Pages

Pages

2011-02-23

Dunia kembali ke zaman lampau selepas 2038?

Mungkinkah perang akhir zaman akan menggunakan pedang, panah, kuda?

Ramalan Badai Matahari
Berikutan beberapa ramalan berdasarkan kajian oleh NASA dan beberapa pihak, timbul beberapa dakwaan bahawa pada 2012 atau 2013 akan berlaku satu badai matahari yang secara tidak langsung akan memberikan kesan terhadap kehidupan dimuka bumi. Artikel berkaitan boleh dibaca di sini.

Menurut agensi berita di London, aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan. 

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas. 

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia. 

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005.

Blog Mistis Files dalam artikelnya disini menceritakan secara terperinci fakta berkaitan dengan hal ini. Antara petikan daripada artikel tersebut ; bumi adalah seperti metamorfosis.

Bumi sebenarnya penuh dengan kombinasi daya-daya yang kita tahu dan tidak tahu. Bumi sebenarnya mengalami perubahan-perubahan di sepanjang kewujudannya atau kita namakan ia sebagai 'shifting'. Dua perubahan yang popular adalah Galactic Shift dan Polar Shift. Perubahan ini berkait dengan kitaran (cycle) dan mengikut pemerhatian saya, terdapat banyak kitaran yang dikaji oleh para saintis, seperti kitaran 30 tahun, 50 tahun, 100 tahun, 1000 tahun sehingga kitaran 26000 tahun, 78000 tahun dan 26 juta tahun. Inilah maksud metamorfosis itu. Setiap kitaran menghasilkan kesan-kesan secara fizikal, elektrik, elektromagnet, iklim atau sebagainya.

Salah satu teori yang popular ialah 'Galactic Allignment' yang dijadualkan akan berlaku pada 2012 dan ini disensasikan lagi dengan teori Kalendar Maya dan filem 2012.Galactic Allignment dikatakan akan menukar kedudukan 'solstice point'. Kajian mendalam juga menyebut mungkin paksi bumi juga akan terlibat dan jika ini berlaku,saya membuat pemerhatian ada kaitan pula dengan putaran bumi dan jika benar semua perhitungan saintifik saya, teori Galactic Allignment ini ada hubungan pula dengan perubahan putaran bumi itu. Bumi sebenarnya ibarat rama-rama yang mengalami metamorfosis; dari telur, beluncas, kepompong hinggalah kepada seekor rama-rama yang cantik.
Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah benar bumi akan musnah pada Disember 2012 seperti ramalan Kalendar Maya itu?
 
Bumi tidak akan musnah pada 2012. Jika anda mengkaji Kalendar Maya itu, anda akan faham bahawa apa yang sebenarnya mahu diberitahu oleh para cendekiawan Maya ialah perubahan yang akan berlaku pada bumi dalam kitaran tertentu.Bukan maksudnya bumi akan kiamat pada tahun 2012.Para sejarahwan dan pakar bahasa Maya juga saintis memanggil fenomena 2012 sebagai 'The Shift' bukannya 'The Judgment Day'.Hanya orang awam sahaja dipanik-panikkan dengan dakwaan kiamat 2012 oleh para konspirator dan pembuat filem yang mengaut keuntungan dari perkara ini.
Wikipedia : Masalah Tahun 2038
Dalam sebuah laman wikipedia, terdapat sebuah artikel yang menceritakan secara ringkas berkenaan masalah yang akan berlaku pada tahun 2038. Year 2038 Problem boleh dibaca di sini. Kesemua teknologi akan hancur dan hilang, selepas dari tarikh itu kita akan kembali ke zaman lampau, 'back to basic'.
 
Dari 2011 ke 2038 
 
a. Tasik Galilee - Bukanlah kuasa kita untuk membuat sebarang ramalan mengenai hari kemusnahan atau setidak-tidaknya hari dimana berlakunya pertembungan antara Islam-Kristian-Yahudi/Dajjal. Namun, sebagai manusia yang berakal dan umat Islam yang digalakkan menimba ilmu rasanya tidak salah untuk membuat sedikit kajian.
 
Tasik Galilee juga disebut "Lake of Gennesaret". Juga ada yang memanggil "Lake Kinneret" dan ada yang menyebut "Sea of Tiberias". Ia terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).
Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, menjadikan tasik air tawar ini adalah yang kedua terendah di muka Bumi. Laut Mati adalah sebuah tasik air masin yang pertama terendah di bawah paras laut di muka bumi ini. Kedua-dua tasik atau laut ini seolah-olah berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai 'sejarah' yang tersendiri.

Untuk melihat keadaan dan suasana di sekitar Tasik Galilee, kini saya bawa anda semua melayari ke sana bersama Google Map di bawah:

View Larger Map

Diberitakan Tasik ini menuju ke alam 'kontang'. Proses 'kontang' ini berlaku sejak dari tahun 2000 lagi dan dijangka hanya perlu memakan sekitar 49 tahun saja lagi untuk tasik ini kering hingga ke dasar. Mengikut pemerhatian, proses ini berlaku begitu pantas, bagaimanapun sumber-sumber yang tidak rasmi menyatakan pihak 'Yahudi' telah memohon bantuan badan-badan dunia untuk menaikkan kembali paras tasik ini. Lihat keadaan pasang surut paras air tasik antara tahun 2007 hingga 2010:


Mengikut pengkajian yang telah dibuat (termasuk sebuah portal milik Israel), tasik ini semakin mengering. hal ini terbukti menerusi sebuah laporan oleh akhbar Kosmo! bertarikh, 27.11.2010 ada laporan yang bertajuk Pemimpin Agama Israel Minta Hujan. Sedikit tatapan umum berkaitan akhbar tersebut :
Beberapa orang lelaki yahudi meniup alat muzik Shofar sebelum majlis
penyembaha meminta hujan diatas bot, Tasik Galilee, Israel.
GAMBAR menunjukkan seorang pemimpin agama Yahudi (berjanggut) menaiki
belon udara panas untuk meminta hujan di Kibbutz Ruhama, Negev.
TEL AVIV - Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga bulan depan.
Dua pemimpin agama Yahudi, Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.
Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini. Kelmarin, kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame'agel di tepi Laut Galilee untuk berdoa supaya hujan turun.
Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara untuk meminta hujan turun kelmarin.
Pada Isnin ini, mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.
Tidak ada hujan yang turun sepanjang bulan ini.Ramai pegawai ramalan kaji cuaca menyatakan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga permulaan Disember. Dua minggu lalu, pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam turut mengendalikan majlis doa untuk meminta hujan di kampung Wallaja. - Agensi


b. Wawasan 2020, Israel 2020 - Sebelum anda membaca fakta dibawah ini anda terlebih dahulu perlu membaca artikel disini yang berkaitan Konspirasi Wawasan 2020 dan Israel 2020.

Lanjutan Tempoh Wawasan 2020 Yang Mencurigakan

Sekarang terdapat ura-ura bahawa wawasan 2020 perlu dilanjutkan ke tempoh 2050. Jika tahun 2050 dipilih dan diisytihar sekali lagi sebagai pengganti Wawasan 2020, maka sahlah, dasar Wawasan 2020 meniru dasar Israel 2020.

Ini kerana, pada kertas kerja Prof Adam Mazor terbitan bersama Samuel Neamen Institute dan Israel Institute of Techonology telah tercatat suatu pernyataan iaitu;
“A corner stone within this context is the continuation of the Israel 2020, within the framework of the S.Neaman Institute, into its second phase, for the second jubilee of Israel, with an extended horizon to the year 2050.”
Sebagai penyelidik konspirasi, kami lebih cenderung untuk mengatakan dasar Wawasan 2020 adalah meniru dasar Israel 2020 kerana angka 2050 telah pun disebut pada tahun 2 Ogos 1991 di dalam sidang Dewan Negara. Apakah ia satu kebetulan?

Angka 2050 telah pun disebut oleh Tuan Adam Bin Kadir (yang ketika itu mempengerusikan Dewan Negara).

Ketika itu, Tuan Adam bin Kadir memperbetulkan ayat Puan Ainon binti Ariffin;
Pn Ainon binti Ariffin : “Saya rasa dalam perkara ini, Tuan Yang Dipertua, ada sedikit silap faham dariapda rakyat kita ini. Apabila dulu Perdana Menteri (Mahathir Mohamed) mengisytiharkan kita inginkan 70 juta dalam masa tahun 2000 kalau saya tidak salah …..”
Tuan Adam Bin Kadir : “…70 juta. Saya rasa tahun 2050″ (Tuan Adam mencelah ucapan Pn Ainon)
Artikel ini hanyalah sebuah kajian ringkas yang mengambil beberapa fakta dari artikel-artikel beberapa sumber. Percaya atau tidak, terpulanglah pada budi bicara para pembaca...

8 comments:

  1. Hurm.. thanx for info ;)
    tp ttg tasik tu ada sebut dlm al-Quran? ape sejarah nyer?

    ReplyDelete
  2. Apabila Tasik Galilee kering maka turunlah Nabi Isa as > http://zharifalimin.blogspot.com/2010/09/keringnya-tasik-galilee-turunnya-imam.html

    ReplyDelete
  3. kiamat tidak boleh d ramal oleh sesiapa pon...

    ReplyDelete
  4. naddia : bukankah ada disebutkan "keringnya Tasik galilee maka turunlah Nabi Isa al-Massih.

    Menurut jangkaan para saintis tasik itu dijangka kering sekitar 41 tahun lagi.

    Jadi, isu diatas (bdsrkn tajuk) lebih merujuk kpd isu dunia selepas 2038. Bukan kiamat.

    Jika dilihat pada keadaan yg berlaku kini spt bencana alam, supermoon dan lain-lain, tdk mustahil dunia akan kembali ke akihr zaman sperti dahulu.

    Tsunami di Jepun misalnya...

    ReplyDelete
  5. teori yang baik dan boleh dipercayai... sama-sama kita berlindung dari Allah. Apa yang pasti janji Allah tetap terlaksana jua kelak

    ReplyDelete
  6. masalah 2038 tu dr 2038 kembali pada tahun 1901..
    1901 tahun mulanya kuasa britain..

    ReplyDelete
  7. Kalau tentang masalah tahun 2038 yg kat wikipedia tu... x sampai sebulan pun orang da boleh selesaikan... guna mikrocip 64-bit je.. skrg pun industri da start gne 64-bit processor. Cuma masalahnye embedded computer (32-bit prosesor) such on electronic devices xley pakai lagi lah 2038..

    ReplyDelete
  8. tak payahla dok pikir pasai 2020 atau 2030.segala janji janji allah itu benar dan akan jadi.jadi tak usahla dok bimbang.yang perlu kita bimbang ialah apa nak jadi pada org islam yang masih berpecah apakah kita sudah bersedia.apakah bekalan kita sudah cukup utk di bawa ke akhirat nanti.pikir pikirkanlah.

    ReplyDelete

Pihak MacJay.Net tidak akan bertanggungjawap terhadap segala pendapat yang dinyatakan oleh sidang pembaca. - Admin