Atlantis pernah wujud di bumi Melayu?

|Benarkah Atlantis pernah wujud di alam Melayu?|

Plato (427 – 347 SM) menegaskan bahawa puluhan ribu tahun lalu terjadi pelbagai letusan gunung berapi secara serentak, yang telah menyebabkan gempa bumi, pencairan ais dan banjir. Peristiwa itu mengakibatkan sebahagian permukaan bumi tenggelam. Bahagian itulah yang disebutnya sebagai benua yang hilang atau Atlantis.
Penelitian mutakhir yang dilakukan oleh Aryso Santos, menegaskan bahawa Atlantis itu adalah wilayah dimana sekarang ini disebut Indonesia. Setelah melakukan kajian selama 30 tahun, beliau menghasilkan buku Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitifve Localization of Plato‘s Lost Civilization (2005). Santos menampilkan 33 perbandingan, seperti luas wilayah, cuaca, kekayaan alam, gunung berapi dan cara bertani, yang akhirnya menyimpulkan bahawa Atlantis itu adalah Indonesia. Sistem terasisasi sawah yang khas Indonesia, menurutnya ialah bentuk yang diadopsi oleh Candi Borobudur, Piramid di Mesir dan bangunan kuno Aztec di Meksiko. 

Konteks Indonesia 

Bukan satu kebetulan, ketika Indonesia pada tahun 1958, atas gagasan Prof. Dr. Mochtar Kusumaatmadja melalui UU no. 4 Perpu tahun 1960, mencetuskan Deklarasi Djoeanda. Kandungannya menyatakan bahawa negara Indonesia dengan perairan pedalamannya merupakan kesatuan wilayah Nusantara. Fakta tersebut kemudian diakui oleh Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982. Merujuk kepada kajian Santos, pada masa puluhan ribu tahun yang lalu, wilayah negara Indonesia merupakan sebuah benua yang bercantum. Tidak terbahagi kepada puluhan ribu pulau seperti sekarang.
|Wilayah yang didakwa dibawah kekuasaan kota Atlantis|

Santos menetapkan bahawa pada masa lalu itu, Atlantis merupakan benua yang membentang dari bahagian selatan India, Sri Lanka, Sumatra, Jawa, Kalimantan, terus ke arah timur dengan Indonesia (sekarang) sebagai pusatnya. Di wilayah itu terdapat puluhan gunung berapi yang aktif dan dikelilingi oleh laut yang bercantum yakni Orientale, terdiri dari Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.
|Kesesuaian bentuk muka bumi Atlantis gambaran Plato dengan muka bumi Asia Tenggara|

Teori Plato menerangkan bahawa Atlantis merupakan benua yang hilang akibat letusan gunung berapi yang meletus berturut-turut. Ketika itu, sebahagian besar kawasan di dunia masih lagi diliput oleh lapisan-lapisan ais (era Pleistocene). Dengan meletusnya berpuluh-puluh gunung berapi secara serentak yang sebahagian besar daripadanya terletak di wilayah Indonesia (pada waktu itu) itu, maka tenggelamlah sebahagian benua dan diliput oleh air yang terhasil daripada ais yang mencair.

Di antaranya letusan gunung Meru di India Selatan dan gunung Semeru/Sumeru/ Mahameru di Jawa Timur. Lalu letusan gunung berapi di Sumatera yang membentuk Danau Toba dengan pulau Somasir, yang merupakan puncak gunung yang meletus pada saaitu. Letusan yang paling dahsyat di kemudian hari adalah gunung Krakatau (Krakatoa) yang memecah bahagian Sumatera dan Jawa dan lain-lainnya serta membentuk selat dataran Sunda.
 |Ilustrasi pelukis menunjukkan peradaban kota Atlantis|

Atlantis berasal daripada bahasa Sanskrit yakni Atala, yang bermaksud syurga atau menara peninjauan (watch tower), Atalaia (Portugis), Atalaya (Sepanyol). Plato menegaskan bahawa wilayah Atlantis pada saat itu merupakan pusat dari peradaban dunia dari segi budaya, kekayaan alam, ilmu/teknologi, dan lain-lainnya. Plato menetapkan bahawa kedudukan Atlantis itu adalah di Lautan Atlantik sekarang. Plato yakin bahawa bumi ini pada waktu itu mendatar dan dikelilingi oleh satu lautan (ocean) yang menyeluruh.

Ocean berasal dari kata Sanskrit ashayana yang bermakna 'mengelilingi secara menyeluruh'. Pendapat itu kemudiannya ditentang oleh ahli-ahli dikemudian hari seperti Copernicus, Galilei-Galileo, Einstein, dan Stephen Hawking.
Santos berbeza dengan Plato mengenai lokasi Atlantis. Ilmuwan Brazil itu membantah, bahawa pada waktu terjadinya letusan pelbagai gunung berapi ketika itu, menyebabkan lapisan ais telah mencair dan mengalir ke lautan sehingga luasnya (paras air) bertambah. Air dan lumpur berasal dari abu gunung berapi tersebut membebani laut dan dasarnya, mengakibatkan tekanan luar biasa kepada kulit (muka) bumi di dasar lautan, terutama pada pantai benua. Tekanan ini mengakibatkan gempa. Gempa ini diperkuatkan lagi oleh gunung-gunung berapi yang meletus kemudiannya secara berterusan dan menimbulkan gelombang tsunami yang dahsyat. Santos menamakannya sebagai Heinrich Events.

Dalam usaha mengemukakan pendapat berdasarkan kepada sejarah dunia, tampak Plato telah melakukan dua kekhilafan, pertama mengenai bentuk/posisi bumi yang katanya mendatar (ini biasa bagi orang zaman itu  ; Rasulullah SAW ketika menceritakan perihal bentuk muka bumi yang bulat, ramai yang tidak percaya ; malah percaya bahawa bumi mendatar). Kedua, mengenai kedudukan benua Atlantis yang menurutnya berada di Lautan Atlantik yang ditentang oleh Santos. Penelitian tentera Amerika Syarikat di wilayah Atlantik terbukti tidak berjaya menemui sisa-sisa benua yang hilang itu. Oleh kerana itu tidaklah semena-mena ada peribahasa yang berkata, ”Amicus Plato, sed magis amica veritas.” Maknanya,”Saya senang kepada Plato tetapi saya lebih senang kepada kebenaran.”
Namun, ada beberapa keadaan masa kini yang antara Plato dan Santos sependapat. Pertama, lokasi benua yang tenggelam itu adalah Atlantis dan Santos yakin ia adalah sebuah wilayah Republik Indonesia. Kedua, jumlah atau panjangnya lingkaran gunung berapi di Indonesia. Di antaranya ialah Kerinci, Talang, Krakatoa, Malabar, Galunggung, Pangrango, Merapi, Merbabu, Semeru, Bromo, Agung, Rinjani. Sebahagian dari gunung itu telah atau sedang aktif kembali.
|Lingkaran gunung berapi di Indonesia|

Ketiga, soal semburan lumpur akibat letusan gunung berapi yang abunya tercampur air laut menjadi lumpur. Mendapan lumpur di laut ini kemudiannya meresap ke dalam tanah di daratan. Lumpur panas ini tercampur dengan gas-gas alam yang merupakan impossible barrier of mud (hambatan lumpur yang tidak boleh dilalui), atau in navigable (tidak dapat dilalui), tidak boleh ditembusi atau dimasuki. Dalam kes di Sidoarjo, satu ujian penderiaan jauh pernah dilakukan, ujian tersebut menunjukkan wujudnya sistem kanalisasi di wilayah tersebut. Ada kemungkinan kanalisasi itu bekas penyaluran semburan lumpur panas dari masa yang lampau.

Sebelum ini, Adolf Hitler pernah didakwa sempat menghabiskan sisa-sisa hidup di Indonesia dengan nama Dr Poch, sebelum meninggal dengan memeuluk agama Islam. Buku bertajuk Hitler Mati Di Indonesia Rahasia Yang Terkuak turut mendedahkan catitan perjalanan The Fuhrer selepas serangan ke atas bunker bawah tanah yang sebelum ini didakwa sebagai tempat dimana diktator itu membunuh diri. Dakwaan tersebut bagaimanapun telah dinafikan oleh Stalin. Dalam pada itu, dalam sebuah dokumentari History Channel berkenaan NAZI, ada pendedahan bahawa bekas-bekas tentera dan agen NAZI telah diambil bekerja di Amerika Syarikat.
|Makam Dr Poch di Indonesia|

Hitler diketahui amat meminati mistik dan agama-agama misteri kuno. Sepanjang hayatnya dihabis dengan sedikit kajian mengenai satu bangsa yang hebat. Satu bangsa purba yang pernah hidup dikalangan bangsa hebat lain seperti Akkadia, Babilon, Sumeria, Mesir Firaun dan Kerajaan Judea. Satu bangsa yang pernah hidup di lembah terasing di Tibet berlatar-belakangkan Banjaran Himalaya yang agung, si Mahameru yang selalu dimimpi-mimpikan oleh bangsa ini di sepanjang hayatnya.

Satu bangsa yang menyimpan rahsia Shangri-la dan makhluk Yeti yang setia...

Jika benar Dr Poch adalah Hitler, seperti mana yang didakwa, mengapakah The Fuhrer memilih untuk bersemadi di Indonesia, yakni sebuah bumi Melayu? Adakah pencarian Adolf Hitler mengenai Bangsa Misteri telah menemui jawapannya...di Nusantara?
Share this article :
 

+ ulasan + 12 ulasan

Anonymous
7 March 2011 03:14

Adakah pencarian Adolf Hitler mengenai Bangsa Misteri telah menemui jawapannya...di Nusantara?
YA!!!!
Tetapi asal PUTERI JAWA tetap menjadi misteri!

7 March 2011 08:17

Rahsia Shangri-la dan Yeti? Apakah itu?

Bukut tersebut dalam bahasa Inggeris ea? Ada buku yang dah diterjemah..

Lagi 1, ada tak sesiapa pernah nampak buku Eden in The East?

2 buku ini :

Eden In The East & Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitifve Localization of Plato‘s Lost Civilization (2005).

Dijual di mana ya?

Terima kaish untuk segalanya

8 March 2011 18:07

Rahsia Shangri-la dan Yeti m'rujuk pd bbrp teori penempatan bangsa Melayu Purba. Satu bangsa yg misteri, yg mana sejarah bangsa kita tak banyak diketahui/terpecah.

Buku berkenaan Hitler dlm bhs Indonesia & bdsrkn sumber dr Eropah tmsk Jerman.

Ttg buku cuba search d Google Books.

9 March 2011 20:55

Terima kasih admin...

Anonymous
11 March 2011 17:36

sy pernah ke medan dan sempat baca buku tu. bila pk blk, kartun walt disney ttg atlantis ada persamaan dengan patung2 yang ada berterabur di indonesia

Anonymous
29 April 2011 19:07

penjumpaan piramid melayu di dalam laut berdekatan pulau okinawa yang terletak antara jepun filpina taiwan rasanya kalu dilihat dengan google earth..rasenye boleh dikaitkan dengan atlantis ni tak rasenye admin??..

10 May 2011 22:56

diorang dah jumpa banyak teori pasal Atlantis ni,tapi yang pasti xde satu pun boleh dikaitkan dengan Asia-Tenggara.........

11 May 2011 15:57

bukan dah bnyk ke teori atlantis yg dikatikan dengan asia tenggara??

11 May 2011 22:00

@Islamic Neutron....pertama yang tulis ni adalah Plato...Plato hidup pada zaman sebelum masihi...pada ketika tu tamadun greek xde bot2 besar yang membolehkan mereka merentasi lebih daripada Pillars of Hercules( Straits of Gibraltar) dan dikira sesuatu yang lebih daripada Pillars of Hercules pada zaman tersebut dianggap sebagai underworld ataupun unknown world kepada tamadun greek...x percaya tengok semua cerita2 mitos pada zaman greek..jadi untuk mengatakan Plato tahu sesuatu yang diluar Selat Gibraltar adalah sangat tidak logik...teori paling dekat sekali adalah Atlantis adalah Minoan civilization yang dimusnahkan oleh Tsunami pada sekitar 1480 sebelum masihi,banyak persamaan antara pulau tempat tinggalnya orang Minoan dengan cerita Atlantis oleh Plato...lagipun tamadun Minoan sangant dekat dengan tempat tinggal Plato...jadi apa yang Plato ceritakan tentang Atlantis kemungkina besar sekali adalah Minoan civilization....

Abi Hurairah
11 May 2011 23:19

Abu : ko ckp "x de lgsung" teori, tp teori yg kt ats d kemukakan olh santos (pengkaji dr Brazil)

12 May 2011 05:30

@Santos adalah professor of nuclear pyhsics....bukan archaeology,bukan bidang die....die cuma tulis untuk jual buku die sahaja...saya bercakap tentang teori dengan bukti2 kukuh arkeologi dari seorang ahli arkeologi....2 sebab banyak ahli arkeologi menolak teori Santos....sekarang ade 3 je teori utama Atlantis....pertama x wujud,kedua cerita berlebih2an tentang kejatuhan minoan dan ketiga wujud(hanya atas dasar Plato cakap wujud,but again Plato adalah ahli falsafah,dan banyak hasil karya die dalam bentuk dialog jadi susah nak dipastikan kesahihannya

19 September 2011 11:19

cerita yang amat menarik...mohon share dan kredit kpd macjay

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MacJay.Net - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger