Pendirian Kita Berkaitan Syiah

Hujah Yang Membatalkan Hujah Syiah
Sekiranya anda berhadapan dengan penganut fahaman Syiah, ada beberapa hujah yang boleh dihafal sebagai penagkis hujah kelompok Syiah. Hujah pertama ialah …
Penolakan Mazhab : Menurut Imam as-Sayuti, sesiapa yang menolak atau tidak mengikut mana-mana 4 mazhab ini iaitu Maliki, Hanbali, Hanafi dan Syafie maka terbatal aqidahnya yakni murtad.
Riwayat Saidina Ali Abi thalib :
“Sesiapa yang menyanjungku lebih dari Rasulullah maka terbatallah Islam orang itu.”
Inilah hujah paling kuat kerana kesemua Syiah amat memuja Saidina Ali sebagai pemimpin agung mereka lebih daripada memuji Nabi Muhammad SAW.
Tips terakhir sekiranya Syiah yang berdebat dengan anda tidak faham, adalah dengan mengikut kaedah sahabat kami tadi. “Baling tongkol”.

Syiah Iran dan Politik Antarabangsa

Bagaimana pula keadaannya Iran yang sedang berkonflik dengan Amerika? Dan bagaimana pula kedudukan kita untuk memberi sokongan?

Dari segi hal ehwal kemanusiaan dan sosio-politik, sebagai pengikut ajaran Sunnah Wal Jamaah, sokongan kita hendaklah hanya dari segi politik bukannya mendokong aqidah mereka. Menyokong Iran dari segi politik tidak mengapa kerana ia seumpama kita menyokong negara-negara kecil bukan Islam yang lain dari ditindas penceroboh antarabangsa.

Bertindak memberi sokongan politik kepada Iran bukanlah bermakna anda sudah menjadi Syiah. Ianya lebih teruk lagi jika menyokong orang Islam yang mengaku Islam dan bermazhab Syafie tetapi tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Islam. Ia umpama musuh di dalam selimut.
Share this article :
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger