Siapa sangka pemimpin tertinggi Nazi yang terkenal dan pernah melakukan pembersihan etnik keatas bangsa Yahudi ini ternyata adalah seorang yang turut memiliki darah keturunan Yahudi. Fakta ironik ini ditemui setelah beberapa ujian DNA dilakukan. Sampel ini DNA ini diambil daripada kaum kerabat pemimpin Nazi tersebut.
Wartawan Jean-Paul Mulders dan sejarawan Marc Vermeeren adalah individu yang bertanggungjawab yang mencari 39 orang kerabat keluarga Adolf Hitler. Mereka memulakan kajian berprofil tinggi ini sejak awal tahun, turut terlibat ialah seorang petani Austria bernama Norbert H yang merupakan sepupu kepada Hitler dan seorang warga Amerika Syarikat yang bernama Alexander Stuart-Houston, 61 tahun, seorang 'saudara jauh' Hitler.
Sebuah majalah berita Belgium melaporkan bahawa sampel air liur yang diambil daripada kerabat Hitler ini menunjukkan bahawa, pendahulunya berasal daripada ras yang sangat dibenci oleh Adolf Hitler sendiri. Sampel DNA kerabat Hitler ini merupakan kromosom yang disebut Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) iaitu DNA yang sangat jarang ditemui di Jerman mahupun Eropah Barat.
“Biasanya DNA ini ditemui di Berber, Maroko, Aljazair, Libya dan Tunisia dikalangan orang Yahudi, Ashkenazi dan Sephardic,” kata Vermeeren.
“Kenyataan ini membuktikan bahawa Hitler mepunyai perkaitan yang erat dengan orang-orang yang beliau sendiri benci,” ujarnya.
Haplogroup E1b1b1, ialah gen yang menyumbang sekitar 18-20 % dari Ashkenazi daan 8.6 % hingga 30 % daripada kromosom Sephardic-Y, ia menunjukkan garis keturunan utama penduduk Yahudi.
"Tidak akan ku hapuskan seluruh Yahudi agar dimasa akan datang dunia mengerti alasan mengapa aku menghapuskan mereka (Yahudi)" - Adolf Hitler dalam Bukunya Mein Kampf
“Ini hasil yang sungguh mengejutkan,” kata Rony Decorte, spesialis genetik yang turut bersetuju bahawa Hitler berkemungkinan memiliki garis keturunan dari Afrika Utara. “Dengan informasi ini sukar dibayangkan reaksi daripada pembenci maaupun penyokong Hitler,” ujar Decorte.
Dalam majalah tersebut turut dinyatakan, ujian DNA ini dilakukan secara ketat dan teliti untuk mendapatkan hasil yang setepat mungkin. Walau bagaimanapun, DNA ini bukanlah pertama kalinya mengatakan Hitler adalah berketurunan Yahudi.
Dalam majalah tersebut turut dinyatakan, ujian DNA ini dilakukan secara ketat dan teliti untuk mendapatkan hasil yang setepat mungkin. Walau bagaimanapun, DNA ini bukanlah pertama kalinya mengatakan Hitler adalah berketurunan Yahudi.
Ayah Hitler, Alois, dipercayai merupakan keturunan 'sahih' dari seorang gadis yang bernama Maria Schickelgruber (nenek Hitler) dan seorang jejaka Yahudi bernama Frankenberger (datuk Hitler). Satu sumber menyatakan bahawa sepupu Hitler, Patrick cuba mengugut Hitler dengan memperbesarkan soal keturunan Alois Hitler. Adolf Hitler kemudiannya telah meminta pembantunya untuk menyelidik dakwaan ini dan sebelum Perang Dunia II bermula, beliau mengumumkan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas.
“Hitler tidak akan senang dengan hal ini” kata Mr Decorte, Universiti Katholik Leuven.
*Pendapat penulis sekiranya benar Hitler adalah seorang Yahudi, tiada masalahnya. Asalkan seseorang bangsa Yahudi itu masih memahami sejarah tentang bangsa mereka dan masih lagi mempunyai hati serta peri kemanusiaan kepada umat Islam dll.