Kematian John F. Kennedy dan Konspirasi Israel

SEJUMLAH dokumen dan transkrip pembicaraan mengenai rencana pembunuhan Presiden John Fitzgerald Kennedy (JFK) ditemui. Adakah misteri dan dalang pembunuhan berprofil tinggi itu terungkap?

Ruby Carousel Club, Dallas, Amerika Serikat (AS), pada 4 Oktober 1963, satu pembicaraan penting mengenai konspirasi pembunuhan telah diadakan. Jack Ruby selaku pemilik Ruby Carousel Club dan Lee Harvey Oswald berdebat rencana besar untuk “membersihkan” John F Kennedy.
Keduanya berdebat keras dengan kata-kata tajam dan perbicaraan tersebut penuh dengan ketegangan.

Lee: Banyak cara untuk "membersihkan" dia (Robert Kennedy) tanpa harus membunuhnya?

Ruby: Bagaimana caranya?
Lee: Saya boleh menembak saudaranya.
Ruby: Maksud kamu Tuan Presiden.
Lee: Betul, Tuan Presiden.
Ruby: Tetapi, tindakan itu tidak patriotik.



Ketika pembicaraan yang tegang tersebut, Lee menyatakan bahawa dia akan membunuh semua keluarga Kennedy serta memerlukan senapang dan sebuah gudang yang tinggi. Kemudian, dalam pembicaraan itu, Ruby berkata, “Kamu terlalu banyak mengajukan pertanyaan. Ingat, mereka tahu apa yang kamu rencanakan, tapi kamu tidak tahu mereka. Mereka selalu mengawasi kamu…”.

Sebulan kemudian, tepat 22 November 1963, JFK mati ditembak ketika sedang melakukan lawatan ke Dallas. JFK yang menggunakan kenderaan Ford Convertible (bumbung terbuka) itu mati sekelip mata apabila dua peluru terkena leher dan kepalanya, ketika para pengiring kenderaannya melintasi tepat dihadapan Texas Scholl Book Depository. Lee Harvey Oswald disyaki sebagai "pelaku" penembak JFK ketika itu.

Sementara itu, Jack Ruby adalah orang yang menembak mati Lee ketika Lee berjaya ditangkap oleh polis. Kematian Lee yang belum pernah dihadapkan ke muka pengadilan membuat kan kematian JFK menjadi misteri. Namun, ia seakan terungkap apabila hubungan Lee dan Ruby diketahui.

Ini adalah berikutan dengan penemuan dokumen berisi transkrip pembicaraan kedua-dua mereka. Dokumen penting yang telah tersimpan selama empat dekad di mahkamah Dallas, Texas itu ditemui di antara helaian kertas dalam beberapa kotak yang tersimpan di tingkat 10.

Jaksa Dallas County Craig Watkins menyatakan, dokumen ini tidak termasuk dalam kategori rahsia (Top Secret) kerana, didalam kotak tersebut banyak dokumen yang berisi transkrip rencana pembunuhan JFK yang telah dikumpulkan sejak 1963.

“Kami tidak tahu pasti apakah transkrip pembicaraan itu aktual atau tidak. Itu akan menjadi perdebatan di lingkungan masyarakat, apakah itu benar atau tidak, telah terjadi sebuah konspirasi untuk membunuh presiden (JFK),” jelas Watkins.

Selain itu, berdasarkan kepada pembualan antara Lee dan Ruby, terbongkar satu konspirasi bahawa rencana pembunuhan itu sebenarnya telah diarahkan oleh saudara JFK, iaitu Robert Kennedy yang menjadi jaksa agung.

Pendapat yang berbeza telah disampaikan kepada Terri Moore, setiausaha kepada Watkins. Beliau menyatakan bahawa transkrip pembicaraan yang telah dimuatkan pada harian Dallas Morning News itu merupakan sebahagian daripada transkrip 'film' yang dibuat oleh seorang sutradara bernama Henry Wade.

Israel Disebalik Pembunuhan JFK

London, Isnin – Israel sememangnya berperanan disebalik pembunuhan Presiden AS, John F Kennedy pada tahun 1963. Hal itu terjadi karana John F Kennedy mendesak David Ben Gurion, Perdana Menteri Israel ketika itu, berkaitan projek nuklear Israel. Demikianlah, diutarakan oleh Moderchai Vanunu kepada akhbar mingguan London berbahasa Arab Al-Hayatt.

Vanunu adalah bekas technicion di reaktor nuklear Israel di Dimona, selatan Negev. Vanunu dipenjara setelah ditangkap Mossad (perisik Israel) pada 1986 karana telah membocorkan rahsia projek nuklear Dimona kepada akhbar harian Inggeris Sunday Times. Projek nuklear Israel itu sudah berusia 40 tahun, dan dimulakan secara rasmi pada tahun 1965.

Setelah dibebaskan pada April 2004, Vanunu tak dibenarkan bercakap dengan orang asing, tidak boleh ke luar negeri. Tidak diketahui pula, bagaimana dia kadang-kadang telah ditemubual oleh media.

Mahkamah Agung Israel di Jerusalem telah memutuskan Vanunu tidak boleh keluar dari Israel dan juga tidak boleh memberikan wawancaranya kepada media. “Ini hari yang sangat sedih,” kata Vanunu.

Alasan Israel ialah mulut Vanunu masih mampu “membocorkan” dan menybarkan secara terperinci mengenai reaktor di Dimona, termasuk "tulang Belakang" di sebalik reaktor nuklear tersebut.

Kembali ke soal pembunuhan John F Kennedy (JFK), Vanunu mengatakan, menurut sebuah indikasi yang sudah hampir pasti, Kennedy dibunuh sehubungan dengan tekanan yang diberikannya kepada Ben Gurion berhubung dengan reaktor nuklear Dimona.

Ben Gurion adalah Perdana Menteri (PM) pertama Israel yang menjawat jawatan tersebut pada 1949 hingga 1954. Ben terpilih kembali sebagai PM dari 1955 hingga 1963. Ben Gurion adalah Yahudi berketurunan Polland yang lahir pada tahun 1886 dan pindah ke Jerusalem pada tahun 1906.



“Kami tidak tahu siapa yang akan tampil menjadi PM dan memutuskan untuk menggunakan senjata nuklear dalam perjuangan melawan negara-negara jiran Arab,” kata Vanunu, yang kini tinggal di sebuah apartmen yang diawasi.

Berita mengenai pembunuhan JFK oleh agen Israel itu tidak begitu diketahui ramai. Namun yang jelas, pada Jun 1964, Levi Eshkol tampil sebagai PM bagi menggantikan Ben Gurion. Reaktor nuklear Dimona telah dimulakan pada tahun 1965, tetapi perencanaannya sudah dilakukan sebelumnya.

Oswald

Secara diam-diam, sebuah sumber Israel memberitahu kepada WorldNetDaily, setelah pembunuhan JFK, perisik Israel telah melakukan satu tugas untuk memperlihatkan bagaimana Lee Harvey Oswald (penembak JFK) mampu membunuh JFK dari posisinya di tingkat 6 sebuah gedung yang dekat dengan para pengiring JFK di Dallas.

Namun, sebuah simulasi lain pula menunjukkan, bahawa si penembak Kennedy yang sebenarnya telah menggunakan peralatan yang sangat canggih, ia dipasangkan pada sebuah tripod. Sumber tersebut mengatakan, “Hampir tidak mungkin bagi Oswald untuk melakukan tembakan seperti yang dituduh keatasnya.”

Selama ini cerita yang tersebar mengenai punca kematian JFK hanyalah satu konspirasi, yang hingga kini masih belum jelas.

Namun, jurucakap PM Israel Ariel Sharon iaitu Ra’anan Gissin mengatakan, pendedahan Vanunu hanya akan membuat kredibiliti Vanunu semakin rosak.

Timur Tengah terancam

Pada wawancara itu, Vanunu meminta Pemerintah Jordan untuk segera memeriksa warga Jordan, sama ada sudah terkena radiasi nuklear atau tidak, serta melakukan tindakan pemulihan segera. Dimona berada di selatan Israel dan bersempadan dengan Jordan.

Vanunu juga mengatakan bahawa Israel kini telah memiliki senjata yang boleh menghancurkan kawasan serta membunuh jutaan orang. Vanunu juga menambah, Timur Tengah kini berisiko akan terkena radiasi nuklear jika terjadi kemalangan di reaktor nuklear Dimona. Mungkin kemalangan itu akan sama seperti “Chernobyl kedua”, iaitu tragedi bencana nuklear Ukrain yang membunuh 15000 orang. Akibat bencana itu, tiga juta orang hingga kini terus menerima kesan radiasi.

Vanunu turut mengatakan, Ketua Badan Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed ElBaradei (bekas) tak diberikan akses ke reaktor nuklear ketika kunjungannya ke Israel dulu.

*Nampaknya PBB, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa juga sudah dimiliki oleh Israel...
Share this article :
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger