Jaerock Lee. Semoga dapat lebih banyak pencerahan dari beiau.

    ReplyDelete
  36. Terdapat sumber yg masuk akal dan boleh dipercayai..manusia pertama adalah adam
    dan hawa. Sebenarnya bangunan misterius di dunia adalah hasil tangan anak2 Adam dengan tunjuk ajar atau tenologi Allah sendiri. Itu adalah alasan kenapa ia menjadi tanda tanya saintis moden. Manakala dinsaur memang wujud tetapi di
    usnahkan oleh Allah sendiri dengan api dari atas. Ini bermakna ia tidak mati pupus tetapi dengan sekelip mata saja. Mengapa Allah memusnahkan dinosaur
    ? Sebab ia adalah spesis binatabg raksasa yg berbahaya baik kepada semua tumbuhan mahupun manusia. Pencerahan ini adalah kerana rahmat Allah sendiri kepada seorang hambanya bernama Dr. Jaerock Lee. Tertarik, sila belayar untuk mencari beliau bagi maklumat terperinci..

    ReplyDelete

Pihak MacJay.Net tidak akan bertanggungjawap terhadap segala pendapat yang dinyatakan oleh sidang pembaca. - Admin